Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 14, 2015

Dah tak pegang jawatan, dah tua nak mampus baru mengaku silap

Blair mohon maaf, akui tersilap serang Iraq

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair meminta maaf dan mengakui telah tersilap membuat keputusan menyerang Iraq yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003.
Blair berkata, beliau telah mendapat maklumat yang salah daripada pasukan risik tenteranya berhubung dakwaan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Saya dapat katakan bahawa saya meminta maaf untuk fakta yang disampaikan pasukan perisikan kami. Ternyata fakta itu salah," ujar Blair.
Pengakuan itu diucapkan beliau dalam wawancara dengan wartawan CNN Fareed Zakaria pada kelmarin.
Katanya, akibat serangan itulah, mendorong lahirnya kumpulan pejuang Negara Islam (IS).
Britain dan Amerika Syarikat di bawah pemerintahan George W Bush menyerang Iraq, berdasarkan laporan perisikan, yang menyatakan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah. Bagaimanapun tidak ada senjata utama pemusnah tersebut yang ditemukan sepanjang serangan itu.
Berdasarkan rekod di laman Iraq Body Count, perang yang berakhir pada 15 Disember 2011 itu telah mengorbankan lebih 100,000 rakyat Iraq, 4,000 tentera Amerika dan 179 tentera Britain.
Blair turut meminta maaf di atas beberapa lagi kesalahan perencanaan sepanjang perang itu.
IS yang dibentuk pada April 2013 kini menguasai sebagian besar kawasan Iraq dan Syria. - Agensi
# Mereka gunakan risikan Yahudi yang sememangnya berniat nak melumpuhkan Iraq dan Saddam Hussein demi survival Israel - kedua-dua pemimpin termakan umpan Yahudi

5 comments:

  1. Telajak kereta perisai boleh la gostan tapi telajak bunuh maknusia bolehkah ambik balik nyawa depa sepatutnya bush dengan balir nie la pula sigantung sampai mati bukannya minta maaf saja atau pun suruh depa bedua tu bunuh diri untuk tebuih silapan yang depa dah buat dan general depa fu pula dibakar hidup-hidup baru depa tau tapi yang pelik tu oghang islam sendiri dok kutuk isis ni depa pun dah temakan madu yahudi kot.

    ReplyDelete
  2. Celaka punya PM!!!
    Yg celaka no wahid dari AS tu dah mampus ke?

    ReplyDelete
  3. ciss menatey gilo dajjal & yakjuj wa makjuuj ..

    ReplyDelete
  4. Selepas persaraan bapak Bush dalam sebuah temuramah TV di Amerika bila diajukan soalan apakah pengalaman diayang mendebarkan hati dia berada didalam dilemma bagi membuat sesuatu keputusan. Dia jawab sebelum nak serang Iraq SAaddam Hussein dia telah minta persetujuan semua negara negara negara arab dan Islam dan dia hanya bimbang hanya satu negara saja bila jawab jangan serang maka dia tak akan serang. Negara itu ialah MALAYSIA ! DIBAWAH PEMERINTAHAN MAHADIAQ !!! MAHADIAQ DAH MENCENGKAM KITA (RAKYAT ) DENGAN KUKU BESINYA.PEMIMPIN UMNO DAH TAK HERAN PADA RAKYAT DARI SITU, KINI DAN SELAM INI. SESIAPA YANG AHLI UMNO, KAMU TANGGUNGLAH DIYAUMAL MAHSYAR.

    ReplyDelete
  5. Aku tidaklah bermaksud memihak kepada Blair yang kafir ni, tetapi pengakuan bersalahnya itu sungguhpun amat terlewat harus juga diberikan sedikit kredit. Cuba bandingkan dengan Najib yang menipu, menekan dan menzalimi rakyat negara ini, dengan GST...Yapeim...kenaikan harga minyak, tol, tambang keretapi, hutang RM42billion 1MDB, rembat RM2.6billion dan pendek kata macam-macam lagilah, jangan kata dia mengaku bersalah, nak tunjuk muka macam orang bersalah pun jangan harap!!! Buat muka bodoh nyadin je...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa