Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 2, 2015

Dah lebih lalot jadi meghoyanlaa pulak!

Ahad, November 01, 2015

PJ PAS Selangor tuduh DAP pindah 'pengundi hantu' untuk sabotaj kerusi PAS?
Kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.
TheRakyat post melaporkan:
Pas akan tetap mempertahankan kerusi negeri Selangor mereka meskipun DAP yakin merampas kerusi parti Islam itu berdasarkan pengaruh mereka.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad meluahkan keyakinannya terhadap parti itu sekalipun berkemungkinan berjuang sendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akan tetap mampu mempertahankan lapan kerusi yang didakwa DAP `mampu dimenangi’

“Jika ada pecah undi, pihak yang mendapat kelebihan daripadanya adalah Umno BN. Namun, kami sudah tahu strategi mereka (DAP). - TheRakyatPost
Juga dilaporkan:
“Kami ada menerima laporan pengundi berpindah ke kawasan Pas di Selangor tetapi kami yakin bahawa kami akan mampu mempertahankan kerusi kami,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, hari ini, berkata parti itu merancang usaha di peringkat akar umbi untuk mengambil alih lapan Selangor kerusi kerajaan negeri yang kini diduduki oleh Pas. - Ibid.
Yang pertama sekali, kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.

Contoh paling jelas adalan Dub Permatang Pasir, satu-satunya kerusi yang PAS menang di negeri Pulau Pinang. Beribu pengundi yang tak tinggal di situ jentera PAS tahun 1999 pindah dan daftarkan depa kat situ untuk pastikan calon PAS di situ menang dan PAS ada wakil dalam Sidang Dun Pulau Pinang.

Yang kedua, aku sebenarnya tak berapa nak yakin DAP buat kerja macam tu di Selangor. Kalau betul pun ada pertambahan dan perpindahan pengundi di 8 kerusi berkenaan, aku yakin ada sebab lain depa berpindah tempat mengundi terutama sekali sebab depa memang pindah tempat kediaman ke Dun berkenaan.

Pasainya aku cukup yakin dalam tempoh 2 penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor, negeri Selangor semakin membangun, makin banyak kawasan kediaman diujudkan dan sudah tentulah berlaku perpindahan pengundi selaras dengan pembangunan sesuatu kawasan.

Kecuali la kalau PAS selangor boleh buktikan keujudan perpindahan secara besar-besaran yang cukup meragukan. Aku sangat-sangat yakin kalau PAS Selangor ada bukti kukuh, depa takkan teragak-agak dan dah dedah pun kepada umum bukti tu. - sumber

4 comments:

  1. PJ Selangor apa takut dan bimbang .Bukankah dalam Pas ada haron Din yang terkenal dengan jin.takut apa.biarkan DAP pindah pengundi hantu.biar hantu pula pilih DAP dan Amanah ,kali ini hantu tak undi Pas kita suruh Haron din kerah jin pulak undi Pas ,habis cerita,ni melalut tak tentu pasal ,mungkin baru sampai deangan Bas yang takda distinasi kot.

    ReplyDelete
  2. Jom kita humban hadi pru14 ni

    ReplyDelete
  3. Apa yang nak dikhuatirkan sangat, wahai ulamak suci? Bukankah PAS tidak mengejar kuasa dan tidak terliur dengan jawatan? kalau PAS kalah kat Selangor dan bungkus kat semua negeri maka bergembiralah Tuang Presideng sebab boleh pulak jadi penasihat2 kat negeri2 yang PAS kalah! Maka, kenapa perlu sibuk2 dan bimbang yang PAS akan hilang kerusi DUN dan Parlimen? Tidak cukupkah walak dan redha atas kekalahan? Tidak cukupkah duduk diluar dewan DUN dan Parlimen menjerit2 memberikan nasihat dan tunjuk ajar?

    Tuang Presideng kata itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh PAS maka buat apa lagi dok sibuk2 ada jentera pilihanraya dan strategi2 politik untuk menang pilihanraya? Suruh je Dokter Zuhdi kuarkan SOP baru PAS sebagai badan penasihat dan punahsihat kepada parti2 politik yang tengah nazak agar cepat kojol sperti UMNO dan BN. Moga2 UMNO, BN dan tuang penasihat mereka iaitu pun PAS pun sama2 cepat masuk kubur. PAS perlu cepat bertindak kerana masa depan negara menjadi taruhan. Malaysia akan maju aman dan sentosa jika UMNO, BN dan PAS dah ditalkinkan dan dikuburkan. Buat lah segera wahai PAS! Tuang Presideng kamu memang bijak dalam mencari penyelesaian terbaik untuk Malaysia iaitu Malaysia akan cemerlang bila UMNO, BN dan PAS dah tak wujud lagi kat Malaysia ni! TAKBIRR!!!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. serupa le dengan tuduhan depa terhadap umno kan....tempat umno tak boleh menang, bawa le masuk penyokong umno untuk menang.... tempat dap tak boleh memang selalunya kawasan majoriti melayu, dap bawa masuk cina le ke kawasan tersebut .....kan umno dah kempen habis-habisan: dap tu cina kapir...dap tu komunis ....dap anti Islam ...dap nak jadikan negara ini negara cina ... dap nak halau melayu keluar dari negara ini ....melayu bertambah rasis dan bertambah benci dengan cina.... mana melayu nak bagi undi kepada dap....!!!! tetapi dalam menyuruh melayu benci cina, bapak melayu umno bagi juga duit berbillion rm kepada member cina dia ....kah..kah..kah..kah..............!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa