Tekanan kos sara hidup belakangan ini telah memaksa masyarakat untuk melibatkan diri dalam dua pekerjaan atau lebih.
Isu ini bertambah hangat setelah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa dua kerja merupakan amalan biasa bagi rakyat di negara-negara utama.
Kenyataan ini telah mengundang reaksi negatif warga media sosial yang rata-rata menekankan faktor kualiti masa bersama keluarga dan mutu kerja sebagai dua faktor utama menolak cadangan Ahmad Maslan.
Menerusi hashtag #2kerja, Astro AWANI telah pun menjalankan tinjauan sama ada rakyat sudah bersedia untuk menjadikan dua kerja sebagai azam tahun baharu.
Keputusan undian menunjukkan 67.4 peratus netizen tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Manakala kira-kira 27.6 peratus netizen bersetuju untuk menjadikan dua kerja sebagai azam menjelang tahun 2016.
4.98% netizen memilih untuk berkecuali.
Menurut C++, Ahmad Maslan sebenarnya seorang yg bijak dlm hal2 diversion. Dgn kenyataan terbaru yg dikeluarkan, AM berjaya mengalih perhatian rakyat drp isu2 yg lebih besar....
ReplyDeleteAnon 9:08 AM
ReplyDeleteSama gak dengan isu gabungan/kerjasama UMNO-PAS, Hadi dan dijadikan alat pengalih isu oleh UMNO dan Najib.
Sekarang orang PAS, UMNO dan pembangkang semua tertumpu terhadap isu itu. Isu 1MDB dan 2.6b dah ditenggelamkan.
Itu sebab pada saya Hadi adalah manusia sial yang membelakangkan amanah pengundi!
Apa yang Hadi dapat agaknya?