Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 28, 2015

Soalan Hanipa terhadap Hadi: Sosok lain yang jawab.......

Maaf Bai Hanifa, saya tolong jawabkan.

1. Saya fikir soalan-soalan anda terlalu remeh untuk diajukan kepada Presiden. Sekiranya anda ambil perhatian dengan ucapan-ucapan Tuan Guru Presiden ketika berada dalam PAS dahulu, semua jawapan ini sudah diterangkan olehnya. Mustahil bekas kepimpinan PAS Pusat sejahil ini untuk bertanya, melainkan mungkin berniat buruk terhadap Islam dan tokohnya.

2. Biarlah saya sahaja tolong jawabkan. Tuan Guru sekarang berada di luar negara atas urusan besar menyatupadukan kekuatan Islam sejagat. Peranan beliau bukan sekadar untuk melayan karenah politikus tanahair semata-mata.

3. TGHH berkata, " dalam Malaysia , majoriti rakyat adalah orang melayu Islam, mesti terima hakikat, melayu Islam memimpin negara. sama ada cara Umno atau cara Pas ,itu bab lain."

Maka Hanipa timbulkan soalan:

a. Bukankah realiti di Malaysia, bila nak perintah Malaysia kena ikut Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Maka dalam PP tidak disyaratkan yg memimpin negara mesti orang Islam.

= Usah bercakap soal PP sahaja. TGHH turut bercakap dalam konteks real-politics. Menurut PP sendiri, perkara 40(2)(a) menyatakan perlantikan Ketua Eksekutif negara itu di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agung. Sejarah telah menunjukkan bahawa raja-raja ini akan tetap memilih melayu Islam sebagai Perdana Menteri. Lihat sahaja di Perak pasca PRU12 sebagai contoh. Sultan berkeras mahukan melayu sebagai raja.

Oleh itu sebarang parti politik yang menganggap bukan Islam berpeluang menjadi PM sangatlah rendah IQnya. Sekutu besar Pan iaitu Dap sendiri mengakui hakikat ini. Kerana itu mereka giat mengajak orang melayu menyertai parti mereka.

b. Kenapakah TGHH, sebagai Presiden Parti Islam, bercakap tentang pemimpin melayu /Islam dan tidak hanya pemimpin Islam ? Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa.

= Islam menganggap bangsa adalah elemen penting dalam politik. Sebuah hadis perlu direnungi Bai Hanipa. Sabda Baginda:
"Pemimpin mestilah dari kalangan Quraisy"

Tokoh siasah Islam, Imam Mawardi menyatakan maksud hadis ini adalah kepimpinan Islam mesti dipegang oleh sesuatu bangsa, kumpulan atau kaun yang berpengaruh. Ini untuk menjaga kestabilan dalaman. Jika tidak, orang bawahan mudah memberontak dan pemimpin sukar dipertahankan.

Melayu adalah kaum terkuat di Malaysia. Sekiranya Cina atau India memerintah, sentimen kaum akan tercetus. Bukan mudah majoriti melayu mahu tunduk kepada kaum Cina atau India. Ini bukan asabiyah tetapi realiti.

c. Tok Guru kata "Pas mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam". Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti melayu/Islam..Yang ini , bagi saya, tak wajar dan nampak asing dari ajaran Islam.?

=jawapan sama pada soalan (b)

4.TGHH juga kata "dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa"

Hanifa tanya lagi:

a.  Nampaknya macam ada tak kena dengan kenyataan itu, seolah olah tak melihat keseluruhan sejarah Islam. Bukankah sejarah Islam menyaksikan juga pelbagai ragam pemerintahan..Yang adil seperti pemerintahan Syaidina Umar Abd Aziz'wujud. Yang zalim dan memberi wajah dan imej buruk kepada Islam juga seperti pemerinyahan Yazid ibnu al Muawiyyah dan seumpamanya juga wujud.

= TGHH tak kata semua pemerintah Islam adil belaka. Cuma apabila dibandingkan antara pemerintahan manusia, keadilan sebenar hanya berlaku dalam sebilangan kepimpinan Islam yang benar-benar mengikut cara Islam. Bolehkah Hanipa nyatakan pemerintahan mana yang lebih adil dari Rasulullah, Umar Abdul Aziz dan Harun ar-Rasyid?

b. Adakah pemerintahan bukan Islam dengan sendirinya zalim dan tidak adil..Kalau itu pegangan TGHH, mohon bertanya mengapakah Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat r.a utk berhijrah ke Habsyah ('Ethopia )'di bawah pemerintah seorang raja kristian. Kalau pemerintahan kristian itu tak adil, mengapa Rasulullah s.a.w benarkan para sahabat berhijrah ke sana?

=Pemerintahan orang bukan Islam, tetapi mengikut sistem Islam adalah adil. Sebaliknya jika mereka mengguna sistem selain Islam, pemimpin Islam pun akan berlaku zalim. Ini kerana keadilan hanyalah terdapat dalam ajaran Islam. Boleh Bai Hanifa nyatakan apakah sistem selain Islam ciptaan manusia yang juga adil? Jaga-jaga, fahaman sebegini boleh buat anda terpesong akidah.

Raja Habsyah memerintah berdasarkan ajaran asal Nabi Isa. Ajaran itu semuanya dari Allah dan semestinya ia adil. Kerana itu jangan pelik dengan sekejap sahaja raja itu beriman kepada Nabi Muhammad, walaupun tidak pernah bersua muka.

c. Bukankah Imam Ibnu Al Qayyik.pernah menyatakan "'kerajaan.adil boleh wujud dalam pemerintahan yang tidak laksana syariat Allah dan pemerintahan zalim boleh wujud walaupun dalam pemerintahan yang laksana syariat Allah" atau kata kata seumpamanya. Wallahu 'alam.

= Sila nyatakan rujukan dakwaan ini mengikut transkrip yang anda nyatakan. Saya tidak pernah membacanha. Saya kira kenyataan "pemerintahan zalim boleh wujud walaupun dalam pemerintahan yang laksana syariat Allah" adalah sangat tidak cermat. Ini bukan maksud Ibn Qayyim.

Kalau seseorang itu zalim, itu bermakna mereka tidak melaksanakan syariat Allah. Atau apakah anda percaya ada syariat Allah yang zalim? Astaghfirullah. Mengucap bai.

c. Dalam sejarah modern pula, mengapa ramai ahli gerakan Islam yang berhijrah ke negara barat bagi mendapatkan keadilan dan suaka politik padahal.mereka sebelum itu tinggal di negara Islam dan berpemimpinkan orang Islam yang bercakap bahasa Al Quran ?

= Adakah memberi suaka politik, ia terus dianggap adil? Maka adillah Bashar Asad selama ini yang memberi suaka kepada ramai pemimpin Hamas walaupun beliau seorang diktator.

5.TGHH juga kata "Jangan selama lamanya beri undi ke Umno, berilah juga kepada Pas menjadi kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana?

Kata Hanifa

a. Benarakah rakyat tidak pernah beri peluang Pas memerintah ?'Bagaimana di Trengganu, Kelantan dan Kedah..bukankah sudah di beri peluang memerintah Kerajaan Negeri?  Di Trengganu dan Kedah , Pas dah diberi peluang memerintah satu term sahaja.

= Hanifa pun sudah tahu jawapannya. Tak perlulah buat-buat bodoh pula. Adakah sama memerintah kerajaan negeri yang miskin, dengan dinafikan sumber dari negeri sendiri dan dianaktirikan kerajaan pusat dengan memerintah negeri kaya ataupun kerajaan pusat sendiri? Anda tak bacakah berita Kelantan dan Terengganu dinafikan Royalti? Saya fikir kalau Pan memerintah dalam keadaan ini sekarang, paling lama bertahan pun hanya tiga bulan.

b. Mungkin TGHH merujuk kepada Kerajaan Pusat iaitu beri peluang Pas perintah Kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana ? Kalau itu hujahnya rakyat akan cakap, beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat ?

= Sememangnya TGHH memaksudkan beri peluang untuk PAS mengetuai kerajaan persekutuan.

Kalaulah begitu hujah rakyat, maka jangan salahkan rakyat sekiranya mereka berkata kepada PAN, belum memerintah negeri pun dah kelam kabut. Perlembagaan parti pun belum ada. Harta wakaf kepada PAS pun dirampas. Logo pun ciplak Bangla. Macamana nak memerintah negara?

Wallahu a'lam.. Saya hanya seorang AJK PAS Cawangan Banggol Pauh. Kalau pemimpin saya peringkat Kawasan, Negeri atau Pusat yang jawab, pasti lebih padat dan kukuh daripada ini. Tapi soalan-soalan Bai Hanifa selayaknya hanya dijawab oleh ahli di peringkat seperti saya sahaja. Kalau masih tagihkan jawapan dari Presiden PAS, saya cadangkan supaya soalan itu ditingkatkan kualiti ilmiah dan nasnya.

Alfaqir illallah ,

Alang Ibn Shukrimun
AJK PAS
Cawangan Banggol Pauh
Kuala Nerus
Terengganu

14 comments:

  1. rupanya ahli dan presideng adi sotong sama aje tahap pemikirannya...tahap presideng pun taraf ahli biase je...wes goblok...uteq kea nang dengkol

    ReplyDelete
  2. Stuju dgn 11.50..ulasan tahap bangang..

    ReplyDelete
  3. Tahap otak ore ganu pas ganung
    Mmg bengong sama mcm presideng marang je
    Patut la ore tua pesan jangang kawang ngang orang ganung...

    ReplyDelete
  4. Syok sendiri...aku lg lama jd ahli seumur hdup...pertama kali aku akn undi amanah kali ni...bosan cra pss bwah tghh...ckap mcm paria jual batu cincin..penat aku skola kn bdk2 agar jauh dr umno...sampai masa chip yg buat kerja gila...kasi bungkusla sama umno..jgn nak main clean je mcm najib..rakyat perhati bro...simpn jahil kt uma skt...umno tu milik british la..apco penasihat..kenapa nk tegakn benang basah...ahli lebih kenal siapa layak pemimpin pas...bkn ajk or barua ug.. lawan kt sarawak bape kerusi bole menang..kita tgk..

    ReplyDelete
  5. Dia ini spesis yang sama dengan Wan Rosli yang kini menyamar sebagai 'An Anonymous'. Anda boleh bandingkan jawapan yang diberikan itu dengan komen 'An Anonymous' dalam posting semalam, ia amat selari. Mungkin juga dia hanya plagiat dari nukilan komen tersebut. Inilah puak yang bangang bertingkat-tingkat tapi ada hati nak tunjuk pandai dan hasilnya menyerlahkan lagi kebodohannya.

    ReplyDelete
  6. Individu ini dah hampir mati perasan barangkali. Jawapan beliau terlalu dungu seperti Wali beliau Adi Awe yang dah terkena nasi kangkang Rosmah...... Kenapa di Tengganu kalau cerdik maka cerdik sangat macam si Rafizi tu dan kalau bodoh memang bodoh tahap lembu macam si Alang a/l Shukrimun tu?

    ReplyDelete
  7. Sejarah telah menunjukkan bahawa raja-raja ini akan tetap memilih melayu Islam sebagai Perdana Menteri. Lihat sahaja di Perak pasca PRU12 sebagai contoh. Sultan berkeras mahukan melayu sebagai raja.

    Habis mengapa tuduh DAP ingin mengambil kuasa memerintah? Kenapa DAP yang di salahkan mengenai hudud? Islam terancam jika DAP memerintah sedangkan DAP tak boleh pun jadi Ketua pemerintah.

    ReplyDelete
  8. Sejarah telah menunjukkan bahawa raja-raja ini akan tetap memilih melayu Islam sebagai Perdana Menteri. Lihat sahaja di Perak pasca PRU12 sebagai contoh. Sultan berkeras mahukan melayu sebagai raja.

    Habis mengapa tuduh DAP ingin mengambil kuasa memerintah? Kenapa DAP yang di salahkan mengenai hudud? Islam terancam jika DAP memerintah sedangkan DAP tak boleh pun jadi Ketua pemerintah.

    ReplyDelete


  9. 'Sebaliknya jika mereka mengguna sistem selain Islam, pemimpin Islam pun akan berlaku zalim.'

    Seperti ponteng, Uturn, fitnah, bersongkol dengan pemerintah yang zalim.

    'Ini kerana keadilan hanyalah terdapat dalam ajaran Islam.'

    Pemimpin melayu belum tentu mengikut ajaran Islam, lagi lah tak adil.

    ReplyDelete
  10. 'Adakah sama memerintah kerajaan negeri yang miskin, dengan dinafikan sumber dari negeri sendiri dan dianaktirikan kerajaan pusat dengan memerintah negeri kaya ataupun kerajaan pusat sendiri?'

    Satu kenyataan yang tidak yakin pada Islam. Nak perintah mesti negeri yang kaya tapi berdakwah dengan orang kampung. Islam tidak boleh memerintah jika negeri tidak kaya.. hina betul Islam. Sejarah Jepun telah membuktikan mampu bangkit dari kehancuran. Singapura dipisahkan dengan sumber yang terhad.

    Sekarang Negara kita yang termiskin dan banyak hutang dibanding dengan negara-negara jiran, buat apa PAS sibuk bertanding dan berbaik dengan UMNO untuk memerintah ??

    ReplyDelete
  11. Woi Alang ibnu shukrimun. Sampai bila nk guna nama samaran. Alang Palang Galang Kepalang Jembalang. Wa cadang lu guna nama Jembalang Hadi. Baru betoi. Wa malas nk baca hujah lu. Sbb bila nk berhujah lu guna kata2 kesat Bai Hanipa. Dimana ajaran islam bole panggil orang dgn gelaran hina? Wa rasa lu anak cikgu shukrimun kuala nerus kopok lekor. Haha. Wa rasa lu ni ustaz muda baru baca 2@3 buah buku. Pastu dah perasang alim ulamak pukimak. Oppss terlajak pulak. Bila hj hadi nk gabung dgn umno. Amanat hadi awe 1981 nk campok ke laut ker? Walaun walaun

    ReplyDelete
  12. Takburnya Alang A/L Shukrimun ini.
    Keturunan mana mamat ni mudah benar beliau merendah-rendahkan orang lain macam lah dia tu bijak sangat.
    Khalifah Omar pun orang persoalkan dan tak ada pulak dia minta KHADAM tolong jawabkan. Biar lah Hadi yang jawab, engkau nak tunjuk pandai buat apa. Kau ingat Presiden kau tu handal sangat kah. Pirahhhh....selaku ponteng sidang parlimen tedarah gaji buta ada la....

    ReplyDelete
  13. Parok tu deme baham a/l syukrimun. Doh nok wat ganer hujoh dia kok tu...yb adun BP royat doh dulu dlm muktamar...akn timbul fitnah dalam jemaah bila isu berbangkit tidok dibahas untuk diterima. Akibatnya, gini ahh parti yg didukung selama kening...sombong pulok tu. Jadikan pengajaran...Pas wielah nasihat hok molek, jawab nge molek, bukannya bedil semacam jer, bukannya tibang srmacam jer...Islamkan di hat dan mulut deme. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Yb adun BP?? Apa ni. Main ringkas je. Dok pahang kite. Tulis supaya orang yg baca faham. Ok?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa