Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Semua nafi penglibatan Jho Low dalam PRU 13 di Pulau Pinang

Teng: Jho Low lakukan kerja buruk jika terbabit pada PRU-13
 Zikri Kamarulzaman & Lu Wei Hoong -  
Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow menafikan bahawa taikun perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low terbabit dengan kempen pilihan raya negeri BN pada 2013.
"Jika beliau terbabit, strateginya adalah buruk. Kami kalah teruk! " kata Teng kepada melalui WhatsApp.
Teng sendiri tumbang di kerusi DUN Bukit Tengah pada pilihan raya itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Wall Street Journal semalam yang mendakwa bahawa Low bertindak sebagai pegawai strategi kanan untuk kempen BN dalam usaha merampas semula Pulau Pinang.
Menurut WSJ, rakan sekolah Low - Geh Choh Hun menganjurkan kumpulan yang dikenali sebagai Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia yang mengagihkan cek bernilai ratusan ribu ringgit untuk kumpulan bukan kerajaan.
"Sidang akhbar saya sebelum pilihan raya umum lalu sangat jelas. Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia mahupun dengan Jho Low," kata Teng.
ADUN Umno - Datuk Jaharah Hamid dan Muhammad Farid Saad - juga menafikan mengenali Jho Low ataupun mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai penglibatannya dalam kempen PRU-13, ketika dihubungi Malaysiakini.
Disoal cara pembiayaan jentera pilihan raya BN, Teng berkata, setiap parti akan menguruskan dana masing-masing dengan BN bertanggungjawab terhadap kerja-kerja publisiti.
Mengenai jumlah peruntukan yang diterima oleh calon-calon parti Gerakan, Teng berkata: "memgikut undang-undang."
Calon Gerakan bagi kerusi DUN Padang Kota, Oh Tong Keong, pula berkata beliau menerima RM80,000 daripada akaun bahagiannya semasa pilihan raya 2013 tetapi menafikan dana itu ada kaitan dengan Jho Low.
"Saya tidak dapat apa-apa wang Jho Low la. Tidak satu sen pun ... Saya juga tidak pernah dapat (wang) dari Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia di Pulau Pinang.
"Saya gunakan dana pilihan raya yang disediakan BN sahaja," katanya ketika dihubungi.
Oh, bagaimanapun, berkata beliau ada menghubungi ketua Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, Geh.
"Ya, saya ada berhubungan dengan pembantunya untuk membantu NGO kawasan saya la ... tetapi tidak dapat apa-apa," kata Oh.

1 comment:

  1. Sapa la nak mengaku berak tengah jalan. Gerakan kalah teruk sebab penduduk Penang dah tak percaya kpd parti tersebut, bukan pasai jho low jadi perancang strategi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa