Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 20, 2015

Firaun kelahiran Masjid Rusila?

Kesihan dia ni....bila Pak Mertuanya terdesak ke sudut, dia pula yang jadi haru
Pak Mertuanya pula bukan setakat haru dah jadi biru pun!

Anak didik Nik Aziz label menantu Hadi ‘firaun’


ADUN Salor Datuk Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai ‘lebih dari firaun’ kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan debat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) esok.
Husam berkata, sehebat firaun sekalipun, apabila hendak ‘bertarung’ dengan Nabi Musa beliau akan berunding terlebih dahulu mengenai tarikh, tempat dan masa.
“Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa.
“Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.
“Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.
Husan yang dianggap sebagai anak didikan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Zaharudin seperti ingin menunjukkan keberaniannya dengan menetapkan sendir tarikh, tempat dan masa.
“Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamerkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau.
“Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri,” katanya.
Husam kini berada di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
Sebelum ini berlaku ‘perang terbuka di laman sosial’ antara Husam dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembalakan di negeri Kelantan.
Zaharudin turut menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur esok, jam 10 pagi di KUIZM bagi berdebat mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.
Zaharudin turut berikrar akan bertanding menentang Husam bagi menyelamatkan PAS di Kelantan.

4 comments:

  1. Pak mertua kurang ajar,menantu lagi la kurang ajar..malang betul la ahli pas skrg ni..dh jadi parti kurang akhlak

    ReplyDelete
  2. Din Ayam ini budak Bahalol

    Muka nya cukup bukti kualiti otak nya

    Tok sah buang masa layan budak bahalol nih

    Tak ada nilai ekonomi pon

    Rosak kredibiliti Husam saja

    ReplyDelete
  3. Pak mertua dengan menantunya sama saja,.disebabkan terlebih belajar terjadilah kurang ajar,.puak Pas juga yg terpaksa mengikut ajaran dua puak ni,.Bangang,..

    ReplyDelete
  4. MSU konon, muka tak ada nur islam, karat, kusam, keruh, air longkang pun jernih khaktuuuui..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa