Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 9, 2015

Isy..........macam tunggu nak ngap jer?

TUESDAY, 8 DECEMBER 2015
Foto Kelibat Seekor Harimau Berjaya Dirakam Di Sebuah Kampung Di Melaka
Gambar Norazlan yang dirakam di Jeram Kampung Hulu dipercayai terdapat harimau

BATANG MELAKA - Penduduk Kampung Hulu Batang Melaka percaya, dua harimau yang pernah menggemparkan kampung itu baru-baru ini, masih berada dalam kawasan hutan berdekatan.

Sidang Kampung Batang Melaka, Shariff Suboh berkata, kewujudan harimau di kampung itu dikuatkan lagi dengan kelibat dipercayai harimau dalam gambar seorang penduduk ketika berada di Jeram Kampung Hulu.

Menurutnya, individu bernama Norazlan Abd Ghani, 35, itu sedang berkelah bersama keluarganya sebelum seorang ahli keluarga merakam gambarnya yang duduk di atas batu berlatarbelakangkan hutan simpan Batang Melaka.

“Kita terkejut bila melihat gambar itu, di belakangnya dipercayai harimau dan kawasan itu merupakan kawasan air terjun dalam kampung tersebut.

“Sebab itu kita percaya dua ekor harimau itu masih berada dalam kawasan kampung ini,” katanya semalam.

Jelas Sharif, biarpun Jabatan Perhilitan Melaka telah memasang perangkap harimau sejak 2 Disember lalu, belum ada sebarang tanda mengenai harimau itu.

"Penduduk berharap pihak berkenan dapat terus memasang perangkap terbabit sehingga haiwan itu berjaya ditangkap," katanya.

Menurutnya, pihaknya meminta penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak merayau di kawasan tapak kaki harimau ditemui sebelum ini.

“Saya harap penduduk bersabar dan percaya dengan adanya kerjasama Jabatan Perhilitan Melaka, masalah ancaman harimau di kampung ini dapat diatasi tidak lama lagi,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan lebih 250 penduduk Kampung Hulu Batang Melaka, hidup dalam ketakutan sejak hampir sebulan lalu setelah digemparkan penemuan beberapa tapak kaki haiwan dipercayai harimau berdekatan kampung mereka. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa