SITI FATIHAH AWANG
7 NOVEMBER 2015
KOTA BHARU - Tindakan DAP yang bercadang untuk bertanding lapan kerusi Pas di Selangor disifatkan sebagai taktik untuk memecah undi Pas di kawasan tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, selain itu ia memperlihatkan taktik DAP untuk mengembalikan Umno di kerusi yang komposisi pengundinya adalah 20 hingga 30 peratus adalah bukan Melayu.
“Ia kerana difahami Pas menang pada PRU13 lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika DAP bertanding di kawasan itu, bagi DAP, mereka akan dapat undi itu dan pengundi tidak akan mengundi BN, maka Pas akan peroleh undi Melayu sahaja. Itu yang tersirat,” katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu tanding kerusi Pas, bukan masalah besar]
Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid Samad yang menafikan tindakan DAP untuk bertanding di lapan kawasan di Selangor disebabkan oleh kurang keyakinan kepada rakan baru mereka iaitu Amanah, tetapi sebaliknya tidak yakin langsung dengan Pas.
Menurutnya, dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi dan pilihan raya, semua parti berhak bertanding tanpa batasan, asalkan mengikut lunas undang-undang yang ada.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan berkata, sekiranya bertanding dengan alasan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka kesannya adalah kepada parti yang tidak kuat, termasuklah juga parti yang mencuba nasib itu.
“Bagi berdepan taktik DAP ini, Pas Selangor seharusnya menggunakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.
“Malah peranan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga perlu lebih aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katany
Kenapa bukan Amanah yang tanding?
KOTA BHARU - Pas yakin dapat mempertahankan lapan kerusi Dun Selangor miliknya walaupun bakal ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini Pas telah berulang kali menyatakan tidak pernah berganjak daripada perjuangan mengekalkan kerusi milik parti itu termasuklah pada PRU14.
“Kami yakin, insya-ALLAH, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas ]
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu mengulas mengenai tindakan DAP yang bercadang bertanding di lapan kerusi Pas di Dun Selangor pada PRU14.
Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad didakwa sebagai berkata, tindakan DAP untuk bertanding kerusi tersebut bukanlah disebabkan kurang yakin dengan Amanah, namun disebabkan hilang keyakinan kepada Pas, kata Mohd Amar :
"Jika benar hilang keyakinan terhadap Pas, maka DAP sepatutnya membuat keputusan sebaliknya dan bekerjasama dengan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan itu.
“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah".
Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau hanya menjawab ringkas, perkara tersebut perlu dirujuk terus dengan Abdul Hadi.
Apa salahnya kalau Umno yang menang .lagipun pas akan berkerjasam dengan Umno.Bukankah presideng kata begitu dan kuncu2nya semua bersetuju tanpa rela.biarakn Umno dapat tawan semula Selangor ni dan mungklin ramai peminpi yang akan dapat labanya atau balanya.pilihlah mana satu
ReplyDeleteJelas Pas melagukan nyanyian ameno.......
ReplyDeleteBukankah PAS yang begitu sombong dan lagak hendak masuk bertanding disemua kerusi yang dimiliki DAP? Dan sekarang apabila DAP sudah menyahut cabaran "pondan" dari PAS, puak2 serban ni mula mengelabah dan panik? Perkara ini tak ubah seperti lagak "berani" Nik Amar yang bertempik kononnya akan ishtihar perang keatas UMNO sekiranya UMNO tidak sokong RUU Hudud Hj Hadi. Tetapi, akhirnya PAS sendiri menarik diri dari membentangkan RUU itu atas alasan "masalah teknikal yang bersangkutan perbicaraan mahkamah" dan laungan "perang" dari Nik Amar bertukar menjadi "siulan mengurat" kepada UMNO.
ReplyDeletePAS tak jadi nak berperang dengan UMNO tetapi sebaliknya dok sibuk kenyit2 mata dengan UMNO dengan Tuang Presideng mereka sendiri "bersiul2" untuk menarik perhatian UMNO dengan cadangan "PAS menjadi penasihat bukan nak ambil kuasa". Ni lah dia perangai sebenar puak2 yang suka bermuka2. Masa muktamar, riuh berkokok untuk menegakkan Hudud samapai bergadai nyawa tapi last2 langsung kecut teloq nak bawak masuk "hanya disebabkan kes mahkamah". Mereka riuh berkokok nak menentang dan menggantikan UMNO sebab UMNO sekular dan tidak Islamik tapi akhirnya mereka menawar diri sebagai penasihat (tanpa gaji atau imbuhan?). Mereka bertempik sakan nak lawan DAP kat kawasan2 DAP tapi bila DAP sanggup juga bertanding dikawasan PAS, menangis dan mengadu kat ahli bahawa DAP nak menganiaya dan mencuri kerusi PAS.
Puak2 ni semua dari Hj Hadi sampailah ke Ketua pemuda, semuanya penakut serta tak ada kekuatan moral. Mereka hanya pandai berlagak, cakap besar dan berlakon alim dan suci, selain dari tu mereka semua kosong ibarat macam 1MDB yang gah aset berbillion tapi faedah hutang pun tak mampu bayar! Mereka ni nak nasihatkan najib pasal 1MDB? Kelakar sungguh ibarat cerita fiksyen nak di naiktarafkan sebagai fakta sejarah! Cermin muka dulu lah wahai puak2 serban!
Nick.
Cape Tiger.
Bro, aku setuju dgn statement engko tu. Memang PAS ni pak lawak. Yg akan menentukan hidup mati PAS ni nanti adalah ssjumlah besar pengundi atas pagar yg menyokong pakatan rakyat yg dibunuh oleh PAS. Tungu lah hampa. ..
DeleteBro Nick cape tiger. Bhs tulisanmu :-
Delete1. Kasar
2. Biadap
3. Jahilliah
4. Menjatuh maruah
Mmg sesuai utk :-
1. Ayah chik Marang
2. Din velfire
3. Din BMW 7 series
4. Nik Amar range rover
Abg Mokh goldenkeys mesti senyum
Jika DAP, PAS dan BN bertanding.... DAP menang.
ReplyDeleteJika PKR, PAS dan BN bertanding.... PKR menang.
Jika AMANAH, PAS dan BN bertanding.... AMANAH menang.
Jika PAS dan BN bertanding.... BN menang.
Jika PAS dan BEBAS bertanding.... BEBAS menang.
Jika PAS vs PAS... dua-dua kalah
Sebab PAS tak best.
Kepala hotak punya artikel .......... kalau Dap segala2nya murni dan indah ....... alah cuma acah je ! Pandai je admin putar belitkan fakta ........ mmg sah dah pekena holywater tuan galu LGE dan LKS !
ReplyDeletemu baca bakpo kalu artikel kepala hotak. ko mu pun penjilat tegar hadi jugok ni...
Deletesah la mu pun kena kencingwater hadi ni
puok2 mu punoh jane abis doh duk pujo manusio...
Anon 4:02. Lainkali jgn komen. Biarkan siluncai dgn labu2nya. Biarkan bengong bersawang d kpalanya
Deleteapa jasa wan nik sepenggal jadi MP bachok?
ReplyDeletenothing bro...
sekadar duk tulis artikel kat harakah, boleh la!
patut la lawan awang adek utk penggal kedua terus lingkup...
nak nilai cerdik ke bodoh mamat ni, rasa2nya lebih kurang abduh je...
stupid...
idiot...
Macam mana BEWAK boleh masok PAS ????
ReplyDeletePAS ini parti politik ZOO ke ?????
Ambo pening doh !!!!!