Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 1, 2015

Rafizi, siapa kau nak ajar PAS? mereka dah jadi Mahaguru nak jadi penasihat kerajaan dah!

Hang ingat puak-puak Ulamak dan Pak Lebai nak pakai buah hang?

Baca link niHadi: PAS sedia jadi penasihat k'jaan, bukan gila kuasa 

Lebih-lebih lagi nak ingatkan tentang moral dan tanggungjawabnya
Semua pemimpin mereka punya moral dan akhlak yang tinggi dan interlek lagi
Itulah sebabnya mereka main siku dan lutut serta perkataan-perkataan yang manis serta label yang elok-elok belaka

Tolak bajet 'tanggungjawab moral', kata PKR pada PAS
mk

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.
"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.
"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.
Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".
Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.
"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.
"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.
"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya.
Sinar Harian hari ini melaporkan Hadi berkata keputusan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

7 comments:

  1. Sampai macam tu hadi dok kata kat hampa omoi lagi kat PASPKR ooi hampa masih dok sua domoi lagi kat PAS awat hampa dah tak dak teloq ka op!!! telupa PKR memang tak dak pun sebab tu la pemimpin-pemimpin berani dok celen hampa aku fikiaq hampa tok sah dok fikiaq panjang la biaq pi kat PAS depa dah nampak gila sangat dah nak tidoq sebantai dengan UMNO tu.lapaih nie kita pakat tunggu dan tengok depa nak pi kemana dan berapa kerusi depa nak menang.

    ReplyDelete
  2. kepala tok chai hang.Benda/perkara yang lagisuluh dan nyata lagi hang nak pertahan bagi tongkat kat jibon. Hang juga yg keluarkan gelaran jebon , oeh itu untuk najib bunyinya jadi jibbon. Negara dah umpama tinggal pakaian yang tak di terima sebagai pakaian kerana lutsinar yang menamppak seluruh anggota tubuh bak umpama tak ada seurat benang dah, tak tutup aurat.

    ReplyDelete
  3. Berat dah Pas. Tak tau la apa nak jadi. Meroyan nya semakin menjadi

    ReplyDelete
  4. Najib mungkin dianggap pemusnah Umno, semoga Hj Hadi tidak memainkan peranan yg sama kepada Pas

    ReplyDelete
  5. Mantik kaedah Hadi bertindak begitu adalah umpama gergaji dua mata, kiri kanan hendak disapunya. Itulah akal nelayan, dia fikir serampang dua mata boleh tangkap dua ikan sekali lontar, tetapi gergaji ni dia punya gerakan ke hadapan dan ke belakang semasa gergaji disorong dan ditarik. Maka itulah apa yang kita dapat lihat perlakuannya nyemedang je kluk klek kluk klek kluk klek u-turn. Rafizi...janganlah buang masa kamu tu.

    ReplyDelete
  6. Penasihat uturn and conner leper hihi.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Ambo menyesal...menyesal memandang rendah kepada HH. Betul la kata walaun PAS bahawa HH ulamak besar yang memileki pelbagai keistimewaan. Dia bijak berpolitik. Bacaan politiknya tinggi. Wan Rosli sebenarnya betul....dia nampak apa yang kita xnampak.

    Ramai memperli HH bila dia menawarkan kepada kerajaan kesedian PAS untuk menjadi penasihat kerajaan - Penasihat 25 persen. Dia nak tukar PAS dari parti politik kepada parti penasihat 25 persen kepada kerajaan. Ambo menyesal....ambo percaya sekarang apabila ambo buat perkiraan persen yang PAS akan dapat....

    1. 25 persen dari RM 2.6 Billion = RM 650 JUTAAAAAAAAAAAA.....

    2. Kalau selesaikan hutang 1MDB yang berjumlah RM 42 Billion,

    25 persen drp RM 42 Billion = RM 10.5 BILLIONNNNNNN...

    Abe nampak tak kehebatan HH. Kalau menjadi, HH dan pemimlin PAS pakai jet peribadi laaa belaka.....baru padan muka dengan geng Mat Sabu....hehehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa