Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 12, 2015

Pandangan Datuk serban: Rupanya PAS ni hak Hadi bukannya hak Ahli!

Kalau pun mahukan Husam tinggalkan PAS bukan itu caranya
Kenapa tak dibuang saja dari PAS kerana disiplin?

Aku heran yang bercakap ni pun ada berpangkal nama 'Dr.' juga
Harapkan janganlah serban terhina kerana sipemakainya!

Husam perjelas ‘ugutan bunuh’ pada dialog malam esok
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 12 November 2015 8:12 AM
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. – Gambar The Malaysian Insider, 12 November, 2015.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab dakwaan beliau dan isteri menerima ugutan bunuh dalam sesi dialog malam esok, 13 November.
Ketika ditanya The Malaysian Insider, apakah benar beliau menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan itu hanya menghantar semula poster dialog itu melalui WhatsApp.
Malam esok, beliau akan berdialog dengan orang ramai dalam majlis "Dialog: Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru, Kelantan.
Dialog ini juga akan disiarkan secara langsung melalui televisyen Internet, Youtube mulai jam 9 malam.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahudin Ayub yang juga teman rapat turut mendakwa Husam memaklumkan kepada beliau yang isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.
"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin kepada sebuah portal berita.
Politik Kelantan semakin panas ekoran penubuhan Amanah dan pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan beberapa hari lepas.
Tayar kereta dinaiki Salahudin meletup ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang Kota Baru yang dipercayai akibat perbuatan khianat kerana didapati kesan torehan pada tayar.
Pada dialog malam ini, Husam juga akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.
"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan satu portal berita.
Husam sebelum ini mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.
Ini kerana, banyak kenyataan dibuat Hadi dianggap seolah-olah “buang tabiat” dan mengelirukan ahli PAS seluruh negara termasuk kawasan yang diketuai, Kubang Kerian.
Husam juga mendakwa Hadi mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor dengan cara memujuk ahli Dewan Undangan Negeri PKR menyertai PAS. – 12 November, 2015.

1 comment:

  1. Tok guru presideng kita masih blum buka mulut, samada menafikan atau akui akan dakwaan Dato Husam.
    TG Presideng sedap sangat bila ngajor para pendengar, tp bila kena batang hidung sndiri senyap bisu!!
    Hello tg presideng, mengapa tak ngajo kpd diri sndiri apa yg demo ngajo selamo ni? Demo tk layak doh pege jawate presideng tu! Kalu demo pege jugok, ahliahli Pas koho pening ppalo!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa