Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 13, 2015

Hah....apa kata PAS?

'Tak boleh elak kemungkinan kerajaan Umno-PAS'
Shakira Buang 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali tidak menolak kebarangkalian ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Penyelaras BN Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata kerajaan negeri sekarang ini juga sebenarnya sebuah “kerajaan perpaduan” antara DAP, PAS dan PKR.
Justeru, Mat Nadzari berkata, tidak mustahil bentuk sama boleh berlaku antara PAS dan Umno.
"Kita tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
“(Isu kerajaan) perpaduan PAS dan Umno kita akan akur kepada (pendirian BN) pusat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Malah, kata Nadzari, keadaan semasa juga menunjukkan empat parti sedang bertelagah berkaitan status kerajaan negeri.
Beliau merujuk kemelut kerajaan negeri ketika PKR dan DAP membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS tidak terlibat dalam gabungan itu di peringkat nasional tetapi bekerjasama mempertahankan kerajaan di Selangor.
Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin dilaporkan berkata parti itu tidak pernah mengadakan perbincangan dengan PAS bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor

3 comments:

  1. Saya memang setuju Pas dan UMNO bergabung ... kalau boleh 12 bulan sebelum pru-14 ... Syabas !!

    ReplyDelete
  2. Ambo juga amat bersetuju Pas dan Umno bergabung ... kerana mahu tahu status krjaan umno barisan, skular atau islam. Lebih dari itu ahli umno kafir atau tidak ?

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS kata PAS tidak akan bergabung ngan Umno manakala ada juga pemimpin PAS kata mereka akan berkerjasama ngan Umno. Sape tuduh PAS akan bergabung ngan Umno tapi bila sampai masanya PAS hanya bekerjasama ngan Umno maknanya mrk telah membuat fitnah. Sape pula kate PAS akan bekerjasama ngan Umno tapi PAS sabenarnya bergabung ngan Umno mrk juga fitnah. Jangan tuduh PAS sebab sumernya fitnah. Berdosa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa