Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Jual pegangan bandar: Ada beza dengan Kelantan?

1MDB jual 60 peratus pegangan bandar Malaysia kepada konsortium pada RM7.41 bilion
31 Disember 2015 | BERNAMA
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.
Perjanjian penjualan tanah 1MDB dengan konsortium itu hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi syarikat seperti yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.
Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata konsortium itu telah menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada RM12.35 bilion dan 1MDB akan menerima deposit 10 peratus daripada RM741 juta itu apabila melaksanakan perjanjian jual beli saham itu.
Urus niaga ini dijangka lengkap menjelang akhir Jun 2016, katanya.
Perjanjian Jual Beli Saham ini adalah hasil dari Permintaan untuk Saranan (RFP) yang dilancarkan pada Jun 2015 oleh penasihat urus niaga, CH Williams Talhar & Wong (WTW).
WTW menerima 40 pernyataan minat daripada pelabur dalam dan luar negara, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia.
Empat pembida telah disenarai pendek pada September 2015 dengan dua tawaran akhir, terikat dan diterima pembiayaian pada 9 Nov 2015.
Sasaran awal bagi jumlah nilai Bandar Malaysia adalah antara RM11 bilion dan RM12 bilion.
"Kami berbesar hati dengan hasil yang muncul dari sebuah proses yang ketat, sangat berdaya saing dan menambah nilai. Malah, ia telah melangkau jangkaan kami," kata Arul Kanda.
"Hasil daripada jualan ini, 76 peratus daripada Bandar Malaysia akan dimiliki oleh entiti Malaysia, yang mana kira-kira 54 peratus daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor," katanya.
Beliau berkata penyertaan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24 peratus mewakili pelaburan langsung asing (FDI) yang besar dan bukti kukuh akan kekuatan dan tarikan ekonomi Malaysia.
Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion, dibina sebagai mercu tanda antarabangsa Malaysia yang baru apabila siap kelak

1 comment:

  1. berapa banyak pun yang penting kawalan atas
    hartanah itu tetap orang asing
    tak perlu nak bangga sangat
    ingat 50 tahun (bukan lama sangat)akan datang apa akan jadi kalau dah banyak sangat tanah jatuh kepada ajen negara luar
    ingat senang mau halau halau toke besar
    rakyat sendiri bolehlah halau sana sini
    apa punya malang duk ada

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa