Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 10, 2015

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Wahai TITM!

Tiada hubungan, Tuan Ibrahim sekali lagi tolak kerjasama PAS-Amanah

PAS sekali lagi menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, Sinar Harian Online melaporkan hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana PAS sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (PAS) tiada hubungan dengan DAP. Parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama Pakatan Harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar.

"Realiti sebenarnya, DAP tidak akan bersama PAS dan PAS tidak akan bersama DAP. Jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," beliau dipetik berkata portal itu.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Khalid, yang selaku pengarah komunikasi Amanah membuat saranan itu bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor.

Beliau dalam entri blognya berkata, persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS.

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor.

"Melalui perjanjian kerjasama ini, kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara PAS adalah dengan Pakatan Harapan, dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri itu berbeza. -TMI

ULASAN GB

Pinggan tak retak nasi pun tak dingin, orang tak hendak kami pun sebenarnya tak hingin!

AMANAH elah menghulurkan bunga supaya PAS boleh diterima oleh rakyat dan parti-parti pembangkang yang lain. Tetapi jika bekeras nak bersendirian, itu urusan PAS. Kalau kalah nanti jangan salahkan parti pembangkang yang lain khususnya Pakatan Harapan.

Yakinlah bahawa yang boleh mengalahkan kerajaan UMNO BN ialah Pakatan Harapan, bukan PAS dan bukan PAS+PKR.

12 ulasan:

Unknown berkata...
"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar.

Angkuh dan sombong .. inilah serlahan sifat sebanar pemimpin parti agama. Benarlah Allah tidak membenarkan kemenangan terdahulu krn Dia amat mengetahui betapa riak dan buruknya hati pimpinan parti pascai ini. Kalau mu tak dpt terima parti amanah aku dan keluarga sudah bulat hati bersamanya.
Tanpa Nama berkata...
ya kami (yg dulunya sgt setia dgn pas) pun x hingin dok dlm pas,kami dah bersama amanah. pru14 nnti tgklah pas menang lebih byk atau kalau lebih byk. Biarkan pas hanyut dgn pemimpin yg sombong. Tak sabar tunggu pru14, kalau dulu benci meluap pd amno, kini pas termasuk sama.
Tanpa Nama berkata...
aku pening dengan kenyataan kenayakan ulamk Pas.PAS SUDAH TADA HUBUNGAN DENGAN DAP .Woi hulamk .Di Serlangor ni macamana kau bolih bersma DAP ,EEEEEEE geramnya .nak kata bodoh tetapi bodoh ,nak kata sombong tetapi memng sombong,Dah cakap tiada hubungan dengan DAP kBErambuslah dari DAP di SElangor ,mengapa Pas sanggup jadi babi tungangan DAP lagi.Di Iabaratkan ,Dalam satu mangkuk hayun ada ikan ,ada aryam dan ada babi,apa hukum pasa makan ikan aje ,kan gulai dalam mangkuk tersebut ada babi,(DAP)/ptuiiiiii oatk masuk air.
Tanpa Nama berkata...
Org berlembut, dia angkuh...Pigi jalanlah PAS!!!
Nyesal aku undi kau org dulu...Akan datang sorry lah ye...
Dr.Paridul Adras Ismail berkata...
Personaliti seseorang itu akan terserlah ketika seseorag itu marah. Marah hanya boleh ditahan kemaraannya melalui kesabaran, ilmu dan keimanan. Parti Amanah Negara (Amanah) dengan depaan tangan terbuka mengalu-alukan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya. Amanah yang didokongi oleh profesional masih mahu berbincang dengan Pas yang didominasi oleh golongan ulama.Pas yang mengaku parti Islam dengan angkuh tidak mahu bekerjasama dengan Amanah, dengan alasan parti itu adalah parti serpihannya.

Pas terlupa bahawa partinya juga adalah serpihan parti Umno. Bukan sekadar berunding, Pas membuka pintu kerjasama dengan Umno. Pas buka tidak tahu tahu bahawa Umno bukan parti Islam, sebaliknya parti sekular. Lagi sadis, Hadi Awang telah menawarkan diri untuk menjadi penasihat kerajaan BN. Rakyat tertanya-tanya, adakah nas atau dalil yang mengharuskan presiden parti menjadi penasihat kepada parti musuh? Menjadi penasihat kepada musuh bererti akan melemahkan parti sendiri. Semakin hari semakin tidak keruan pemikiran pimpinan Pas. Benarlah kata peribahasa Inggeris, kejahilan seseorang itu akan terserlah apabila dia membuka mulut. Semakin ramai pimpinan Pas membuat kenyataan, maka semakin dilihat Pas memiliki ramai pemimpin yang celupar dan kurang matang. Kepada ahli-ahli Pas yang masih mampu berfikir, kalian ini bagaimana? Apakah kalian terus tega diperbodohkan oleh pemimpin yang kalian dewa-dewakan sebagai maksum? Kalian mesti ambil peduli bahawa Amanah dan Pas mempunyai matlamat keislaman yang sama, cuma wadah dan pendekatan yang berbeza.
Timnajib Jomfikir berkata...
Untuk long term..PAS lah yang akan rugi.buat masa ini, tanggungjawab AMANAH sesama Islam, yang tidak mahu melihat PAS dipermainkan UMNO sudah selesai.

Biarlah kesombongan dan kedegilan PAS terus berjalan...
Tanpa Nama berkata...
Bior ler dema....
apa katanyer
jika Allah nak beri kemenangan...akan menang juga dema tu..
ehhhh???
yer ker???
cakap pun bukan main lagi riak...
rasa-rasa....ader ker Allah bagi kat dema kemenangan tu???
Tanpa Nama berkata...
keangkuhan haji hadi terus diwarisi pemimpin2 kanan pas sampai ke macaipocai tukang angkat bendera...sedih sangat..
Saadun Sulaiman berkata...
Akhir akhir ini "KENYATAAN" oleh para pemimpin PAS di lihat begitu bongkak dan angkuh. Ada kah ia nya merupakan ajaran "ISLAM" yang sebenar?

Pada 7/11/2015, AMANAH telah mengadakan peneranggan kedua di Mersing, ia nya di adakan di Timotel. Saya di faham kan kehadiran melebihin dari yang pertama. Di hari yang sama PAS turut bertemu dengan para ahli PAS Mersing bertempat di Markaz PAS di Kampong Air Merah. Pertemuan itu tiada siapa yang mempertikaikan. Yang menjadi persoalan ada lah apa bila di sarankan agar PAS tidak mensolatkan jenazah selain dari para ahli PAS sahaja. Mengapa boleh jadi begini?

Walau pun saya tidak hadir di pertemuan tersebut, tetapi kenyataan yang boleh di anggap "KOLOT" itu menyentuh perasaan saya. Ia nya mengambarkan bahawa bekas para ahli PAS yang ingin kan perubahaan telah di lebal sebagai "KAFIR". Bagai mana dengan UMNO yang PAS masih mengidam untuk berUG dengan nya? Umum tahu bahawa sehingga ke hari ini UMNO masih lagi bersifat "UNISLAMIC", malah kerap bertindak di luar dari norma norma "ISLAM". Wahai para pemimpin PAS keluar lah dari kepompong yang tidak "ISLAMIC" itu, sebelum kamu di hukum pada PRU ke 14 nanti.
omar daud berkata...
salam:
Tiada apa lagi yg nak diulas,semua rakan2 diatas sudah mengulas sama seprti yg saya akan ulas.Saya nak meRECOMMENDkan AMANAH,supaya cepat-cepat mengadakan Akbar resmi parti snediri,sebab sekarang ini di dapati tempat saya sendiri setelah menyelidiki di 12 kawasan penjualan Harakah sudah merosot dgn begitu teruknya,akbar "Sinar Harian" sudah menjuarai media perdana pembangkang di sammping media keadilan.

Gunakanlah kesempatan ini,untuk orang-orang veteren/dan rakyat majority yg tak dapat acces internet yg bersama pembangkang,mereka dah letih sangat dgn media umno,utusan,BH,Metro dan terbaru harakah.

Boleh namakan akbar baru sebagai "AMANAH"ka,"Harapan baru" ka,"Harapan rakyat" ka, atau apa2 lagi yg sesuai utk rakyat,saya percaya dgn adanya akbar baru ini,ada lagi satu alternative rakyat utk mendapat media "DIRECT" dari pembangkang.

wassalam.
Tanpa Nama berkata...
Haji Adi nak jadi Mursyidul Am UMNO.... pertama dan mungkin terakhir.
Tanpa Nama berkata...
Kita kena tahu yg pas brjuang bkn kerana kemenagan..tp keredaan allah,tu yg membolehkan pas jd penasihat umno,pas kan rmi pakar hukum hakam

2 comments:

  1. [url=http://saratov.promatematiky.ru/bryuki-v-saratove-kupit-ceny-vniz.html?cu=mountdweller.blogspot.ru]Одежда на любой вкус[/url] , а также постоянные распродажи и скидки.
    Ваш личный купон для скидок DSSUPERSALE2015!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa