Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Hudud: PAS kena kecek ko UMNO, kalau UMNO nok lamo doh dia buat!

Umno sokong dakwah Pas, tapi mungkin tolak hudud
ATIRAH HASLI
24 DISEMBER 2015
SHAH ALAM - Umno mungkin akan menyokong dan menyediakan kemudahan bagi Pas untuk menyebarkan dakwah, bagaimanapun parti tersebut mungkin tidak akan menyokong perjuangan hudud yang dibawa oleh Pas.

Ini kerana menurut Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, jika benar Umno ingin melaksanakan hudud, ia sudah pun dilaksanakan lama dahulu tanpa menunggu gesaan Pas. 

“Dari segi dakwah Pas, selepas ini mungkin tidak akan ada masalah. Mungkin Umno akan bantu dari segi peruntukan dan sebagainya, tetapi kalau untuk hudud, mungkin Umno tidak akan sokong. 

“Kalau (Umno) mahu hudud, sudah lama mereka laksanakan hudud,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 

Mengulas mengenai kerjasama yang dibawa oleh Pas dan Umno, Muhammad Shamshinor berkata, kerjasama tersebut mungkin akan membuahkan hasil yang baik kepada rakyat dan kedudukan agama Islam di negara ini. 

Ini kerana Umno mempunyai kuasa majoriti dalam pengurusan dan pentadbiran negara  ini. 

“Umno ada kuasa, Pas ada aspirasi dan prinsip yang jelas dalam menegakkan Islam. Kalau digabungkan dari segi kerjasama, mungkin ada kebaikan. Pengukuhan Islam dalam negara ini akan dikuatkan,” katanya lagi.

2 comments:

  1. Abe

    Jolo kata Prof nih. Puok tok lebai sekarang dah kena jerat dgn UMNO. Punoh ranoh doh PAS sekarang.

    PAS berdakwah? Berapo doh orang bukan Islam masok Islam?Hehehehehe....dok main belit ikut dam jah loni PAS kerana dah kena jerat.

    ReplyDelete
  2. kerjasama nak jadi penasihat kerajaan kunon
    nak ajak omno teriam hudud pun tak boleh
    kerjaasama apa ke bondo

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa