Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 13, 2015

Yang ni betul-betul sial!

Seorang Menteri Didedah Guna RM410,978 Dana YaPEIM Untuk Ke Amerika Syarikat, Main Golf Dan Shopping?
Friday, November 13, 2015
National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan seorang Menteri telah menggunakan RM410,978.56 wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Menteri tersebut dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.

Perjalanan ke Amerika Syarikat itu dikatakan dibuat pada 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 itu untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM..

Antara bayaran yang dibuat oleh YaPEIM adalah sebanyak RM274,493.10 untuk kos penerbangan pergi dan balik Menteri itu dan isterinya ke Amerika Syarikat.

Selain, majlis keraian menteri termasuk bermain golf berjumlah RM1,658.96 dan sebanyak RM3,200.72 digunakan untuk cenderahati menteri.

Persoalannya di sini ialah bagaimana yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti menteri...

Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider
Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS). 
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, melawat bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa. 
Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). 
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya. 
Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.
RM410,978.56 tu kalaulah diberi seorang RM5,000 kepada orang-orang Islam untuk membantu memulakan perniagaan kecil-kecilan.. sekurang-kurangnya 80 orang Islam boleh dibantu..

Lebih baik diberi begitu saja kepada 80 orang Islam itu dari dibiarkan dikedarah oleh seorang Menteri dan bininya...

Sekurang-kurangnya ia menepati matlamat penubuhan YaPEIM tu...  - sumber

6 comments:

  1. akhir zaman
    pengkhianat diberi amanah
    penjahat diangkat jadi ketua
    cerita bab hijrah setiap tahun tapi
    perangai tak pernah berubah
    manusia lalai denagn dunia

    ReplyDelete
  2. memang sial mereka yang kedarah duit derma demi anak yatim juga mereka yg miskis. setiap sen yg di dermakan bukan hak menteri.
    meraka yg bersekongkol sama sama dapat saham pembalasan allah.

    ReplyDelete
  3. Jangan lah fitnah Jamil Khir. Dulu dah fitnah dia kemut duit zakat tapi terbukti dia hanya ambek untuk bayar kos guaman saje. Sekarang fitnah dia gi luar negara ngan bini dia pakai duit anak yatim pulak. Mungkin dia gi ngan bini dia tengok macam mana org luar negara uruskan anak yatim. Kira lawatan sambil belajar lah. Ini sumer untuk kebaikan anak2 yatim 1Mesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak membela pun agak2 la..
      Nak tgk org luar negara urus harta anak yatim,pi la negara2 islam.brunei dekat je pun.
      Ni siap main golf,bersopin sana sini tu apa crita?
      Jenis konon bijak agama,songkok tinggi,bermisai ni mmg kaki kencing.haram halal tak amik pusing

      Delete
    2. tanya sama itu hud hud
      kemut duit zakat, lawatan sambil belajar, gi luar negara ngan bini, untuk kebaikan anak2 yatim 1Mesia ?????? ahem ahem

      Delete
  4. Menteri Agama pon nak jadi BON BON

    Bilyon Bilyon ada kan....

    Melayu tak boleh jadi Orang ke ????

    Mesti jadi BON BON ?????

    Bahalol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa