Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 1, 2015

Alaa....gimik dan acah mengacah jer, belum bincang pun lagi

PAS dah melatah dah pun!

Amanah tidak tahu rancangan DAP, tapi tak berkecil hati
Published: 1 November 2015 2:12 PM
Pemimpin Amanah Selangor dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata pengumuman DAP mahu bertanding di kerusi milik PAS bukan sesuatu yang besar berbanding dengan apa yang pemimpin Amanah lalui dalam PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.

Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui tidak mengetahui rancangan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Pemimpin Amanah Selangor itu menyifatkan ia bukan isu besar selain menegaskan tumpuan parti itu kini adalah memperkukuhkan jentera terlebih dahulu.
"Kita tidak bincang mengenai pengagihan kerusi kerana prinsip kita sekarang ialah mengukuhkan Pakatan Harapan di Selangor, jentera kita, menguatkan struktur jentera dan kewangan itu agenda kita kini.
"Namun belum ada perbincangan dan kita tidak tahu. Kita hanya tahu berkenaan hal itu melalui kenyataan media semalam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengakui Amanah tidak berkecil hati dengan rancangan DAP, Saari berkata keputusan yang diumumkan Tony Pua sebagai reaksi terhadap kenyataan PAS sebelum ini.
"Kita tidak kecil hati, (kalau dibanding) apa yang dilalui semasa PAS dan dilabel, jadi perkara itu tidak ada apa.
"Yang penting kita yakin dan sudah bersedia daripada segi mental iaitu untuk merealisasikan matlamat Pakatan Harapan ditubuhkan untuk kebaikan rakyat Malaysia," katanya.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak Amanah juga boleh turut bertanding merebut kerusi PAS seperti DAP.
"Bagi kita pertandingan 1 dengan 1 mungkin tidak berlaku semua tempat namun kalau 3 penjuru ini nampak lebih menggambarkan suasana sebenar," katanya.
Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pada Jumaat, DAP bersedia merebut 8 kerusi DUN milik PAS.
Menjelaskan keputusan itu, pengerusi DAP Selangor itu berkata hari ini rancangan itu dilakukan demi masa depan Pakatan Harapan di Selangor. – 1 November, 2015.

1 comment:

  1. PAS bertanding dalam PRU untuk meraih kemenangankah atau mendapat keredhaankah? Sebelum ini sudah buat kenyataan PAS hanya hendak mendapat keredhaan, tak menang pun tidak mengapa, PAS tidak laparkan kuasa bla bla bla. Ketara sekali U-turn ataupun kontradik antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS. Ini mesti disebabkan bekalan pil kuda masih ada banyak lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa