Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 14, 2015

Jasa dua ADUN PAS dilupakan oleh PKR?

AMANAH hanya melukut di tepi gantang sahaja. Balaslah jasa Hasnul dan Saari yang telah menyelamatkan kerajaan PR Selangor
SATURDAY, NOVEMBER 14, 2015


Amboi bijak sangatlah Timbalan Ketua Pemuda AMK tuduh Pemuda AMANAH 'Kurang Bijak'

Dia hanya nampak Azmin sorang sahaja yang bijak?? 


Dia patut menyedari betapa Khalid Ibrahim lebih bijak dan berani daripada Azmin tau!


Khalid senang-senang sahaja memecat lima ADUN PKR dan DAP sewaktu krisis MB Selangor dahulu.


Dan lupakah Azmin bagaimana Hj Hadi menghina WAWI?  


Apakah Azmin lupa segala tindakan PAS yang berulang kali telah menikam belakang Pakatan Rakyat (PR) hingga akhirnya membawa maut kepada PR.   


Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH adalah sebagai pengganti PR.Tetapi kenapa AMANAH, satu daripada komponen PH hanya melukut di tepi gantang sahaja?    


Apakah tidak cukup untuk mengenang dan membalas jasa mereka yang telah menggagalkan rancangan menubuhkan Kerajaan UG di Selangor?  



Adun Morib, Hasnul Kamarudin (kiri) dan Adun Klang, Saari Sungip (kanan) , dua orang ahli PAS yang kini telah bersama AMANAH melakukan harakiri dengan menandatangani surat akujanji (SD) menyokong perlantikan WAWI sebagai MB Selangor yang sekali gus telah menggagalkan konspirasi PAS dan Umno berUG di Selangor.

Apakah tidak cukup besar pengorbanan dua manusia ini yang terpaksa melalui penghinaan yang getir apabila Hj Hadi telah melemparkan gelaran dan tuduhan keji 'Broker' dan 'Barua' kepada mereka?  


Mereka terbuang kerana digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam itu semata-mata dianggap sebagai pengkhianat kepada PAS, waima mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".   


Sewaktu Muktamar PAS ke-54 di Ipoh pada 2008 lalu telah mengambil keputusan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka langkah itulah yang mendorong Hasnul dan Saari menyatakan sokongan kepada WAWI.


Namun sebaliknya, Empat orang exco PAS yang terus menyokong Khalid Ibrahim yang tidak berparti itu telah dianggap sebagai penyelamat kerajaan PR Selangor...ada akai ker?


Hasnul dan Saari sepatutnya dilantik sebagai exco Selangor kerana mereka berdua inilah penyelamat sebenar kerajaan PR  - sumber

2 comments:

  1. Nak jd exco rupanya itu yg sebuk suruh pas berambus sgt.amanah sudah jd malukut pulak.amk kata tindakan yg tdk bijak.wartawam mkini kata kurang bijak.lebih kurang sama la tu makna lain masih juga bodoh.ha ha jgn marah ha tuan bloq n the geng bkn aku yg kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tlh d twrkn oleh azmim tp awal2 lg tlh d tolak..anon 9.25 dh ketinggalan bas ni..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa