Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 9, 2015

Tan Seri Zeti Aziz Beri AMARAN?

Ahad, 08 November, 2015.

 Terkini: Tan Seri Zeti Aziz Beri AMARAN Ekonomi Negara Dalam Bahaya....Sebarkan

Pertumbuhan Malaysia berdepan dengan risiko yang lebih besar akibat kelembapan ekonomi dunia berbanding daripada kesan inflasi, kata gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz.

Tekanan kesan inflasi akan mengendur selepas suku pertama 2016 dan kadar faedah pada paras semasa menyokong pertumbuhan, kata Zeti satu temu bual di Lima, Peru

Keluaran dalam negara kasar akan meningkat kira-kira 5 peratus tahun ini, dan pengembangan itu akan berada dalam lingkungan had yang sama pada 2016, seandainya risiko terhadap pertumbuhan global tidak menjadi kenyataan.

Penggubal dasar Malaysia telah bergelut untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi dan kewangannya sejak harga minyak mula merosot pada akhir tahun lalu dan ketika dakwaan penyelewengan kewangan di sebuah syarikat pelaburan kerajaan, menjejaskan sentimen.

Ketegangan politik juga telah meningkat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdepan dengan isu berkaitan sumbangan kempen yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Rakyat terganggu sekarang kerana negara kami jarang berdepan dengan perkembangan politik seperti ini," kata Zeti.

"Proses keputusan dasar Malaysia berterusan, tanpa mengira ketegangan politik ini."

1 comment:

  1. Banyak lah Melayu Melayu hilang kerja nanti

    Kalau 99 Supermarket dah mula kurang kan pekerja , kesian bebudak Melayu ter paksa merempit ke Lombong cari makan


    Sedekah tetap sedekah 6% harian

    Kesian.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa