Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 10, 2015

Datuk mana ni, tentang ini pun Najib juga kena jawab?

NGO: Apa jadi dana kepada Datuk Umno?


Sebuah NGO membangkitkan sama ada benar dana RM223,000 sebuah yayasan bawah kerajaan pusat digunakan untuk penganjuran program dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Rompin.
"Jika ya, apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK parlimen Rompin?”
"Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan itu?
"Jika tidak, ke manakah perginya RM223,000?" soal Pengarah NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.
Kempen pilihan raya kecil Rompin berlangsung antara 22 April hingga 5 Mei.
Ia dimenangi oleh calon BN Datuk Hasan Ariffin (gambar, kanan sekali), yang kini pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Akmal berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.
Akmal berkata yayasan itu adalah institusi khas bawah Najib.
Akmal berkata sekiranya Najib tidak memberikan penjelasan munasabah mengenai perkara itu, NGO itu akan membuat “pendedahan” susulan.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi yayasan itu untuk mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut.

1 comment:

  1. Yang kaya diaorang juga..rakyat tetap susah,memang tak guna golongan nie

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa