Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 4, 2015

Sabungan certa 'Tapah Monster' semalam

link semalam: Tapah Monster yang boleh hilangkan orang

Dua suspek kes bunuh dibawa ke tempat kejadian
4 NOVEMBER 2015
Anggota polis membawa seorang wanita dipercayai anak kepada 'suspek' ke lokasi bagi membantu pasukan forensik mendapatkan keterangan fizikal lanjut di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah. - Foto Bernama

TAPAH - Polis hari ini membawa dua suspek utama pembunuhan empat individu ke tempat kejadian di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, di sini.
  
Dua suspek itu, pemilik bengkel dan anak lelakinya dibawa dengan sebuah van dan diiringi dengan sebuah kereta polis kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Tinjauan di bengkel itu kelihatan sebuah jengkaut memasuki kawasan bengkel berkenaan dipercayai bagi mencari mangsa-mangsa yang dibunuh dengan kejam itu.   

Turut kelihatan ialah Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia di sekitar kawasan bengkel berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa dibunuh kejam, dibakar]

Ketua Polis Daerah Tapah, Suprintendan Som Sak Din Keliaw tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari dan keluar dari kawasan terbabit dalam 30 minit kemudian.
  
Bagaimanapun, Som Sak enggan mengulas lanjut mengenai kes terbabit ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan terkini kes itu.

Sama seperti semalam, pekarangan bengkel itu dipenuhi dengan orang ramai yang datang sejak pukul 9 pagi bagi melihat sendiri lokasi kejadian kes yang mendapat liputan meluas itu.
  
Seorang daripada mereka yang hanya ingin dikenali sebagai Azman, 44, berkata beliau berada di sini sejak semalam bagi mengikuti perkembangan kes tersebut dan berharap agar kes itu dapat diselesaikan dengan segera.

Azman yang menetap di Tapah lebih 10 tahun berkata, beliau rasa takut terhadap apa yang berlaku dan sering menasihati anggota keluarganya supaya lebih berhati-hati.
  
Pada 26 Oktober lepas, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, di sini.
  
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas. - Bernama

5 comments:

  1. Kes ni samakah dengan kisah satu kumpulan yang menyamar sebagai penarik kereta yang beroperasi di R&R Tapah untuk menipu pemilik kereta?

    ReplyDelete
  2. Semua ni blajar dgn c4 puncak alam...

    ReplyDelete
  3. Macha ke ni?
    Jenis bunuh pastu bakar then buang abu ni macha je

    ReplyDelete
  4. Syukurrr, Malaysia masih aman.

    ReplyDelete


  5. Bagaimana dengan jiran anda pula ?

    Pastikan tidak ada pembakaran dan bau hangit di tengah malam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa