'Saya tak kesal menongkah arus'
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
26 DISEMBER 2015
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menegaskan tidak akan sesekali meninggalkan Umno meskipun dilihat sedang menongkah arus menentang pemimpin nombor satu parti itu.
Kata Khairuddin, tindakannya itu dilakukan kerana terlalu sayangkan parti dan bagi menjamin Umno terus kekal relevan hingga akhir hayat.
“Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno, pengasas Umno. Darah yang mengalir dalam tubuh saya adalah darah Umno dan saya sama sekali tidak akan tinggalkan parti ini untuk menganggotai parti-parti politik lain untuk teruskan perjuangan saya.
“Perkara itu tidak akan berlaku. Perjuangan kita yang minta Najib Razak (Datuk Seri Najib Razak) berundur dan sebagainya itu kerana kita sayangkan parti Umno kerana kita nak menjamin agar parti ini kekal relevan hingga akhir hayat kita,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015.
Namun mereka dilepaskan dengan jaminan RM10,000 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan yang dihadapi mereka tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma).
Mengulas lanjut, suami kepada pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida ini juga menyatakan bahawa beliau akan setia bersama parti itu meskipun ia sudah tidak lagi relevan.
“Andai kata saya tidak dipecat, walaupun Umno sudah menjadi tidak relevan, saya rasa ini sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan semula Umno.
“Saya rasa sekiranya kita mempunyai niat yang ikhlas untuk membetulkan semula Umno, strukturkan semula Umno untuk kebaikan orang Melayu dan keseluruhan rakyat di tanah air kita, walaupun Umno ditolak tapi lambat laun rakyat akan terima kita balik,” katanya.
Keyakinan itu bersandarkan situasi yang dilalui parti pemerintah di India dan Jepun di mana parti Kongres dan LDP ditolak sekejap sebelum dipilih semula oleh rakyat.
“Saya rasa kita tak harus ada sikap kecewa dan putus asa... yang pentingnya adalah asasnya kena ikhlas untuk perbetulkan apa yang tidak betul dalam Umno supaya keseluruhan rakyat bukan sahaja bangsa Melayu, bangsa-bangsa lain pun dapat menerima Umno sebagai tonggak pemerintahan BN di Malaysia,” katanya.
Malah anak saudara veteran Umno, Sulaiman Palestine ini juga mengakui tidak pernah menyesal menongkah arus yang menyebabkan beliau kehilangan jawatan dalam parti.
"Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang. Dalam keluarga saya, perkataan kecewa tidak wujud dalam kamus kami kerana niat kami ikhlas. Kerana saya terlalu sayangkan kepada Umno, saya buat yang terbaik mungkin kerana nak menjamin keseluruhan rakyat tidak menolak Umno.
“Saya lebih rela menolak Presiden Umno untuk menjamin Umno terus ‘survive’ hingga ke akhir zaman daripada kita tengok Umno runtuh kerana ditolak oleh rakyat. Sekiranya perkara itu berlaku, ia merupakan malapetaka kepada keseluruhan bangsa Melayu dan akan mengecewakan saya,” katanya.
Saya lain sikit. Saya berjuang dalam umno supaya saya dapat memperoleh pangkat, kekayaan dan projek. Saya tak kisah sapa pun jadi ketua umno. Kalau umno pupus saya akan jadi penyokong kuat parti lain yang memerintah Malaysia. Apa yg penting poket saya dan keluarga saya sentiasa penuh.
ReplyDeleteMula mula kata tak ada istilah kecewa dalam keluarga dia sebab keluarga dia pejuang
ReplyDeleteLast sekali dia kata kalau umno ditolak rakyat, itu akan mengecewakan dia
Kikikikiki
Yg nak dibetulkan pusing kel........
Yg nak membetulkan pun pusing kel....... jugak
Gitu lah parti itu
Hehehe
Mula mula kata tak ada istilah kecewa dalam keluarga dia sebab keluarga dia pejuang
ReplyDeleteLast sekali dia kata kalau umno ditolak rakyat, itu akan mengecewakan dia
Kikikikiki
Yg nak dibetulkan pusing kel........
Yg nak membetulkan pun pusing kel....... jugak
Gitu lah parti itu
Hehehe
Saya lain jugak. Kalau parti saya dah nampak bayang2 nak lingkup, saya akan berusaha guna pelan jangka panjang untuk menjadi penasihat umno
ReplyDeletekalau omno runtoh malapetaka untuk omno
ReplyDeletenegara selamat dapat puak lain jadi penguasa
jangan putus asa pastikan omno runtoh
Saya sanggup jadi tunggul yg mereput asalkan ketua saya suami isteri dapat hidup senang-lenang hingga 7 keturunan
ReplyDeleteMula mula kata tak ada istilah kecewa dalam keluarga dia sebab keluarga dia pejuang
ReplyDeleteLast sekali dia kata kalau umno ditolak rakyat, itu akan mengecewakan dia
Kikikikiki
Yg nak dibetulkan pusing kel........
Yg nak membetulkan pun pusing kel....... jugak
Gitu lah parti itu
Hehehe
Dia nie saudara mara anwar ibrahim sendiri..tp sanggup fitnah da khianat anwar bersekongkol ngan khalid jafri..umie hafilda dlln..cehhhh
ReplyDeleteIni orang orang kaya lah
ReplyDeleteLahap jangan tak lahap
Ada BILYON BILYON lagi boleh lahap