Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Perubahan dalam politik PAS: Pandangan Dewan Ulama.......

Apa perubahan dalam politik baru PAS?
Posted on Wednesday, December 30 @ 15:40:38 MYT by paktam
Artikel Oleh USTAZ RIZUAN RAHMAT

APA perubahan dalam politik baru PAS yang ingin dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)? Untuk memahami pendekatan baru ini. Kita perlu meneliti 5 realiiti yang wujud dalam politik Malaysia.

Realiti 1- DAP telah menunjukkan sikap menentang Islam yang kuat yang terdiri dari kelompok Kristian dan juga kelompok liberal. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 2 - Geng Liberal seperti Bar Council, SIS dan G25 pun ramai juga. Mereka juga terdiri dari golongan kelas menengah yang hidup dengan gaya bebas. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 3 - Barat tidak mahukan Islam bangkit sebagai sebuah kuasa yang dapat memerintah di dunia ini amnya, dan Malaysia khasnya. Mereka tidak suka kepada Islam dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam. Mereka berperanan dari luar untuk memastikan kegagalan PAS dan mana-mana usaha gerakan Islam.

Realiti 4 - Umno yang semakin lemah dan korup. PAS tidak boleh bergabung dengan Umno kerana akan terpalit dengan kezaliman mereka. Ramai masyarakat Melayu yang hilang keyakinan terhadap Umno dan mereka sedang meneliti adakah PAS mampu untuk menggantikan Umno?

Realiti 5 - Orang melayu ialah orang yang paling susah untuk berubah. Namun PAS perlukan juga undi mereka kerana core bisnes PAS ialah orang Melayu.

Dalam mengahadapi 5 realiti ini, apa yang perlu PAS buat bagi memastikan kuasa Islam teruma memerintah Malaysia?

Sekiranya orang bukan Islam yang memerintah Malaysia nanti, kedudukan Islam dan orang Melayu akan semakin lemah dan terancam. Dalam keadaan ini pun, mereka menentang hudud, ingin menghapuskan Jakim, menentang undang-undang khalwat, menghina pakaian menutup aurat, dan lain-lain. Kalau mereka menang, tak tahulah macam mana nanti.

Apa yang pasti, PAS kena tinggalkan DAP biarpun mereka boleh membawa undi Cina kepada PAS tetapi ia tidak menguntungkan PAS kerana PAS bertanding di kawasan banyak Melayu. Yang akan untung ialah DAP dan juga PKR yang ramai juga terdiri dari orang bukan Islam. Sekiranya mereka menang besar, ia tidak akan menguntungkan Islam dan PAS.

Oleh kerana tumpuan PAS di tempat Melayu, maka PAS perlu mensasarkan undi Melayu, bukan undi Cina/India. PAS perlu menjaga kepentingan Islam dan juga kepentingan Melayu bagi menarik sokongan Melayu. Gabung dengan Umno, oh tidak juga, TGHH telah tegaskan bahawa perpaduan ke apa ke, mesti ikut syariat Islam, bukan main perpaduan saja. Kalau perpaduan saja, ini tidak menguntungkan Islam dan juga PAS.

Bagi meyakinkan rakyat kepada PAS, politik PAS tidak cukup dengan hanya ceramah kutuk Umno sahaja, hentam Umno kerana orang tidak nampak rentak PAS sebagai parti yang memerintah dan tidak nampak jasa PAS kepada rakyat.

Lebih 50 tahun PAS menguna kaedah hantam, nampaknya rakyat masih mengekalkan Umno sebagai pemerintah di peringkat nasional. Apatah lagi dalam masyarakat yang semakin celik ini, mereka ingin melihat kemampuan PAS memberikan tawaran yang realistik dan rasional berlandaskan agama.

Dalam berhadapan dengan Umno yang semakin lemah dan semua realiti di atas, PAS sedang mengubah pendekatan ini utk rakyat melihat PAS bukan hanya bercakap soal keburukan Umno tetapi bercakap soal negara yang ingin ditadbir. Sebagai contoh, telitilah ucapan TGHH dalam Multaqa Alumni Azhar.

Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa perjuangan Islam akan diberikan kemenangan oleh Allah apabila ramai yang menyangka bahawa Islam takkan menang. PAS perlu mengadakan pendekatan baru bagi berhadapan dengan realiti semasa yang semakin berubah. Ia diharapkan akan memberi sinar baru kepada perjuangan Islam di Malaysia.

Dewan Ulamak PAS Selangor mengajak ahli PAS di semua peringkat agar bekerja dengan lebih gigih menguasasi semua institusi masyarakat menggantikan Umno yang semakin lemah. Umno telah gagal membawa keadilan dan kesejahteraan kepada masyarakat, ahli PAS perlu membuktikan kewibawaan mereka dalam memimpin masyarakat.

Istiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor 

10 comments:

  1. Tu je???? Ish..ish..ish

    ReplyDelete
  2. Bekerja gigih untuk menggantikan Umno? Keliru lagi mengelirukan. Mesej dan amanat TGHH tidak sampai kepada Ketua DUPS? Macam mana ni...?

    ReplyDelete
  3. Kami yakin Islam akan menang dalam konsep yang dibawa oleh Amanah. Bukannya Pas...Pas akan berjaya jika tahaluf dengan Umno/BN. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. POYO..membodohkan rakyat . PRESIDEN SENDIRI BERGOMOL NGAN UMNO



    ReplyDelete
  5. Ustaz ni..mengarut..

    ReplyDelete
  6. Abe

    Bacaan realiti 1 dan 2 mengarut. Ustaz ni xpaham realiti yang ada dengan betul. Dia hanya membuat tafsirqn mengikut kepqlq dia sahqja.

    DAP tidak menentang Islam. Ustaz ini mentafsir perbezaan pendapat antara DAP dan PAS yang wujud pasca TGNA sahaja yqng lebih bersifat politik, bukan diatas landasan ugama.

    Ustqz ini cuba mengelapkan fakta bahawa semasa era TGNA, banyak saranan TGNA diterima pakai oleh DAP yang tentunya dari perspektif Islam. Bagaimana kita lihat perubahan dan minat pemimpin2 DAP terhadap konsep Islam yang dibawa oleh TGNA sehingga mereka begitu menghormati TGNA. Bagaimana TGNA diberi penghormatan yang tinggi oleh pemimpin DAP, ahli DAP dan masyarakat bukan Islam.

    Realiti 2 juga kelaut. Majlis Peguam adalah tetap majlis peguam. Ustaz ini pun xpaham peranan Majlis Peguam dalam konsep kenegaraan kita. Saya pasti ustaz ini pun xpaham bahawa Majlis Peguam ini ditubuhkan oleh akta parlimen.

    Reqliti 4 jugq mengarut. HH dan puaknya sedang berusaha hendak bekerjasama dgn UMNO. Bahkan usaha puak HH ini sudah lama diusahakan, sejak selepas PRU 2008. Kita juga menyaksikan bahawa apabila ada sahaja kesempatan untu kerUG egn UMNO, HH dan puaknya akan cuba melaksanakan. Contoh yang jelas adalah semasa krisis MB Selangor dulu.

    Apa yang diutarakan oleh Uwtaz ini adalah jalan untuk menghancurkan PAS sahaja. Ia taklebih dari khayalan beliau sendiri yang jelas menunjukkan beliau buta kayu dengan realiti yang ada

    ReplyDelete
  7. Marilah bersama-sana membalak bersama ulamak PAS.
    Kenapa kau tuduh DAP menentang cara hidup Islam tanpa mengemukakan hujah dan alasan yg bernas....aku rasa yg ditentang adalah pemimpin yg menggelarkan diri mereka ulamak tapi berperangai seperti Yahudi. Bila berjanni mereka nungkiri. Bila bercakap mereka sering berubah pendirian... kelmarin kata china DAP baik dan boleh dibuat kawan. Hari ini bila tembelang pecah dituduh sebagai musuh dan penentang Islam. Hello kawan! Hentikan perbuatan menyalahkan irang lain kerana kelemahan sendiri. Tunjukkanlah akhlak yang baik jika mahu dihormati. Sedangkan di kalangan orang Islam sendiri ramai yang sangsikan keiklasan kamu, inikan pulak orang bukan Islam, tentulah mereka jelik dengan perangai kamu. Sudah-sudah lah menganggap kamu champion of Islam. Ada china DAP dan bukan Islam bebcikan TG Nik Aziz? Tak ada Yeop sebabnya TGNA adalah mukmin yang sejati bukannya pretenders macam uztaz-ustaz terompah semua.

    ReplyDelete
  8. Ade beberapa point yg aku bersetuju..ada kalangan yg bukan islam khususnya kristian (bukan semua) ingin menentang dasar islam.. lihat saja di sabah n sarawak...tp yg aku xsetuju, yg kita org islam ni semacam defensif aje..adakah kita yg mengaku umat muhammad ni, melayani mereka semacam musuh yg mengankat senjata? mereka ada ideologi mereka.kamu xdakwah pada mereka..sikap kamu umat islam sendiri yg memyebabkan wujud pandangan dan melahirkan ideologi negatif meraka terhadap islam itu sendiri..tgk sendiri umat kamu, mengaku islam tp perangai xseperti islam..lihat saja contoh kebersihan.bangsa jepun lebih dilihat menjaga kebersihan.sdgkn negara mereka bukan islam.malah majoriti pun bukan islam.tp akhlak mereka mengikut tuntutan islam.mereka bkn islam..aku bersetuju islam yg memerintah.sbb aku kenal islam yg dibawa muhammad.cuma aku xbersetuju individu itu.aku lebih nampak DSAI lebih layak sbg pemimpin negara berbanding TGHH..aku bukan menilai luaran.aku menilai dr segi maksud islam itu secara holistik..bkn makna TGHH tu xbgus.tp dr sudut memimpin negara memerlukan ahli yg layak..umpamanya mcm ke medan perang, siapa yg layak jadi panglima perang? Org tua yg warak ataupun org muda yg sederhana sifatnya? wallahualam..

    ReplyDelete
  9. Ustaz tu merapu je lebih, apa yang dia nukilkan tu langsung tak dak asas mahupun fakta yang logik. malah point2 dia berkenaan dengan orang2 melayu adalah lebih kurang sama dengan pandangan dan pendirian politik UMNO iaitu politik "katak bawah tempurung". Momokan bahawa tanpa UMNO dan PAS maka orang melayu dan Islam akan terancam sudah lama ditolak oleh orang2 islam yang berakal dan imannya teguh kepada kuasa Allah serta takdirnya.

    Kejayaan islam bukan bergantung kepada bangsa apatahlagi bergantung kepada parti politik walaupun parti politik tu dipenuhi oleh orang2 yang mengaku diri mereka ulamak. Islam dan kejayaannya ditangan Allah, dan sekiranya Allah inginkan Islam tertegak di Malaysia ianya bukan mestinya perlu kepada melayu atau UMNO ataupun PAS. Islam akan tertegak jika ada orang2 Islam semuanya bertakwa serta berserah diri kepada Allah. Dan dari hujah ustaz tu nampak sangat bahawa keyakinan dia kepada Allah dan kekuasaanya itu amat kecil berbanding keyakinan dia kepada UMNO, PAS dan bangsa melayu. Itu yang kita namakan serban besar tapi iman ciput.

    Masih lagi tak faham Islam walaupun dok sibuk siang malam bercakap pasal Islam. Islam itu milik Allah dan jika ia berkehendak, tidak mustahil islam itu ditegakkan di Malaysia oleh orang2 yang bukan melayu kerana melihatkan keadaan orang melayu sekarang ini, mereka itu nampak dan kelihatan seperti Islam tetapi jiwa mereka dan keyakinan mereka masih lagi dalam fasa Jahiliyah. Melayu terutamanya melayu UMNO dan PAS masih lagi berpegang kepada tahyul "dulu, kini dna selamanya" serta tahyul "kepimpinan ulamak". Amar makruf dan nahi mungkar sudah dilupakan dan ketatan mereka semua adalah kepada kebendaan dan wang ringgit, bukan kepada Allah dan rasulNYA.

    Orang melayu yang akan menegakkan hukum Allah di Malaysia? TIDAK, sehinggalah mereka bertegas kepada amar maaruf dan nahi mungkar serta tidak tunduk kepada RM dan kebendaan. Buat masa ni, orang melayu langsung tak berupaya nak membuang pemimpin yang korup apatahlagi nak menegakkan Islam yang memerlukan pengorbanan nyawa dan harta! So cakap2 ustaz tu tak lain hanyalah cakap2 kosong dari seseorang ahli politik yang berfikiran dangkal walaupun dia perasan bahawa dialah ahli politik Islam yang "hero"!

    Asyik2 bukak cerita melayu dan Islam terancam! Habis tu selama ni Islam dan Malaysia ni duduk dalam tangan orang Cina, Israel, Parti Komunis kat Tanah Besar nu? Bukankah selama ni Malaysia dan Islam ditadbir oleh UMNO, jadi apa yang mereka buat selama 50 tahun lebih sehingga melayu dan islam masih lagi dok terancam? Islam ni bukan berada dalam jagaan Allah dan hanya UMNO dan PAS je yang boleh membangunkan Islam? Kami umat2 islam yang jelak dengan UMNO dan PAS tak boleh mempertahankan Islam? Sebab apa? Sebab kami bukan ulamak? Sebab kami tak dak sijil uni negeri arab? Kami ni kurang islam berbanding dengan bebudak yang balik dari timur tengah? Pergi je belajar Islam sampai ke timur tengah tapi mereka gagal langsung mendapat manfaat ilmu islam dari pengajian mereka! Buang duit jer pi timur tengah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  10. Dah namanye kafir tentulah tk suka atau benci islam. Abu jahal abu lahab kafir musyrik tentulah benci islam. Org kafir ni kalu tk lawan islam kira dah ok mcm abu talib. Ulama pas jgn harap dap sokong hudud pulak. Itu bodo n bangang nama nye. Ahakss

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa