Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Hehee......."Mana ada flip-flop?"

'PAS tidak berdolak-dalik dalam menyatakan pendirian' - Nik Abduh
Hafiz Marzukhi dan Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  November 03, 2015 15:12 MYT  
 
'PAS tidak berdolak-dalik dalam menyatakan pendirian' - Nik Abduh
NIK ABDUH: PAS mengamalkan politik matang yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara yang utama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PAS tidak berdolak-dalik apabila menyatakan pendiriannya, kata Ketua Dewan Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Mana ada flip-flop. Pada asasnya PAS bersama blok pembangkang... kami tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional kecuali dalam hal-hal melibatkan kepentingan rakyat," jelas beliau.


Tambah Nik Mohamad Abduh, partinya mengamalkan politik matang yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara yang utama.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menyifatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) seperti dinyatakan beberapa pemimpin dalam parti tersebut, menunjukkan PAS tidak berpendirian tetap.


Apabila ditanya mengenai reaksi terhadap kenyataan perwakilan DAP Selangor terhadap Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, Ahad lalu, beliau enggan memberi jawapan yang jelas.


"DAP merupakan satu parti yang 'panas'. Jika suka yang 'panas' pilih mereka. Bagi yang suka 'sejuk' boleh pilih PAS," jawab beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi Selasa.

Perwakilan DAP Selangor itu mencadangkan Azmin supaya melucutkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS atau DAP akan keluar dari kerajaan negeri itu.

6 comments:

  1. Inilah ahli politik masih budak hingusan. Cakap melalut tak keruan tak tumpah macam presiden PAS. Inilah kalau dilantik ahli politik dalam kalangan agamawan semata yang ketandusan ilmu sosiologi politik. Seeloknya ahli politik itu seorang yang seimbang dengan ilmu akhirat dan duniawi. Eloknya ahli politik macam Nik Abduh sambung belajar dalam bidang sosiologi/psikologi politik agar matang dalam penghujahan agar tidak digelar badut politik oleh rakyat marhaein.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli Parlimen yang berdegor2 bercakap ttg kepen tingan rakyat di luar Parlimen, AYAM JAGUH di luar Parlimen..dalam Parlimen apah tak hal...sepi membisu..nak cakap nanti jadi macam Tantawi " siku dan lutut" bertanya lari dari tajuk..yg ini kalau di luar Parlimen macam hebat sgt, bila bersoal2 jwb dlm. Parlimen jadi macam PAK BADUT..penglipur lara Parlimen...

      Delete
  2. Usah politikkan agama mu tapi agamakan politik mu. Islamkan kemelayuan mu tapi usah melayukan keIslaman mu..artinya....

    ReplyDelete
  3. Pandai agama bodoh politik buat apa....
    Buang masa beri sokongan undi kat yg bodoh politik ni

    ReplyDelete
  4. Inilah standard ketua pemuda pas...dlm parlimen menikus...isu2 rakyat x diutarakan sbb tak tahu nak cakap..isu2 ekonnomi,matawang,saham tak payah langsung tak paham...setakat ceramah jual temberang kat kedai kopi boleh la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa