Belakangkan ahli parti untuk selamatkan diri
Kerjasama Umno-PAS bagi selamatkan Najib-Hadi, kata Zam
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin percaya gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno lebih kerana dorongan kepentingan survival Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, perpaduan itu, langsung bukan untuk memenuhi idealisme perpaduan Melayu atau Islam mahupun impian rakyat.
Sebaliknya, isu perpaduan, menurut Zainuddin adalah demi keselamatan kerusi bagi parti masing-masing berikutan runtuhnya nilai-nilai ideologi parti mereka.
“Ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno telah menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip-prinsip utamanya, penjualan maruah parti, bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islami,” katanya dalam tulisan di blog.
Menurut Zainuddin, demi menjayakan perpaduan Melayu, Najib harus berundur daripada kepimpinan negara manakala Hadi pula melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS.
“Kedua-dua mereka (Najib dan Hadi) sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk menjadi asas perpaduan PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara,” katanya.
Bergelumang najis
Bekas ketua pengarang Utusan itu juga membidas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mendabik dada berhubung kesucian partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis.
“Dia melihat Umno sebagai biawak tetapi tidak melihat diri PAS sebagai ular berkepala dua,” katanya.
Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan PAS tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana parti itu tidak akan bersekongkol “memikul biawak hidup” sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.
Zainuddin menjelaskan yang menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat peringkat akar umbi kepada usaha perpaduan PAS dan Umno ialah kepimpinan negara sendiri yang terpalit dengan isu 1MBD dan juga ‘derma’ RM2.6 b ketika keadaan ekonomi negara merosot.
Katanya, apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan kesilapan dari awal lagi.
Beliau memberi contoh cara pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad yang katanya, tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.
“Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.
“Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.
“Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini,” kata Zainuddin lagi.
Hadi kaki kencing v berdiri...pemimpin kuat nafsu...bkn akal yg digunakn...tp nafsu... jika pas x buang hadi n geng maka umur pas sebaya umno...tgk jela....ada sesiapa nk bertaruh x...x payah biah..kita bertaruh siapa ckap yg benar dlm hal ni...dr dulu aku tgk muka hadi muka org x de akal...iman..cuba ada jawatan je..gopoh buat kenyataan n x realistik dlm semua pkra...gah iuntuk penduduk marang je...coz org marang org bodoh belaka..x bole nilai org dgn pervcakpn n raut wajah..
ReplyDeleteBetul cakap kau bro. Tuang presideng Pas pis pus ni tiada nilai tambah. Ada menyusahkan Dan tiada lagi untong Pas.
DeletePAS khabarnya nak bekerjasama dengan UMNO didalam hal2 yang berkaitan Islam, kemasyarakatan, kebajikan rakyat serta hal ehwal kenegaraan yang langsung tak ada unsur politik. Masuk akal ke tu? PAS nak bekerjasama dengan parti yang selama ini melakukan banyak kerosakan kepada hal ehwal serta keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ni? PAS nak bekerjasama dengan parti yang terang2 mempergunakan islam demi kelangsungan politik mereka serta bertindak menindas gerakan dakwah yang dilihat boleh menggugat kekuatan politik mereka? PAS nak bekerjasama dengan UMNO yang sentiasa berlaku zalim pada rakyat melalui tindakan2 seperti menyekat royaltu minyak pada negeri2 yang ia tidak kuasai, menyekat peruntukan pusat, menganak tirikan rakyat yang tidak menyokong mereka malah sentiasa bergelumang dengan rasuah dan salah laku sehingga negara hampir muflis dan rakyat dimangsakan dengan GST bagi menutup ketirisan serta kegagalan mereka menrtadbitr dengan baik, amanah dan jujur?
ReplyDeleteMereka ini yang dipilih PAS untuk bekerjasama untuk berbuat kebajikan? Bukankah ianya satu kebodohan! Bekerjasama dengan mereka2 yang dari awalnya merupakan perosak2 yang telah merosakkan negara ini. Ulamak2 serta uztaz2 ni semua dah buang tebiat ke? Bekerjasama dengan penyamun untuk memulihkan negara? Ni ibarat sibodoh cuba mengajar sipenjahat tentang "kepentingan berbuat baik". Si bodoh tak tahu pun apa yang hendak diajarkan kepada sipenjahat manakala sipenjahat pun tak ada kemahuan nak belajar menjadi baik!. Dua 2 puak ni lebih baik rakyat humban kedalam gaung masa PRU14 nanti. Hanya dengan cara itu sahaja negara akan selamat iaitu tiada lagi sibodoh dan juga sijahat!
Nick.
Cape Tiger.
Nasib baiklah hadi jadi embi sepenggal. Kalau embi sampai sekarang, tak tau laa, bukan tanah, pasir dan balak, silap-silap bulu pun habis dicukur!!!
ReplyDelete