Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Bersama rakyat: Sultan Kelantan berzanji dan berselawat

Sultan Kelantan berzanji, berselawat bersama rakyat 
Oleh Ismail Muhamad
Tumpat: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, di sini.

Baginda hadir diiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ke masjid itu sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri bersama rakyat.

Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Sejurus selesai bersolat, baginda bersama-sama rakyat berzanji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekali gus melengkapkan sambutan itu.

Turut diadakan, ceramah agama oleh Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Faisal Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:03 PM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa