Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 9, 2015

Polis perlu fokus kepada Najib - Zaid

Lupakan idea dakwa Dr Mahathir, kata bekas menteri kepada polis
TMI - Published: 9 November 2015 11:43 AM
Polis tidak sepatutnya terlibat dalam rancangan untuk mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.

Polis tidak sepatutnya terlibat dalam rancangan untuk mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Dalam tulisan di blognya hari ini, bekas de facto menteri undang-undang itu berkata, polis sepatutnya memberikan tumpuan menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam skandal politik.
"Apa saya ingin nyatakan disini adalah polis sepatutnya melupakan rancangan untuk mendakwa Dr Mahathir. Jika mereka mahu juga, dakwalah atas dakwaan yang lebih serius.
"Adakah beliau terlibat dengan amalan korup sepanjang 22 tahun dia mentadbir? Adakah beliau menyalahgunakan kuasa? Adakah beliau mempunyai akaun di luar negara dan terlibat dengan penggubahan wang haram?
"Jika jawapanya tidak, saya cadangkan polis fokus kepada Najib.
"Mereka perlu memulakan siasatan ke atas beliau kerana seluruh dunia tahu tentang dakwaan ke atasnya,” kata Zaid.
Najib diserang hebat berikutan wang RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadinya  dari penderma Timur Tengah yang tidak diketahui identiti sebelum pilihanraya umum 2013 selain daripada kontroversi yang menyelubungi syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini mencetuskan desakan lantang diketuai Dr Mahathir, untuk Najib meletakan jawatan. Bekas perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat itu juga menghadiri perhimpunan Bersih 4 yang bertujuan melakukan perubahan demokratik dan mendesak pengunduran Najib.
Dalam perhimpunan itu, Dr Mahathir bercakap mengenai Najib dan dana yang menyebabkan dia disoal siasat polis Jumaat lepas.
Hari ini, Zaid bertanya mengapa perlunya melibatkan polis dalam hal tersebut sedangkan kenyataan Dr Mahathir mengenai Najib mempunyai asas perundangan awam.
Dia berkata Najib sepatutnya menyaman negarawan itu kerana memfitnahnya.
Katanya, undang-undang jenayah fitnah yang digunakan polis negara ini untuk memaksa dan menyekat rakyat daripada bersuara sudah ketinggalan zaman dan perlu dimansuhkan, kerana perundangan itu dicipta penjajah untuk menakutkan rakyat sewaktu penjajahan.
Jawatankuasa Khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak bersuara, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Politik dan pelbagai lagi badan antarabangsa mendesak pemansuhan undang-undang sebegitu, katanya.
“Perdana menteri kita yang mengaku moderat dan sukakan perubahan, sebaliknya lebih gemar menghina Tun Dr Mahathir dengan menghantarnya kepada polis,” katanya.
Zaid menyuarakan kesedihan mengenai kurangnya tumpuan polis untuk menyoal siasat Najib mengenai 1MDB, walaupun terdapat banyak laporan polis dibuat ke atasnya.
“Dunia sedang menanti dan mahu mengetahui sekiranya pasukan polis kita bebas dan tidak gentar kepada sesiapa.
“Sekiranya mereka enggan membuka fail siasatan ke atas Najib, rakyat akan berkata yang Ketua Polis Negara seorang penakut; dan mereka akan mengatakan yang Malaysia sememangnya sudah berubah menjadi negara polis.
“Sangat memalukan sekiranya ini berlaku, kerana pasukan polis kita dulu pernah menjadi kebanggaan negara,” katanya.
Zaid menambah yang polis perlu melindungi nama baik dan reputasi negara.
“Terlibat dalam kes jenayah fitnah tidak sepatutnya dilakukan polis yang berwibawa.” Katanya.
Dua hari lepas, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempertahankan Dr Mahathir, berkata yang bekas perdana menteri itu tidak melakukan kesalahan hanya kerana bertanyakan soalan dan mengkritik Najib dalam soal cabang pelaburan negara sarat hutang 1MDB.
“Saya sangat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pihak yang disoal siasat polis atas dakwaan jenayah fitnah pada 6 November,” Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan liwat, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan peguamnya.
“Beliau tidak melakukan kesalahan apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikan kepada perdana menteri dalam krisis 1MDB.” – 9 November, 2015.

1 comment:

  1. Mat Kampau pon ada MASYOOKKKKKK!!!!!

    Biasa lah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa