Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 27, 2015

Kesiaan.........kerana politik, Tok Lebai berbohong! Tapi siapa yang bohong?

SATURDAY, DECEMBER 26, 2015
Benarkah Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah terlibat dengan komplot UG?

"Isu bekerjasama dengan Umno ini sebenarnya pada tahun 2008 dahulu adalah suatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden.

Ini diputuskan oleh Majlis Syura" Demikian pengakuan yang pernah dibuat oleh mantan Timb Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Rakaman pengakuannya ini pun mudah diperolehi  seperti di bawah:

AGENDA PENYATUAN MELAYU - Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Majlis Syura tidak pernah menafikan perkara tersebut. Atau mengambil tindakan apa-apa terhadap pendedahan Nasharuddin walaupun jelas beliau menempelak Mursyidul Am PAS ketika itu, 

Almarhum TGNA! Tapi, apa helah Majlis Syura Ulama PAS (MSU) tiba-tiba kini mahu menafikan kenyataan Ahmad Zahidi supaya ahli parti menyokong kerjasama dengan Umno? Seolah-olah MSU tidak pernah terlibat dengan komplot tersebut... alahai!! 

Majlis Syura PAS, telah menafikan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli-ahli parti untuk menyokong kerjasama antara parti Islam dan Umno seperti yang didakwa oleh Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Sinar Harian melaporkan.  

Akhbar itu memetik ketua Majlis Syura Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai berkata bahawa dakwaan Zahid mengenai perkara itu adalah tidak benar kerana tidak ada perbincangan atau mesyuarat telah diadakan oleh Majlis Syura untuk membincangkan perkara itu. 


"Kami (Majlis Syura) tidak pernah mempunyai apa-apa mesyuarat atau membuat apa-apa keputusan atau arahan kepada ahli-ahli PAS mematuhi kenyataan yang dikeluarkan oleh kami mengenai perkara itu untuk bekerjasama dengan Umno.

"Jika Naib Presiden Umno berkata kita mengeluarkan kenyataan meminta ahli-ahli untuk mematuhi, itu tidak benar sama sekali," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian. 

Mahfodz berkata, PAS juga tidak menerima surat rasmi mengenai perkara itu daripada Umno  Baca seterusnya di sini

- sumber

8 comments:

  1. Kesian

    Nak cari makan mudah dan malas

    Standard Otak Melayu bahalol

    Ada juta juta macam ini nak lahap free

    Nothing new.

    ReplyDelete
  2. Kami senantiasa di belakang TGHH dalam apa jua tindakan yg difikirkan beliau baik utk Islam.. Ini termasuk menyingkirkan puak2 pengkagum DAP serta parti DAP itu sekaligus.. DAP dah terbukti menolak hudud walaupun utk Muslim sahaja.. PAS masih boleh berdakwah kpd non Muslim di luar DAP yg pastinya bilangan mereka lebih ramai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sentiasa berada dibelakang tok guru kau tu elok lah kau cium kentut dia dan jilat terus bontot hadi tu untuk mendapat keberkatan....alahaii ada otak takleh pikiaq....
      Takde sape nak dengar dakwah kau yg berbelit-belit tu yeop....

      Delete
    2. Org cina kau suruh solat mmng x la...apatah lg hudud...kalau islam yg tolak mmng la kita bole pertikai...da menang guna kuasa veto la...tarik rambut jgn sampai tepung berselerak...kalau dap menang kt perak dulu bole piula singkirkn..kn ada kusa raja disitu...bodoh jgn tunjuk banyak sgt...nanti org ketawa...

      Delete
  3. Siapa yang penipu skg ni?Nasya?MSU? Mahfodz?Hadi pil kuda?makin tunggang langgang PAS bawah Hadi pil kuda sekarang nih..Nak benarkan penipuan yang besar terpaksa cover penipuan yang kecil tapi ahli2 yang jadi mangsa..Layak ke pegang title ustaz tu?Dah nampak kemanisan dunia yang digula gulakan UMNGOK hilang rasa zuhud dalam hati..dari jauh nampak cahaya tapi bila dipegang rupa2nya bara.....tangan dah panas campak kepada ahli2 yang tak tau apa2..sama2 hangus..end.

    ReplyDelete
  4. Pak2 lebai mana pandai menipu!!
    Yg menipu tu orang awam n ahli2 politik bukan lepasan pelajo2 agama.
    Mr presideng lagi spesil, tak pernah pun cakap kasar dan tak pernah guna perkataang2 hodoh. Kalu ada pun, perkataang tu turun dari langit
    percaya la, pak pak lebai pas ialah daripada spesis suci bersih!

    ReplyDelete
  5. Penyamaran Wan Rosli sebagai An Anonymous kian terserlah kini, kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. Wan Rosli gi mano? Why takut sangat sapa kena tukar nama lain? Ke dah mati kena panah litar? Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Kalu dah mati di mana kubur nye?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa