| FAIZ FADZIL
Kuasa yang diberikan dibawah undang-undang MKN sesungguhnya tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara(RUU MKN) 2015 telahpun diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember 2015.
Menurut Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan, RUU MKN ini secara automatik dianggap mendapat perkenan YDP Agong untuk menjadi undang-undang selepas tempoh 30 hari ia dikemukakan kepada YDP Agong walaupun 'Royal Assent' tidak diberikan kepada baginda.
Ia kemudian diwartakan dan seterusnya dikuatkuasakan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh Perdana Menteri (PM).
Banyak pihak yang menentang RUU MKN ini termasuk ahli politik, NGO dan pakar undang-undang dan perlembagaan serta masyarakat sivil.
Undang-undang baharu ini bakal menjadikan PM sebagai seorang maharaja dan diktator apabila ia dilaksanakan kerana seksyen 18 memberikan kuasa kepada PM untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.
Pengisytiharan kawasan keselamatan adalah sama sifatnya seperti darurat di mana kawasan yang diisytiharkan itu akan ditadbir oleh MKN yang berkuasa ke atas pasukan bersenjata termasuk polis dan tentera.
Perintah berkurung juga boleh dilaksanakan ke atas rakyat. Di bawah undang-undang MKN ini pengisytiharan kawasan keselamatan ini bukan sahaja tidak memerlukan konsultansi dan kelulusan parlimen atau YDP Agong malahan juga menteri kabinet.
Ia hanya memerlukan konsultansi MKN yang dianggotai PM, TPM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.
Memandangkan PM adalah Pengerusi MKN sudah pasti kata-katanya akan menjadi arahan kepada MKN dan bukannya konsultansi. Jelas perkataan kawasan keselamatan hanyalah topeng kepada kuasa darurat.
Di bawah RUU MKN ini kuasa asal mengisytiharkan darurat terletak di bawah YDP Agong mengikut perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, namun kini ia dirampas dan diambil alih oleh PM.
Dengan kuasa yang luas dan mutlak di bawah RUU MKN ini kuasa YDP Agong ke atas tentera yang diperuntukan di bawah Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan juga diambil alih oleh PM.
Tiada lagi semak imbang dalam Majlis Angkatan Tentera di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan di mana kuasa ke atas tentera bakal dipusatkan kepada PM di bawah undang-undang MKN ini.
Kuasa yang diberikan oleh undang-undang MKN sesungguhnya tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang MKN bukan sahaja merampas kuasa YDP Agong malahan juga merampas dan menafikan hak dan kebebasan rakyat.
Bahagian V undang-undang MKN memberi kuasa kepada MKN untuk memeriksa dan menangkap mana-mana orang, menggeledah premis dan menyita kenderaan serta mengambilalih premis milik rakyat.
Seksyen 35 pula memperuntukkan budi bicara majistret untuk mengetepikan prosiding inkues. Tanpa inkues punca kematian tidak dapat dikenal pasti dan ini menafikan hak dan keadilan sejagat.
Seksyen 38 pula memberikan kerajaan imuniti daripada di saman oleh mana-mana pihak untuk apa-apa keraguan yang dialami akibat kerosakan harta benda atau kecederaan atau kehilangan nyawa sepanjang penguatkuasaan kawasan keselamatan. Ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan merampas hak dan kebebasan rakyat.
RUU MKN ini jika dilaksanakan dibimbangi akan meruntuhkan amalan demokrasi yang menjadi tunjang pentadbiran negara.
Pilihan raya boleh ditangguhkan sepanjang ia dilaksanakan. Kemaharahan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang untuk menukar kerajaan melalui cara yang demokratik boleh dinafikan.
Umno pernah menggunakan kuasa darurat bagi merampas kerajaan Kelantan yang diperintah PAS pada 1978.
Kuasa mutlak yang diberikan kepada PM boleh disalahgunakan untuk mengekalkan takhtanya ' Absolute power absolute abused'.
Hanya Majlis Raja-raja Melayu adalah kuasa tertinggi sistem pemerintahan negara yang berkeupayaan menghalang kegilaan peralihan suatu kuasa diktator di negara ini.
Rakyat yang selama ini berpayungkan kepada kebijaksanaan dan keadilan YDP Agong dan Raja-raja Melayu dapat bersidang dan bertitah menolak RUU MKN ini dan seterusnya ditark balik oleh kerajaan.
Jika kerajaan meneruskan juga usaha untuk mendapatkan perkenan YDP Agong sekiranya ditolak oleh Majlis Raja-raja Melayu, maka jelas kerajaan pimpinan Umno tidak lagi mengendahkan titah Raja-raja Melayu dan boleh dianggap penderhaka.Umno bukan lagi pembela kepada institusi Raja.
Justeru patik merafak sembah memohon agar Majlis Raja-raja Melayu dapat membela nasib dan hak rakyat dan seterusnya mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara tercinta ini.
Ini susah punyea cerita kan
ReplyDeleteSemua nya lahap duit gaji dari Mat Bahalol kan
Lahap punyea Lahap teringat LEMBU KAKI PENDEK nun.....
YDPA adalah Ketua Eksekutif bukan PM. Tambahan lagi, apa-apa pindaan pada Perlembagaan yg menyentuh Kuasa atau Keistimewaan Raja hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Saya tidak nampak bagaimana RUU itu boleh diperkenankan oleh YDPA walaupun ia mahu perkenankan, apa tah lagi kalau YDPA tidak mahu perkennakannya. Perkara 66 tdk boleh langgar Majis Raja-Raja atau Hak Raja-Raja, malahan boleh dilatalan bahawa Perkara 66 itu ultra vires Hak & Kuasa Raja-Raja.
ReplyDeleteberebut nak kuasa tapi tak ramai yang berebut
ReplyDeletenak jaga amanah bial ada kuasa
manusia jenis ni mimang cilaka
Article 39 – HRH is the executive authority of the Federation limiting what the Executive may wish to do.
ReplyDeleteArticle 38(4) – Laws affecting the Rulers shall not be passed without the Consent of the Conference of Rulers limiting what parliament can do.
Citer apa pun agong setuju punya...agong peduli apa rakyat nk mampos..duit berjuta..keris mas..kerusi mas..sudu nmas...akhirnya rakyat yg lemas...tgk jela..jalanraya jer ubatnya nk ajar bn ni...lain aku x nampk..tp melayu syg duit nk turun kt jln..byar bil astro bole..topop bole..mkn kfc bole..tp bila nk bab demo x de hati nk perjuangkn apa yg harus ditentang...ckap kt fb je meletop2...tu la melayu..lpas tu slhkn cina...modal lain x de...yg bangkit minum kopi misai je++ mkn kuih bangkit...handal citer kt kg jer...aku cabar keturunan melayu turun jln raya..fkr pasal ank cucukita akn dtg...ubahlah bangsaku..kita buktikn ..
ReplyDelete