Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Iskandar Samad sekolahkan Hadi and the Gang

'Dekati ahli Umno, bukan Umno'

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menyarankan supaya ahli-ahli parti Islam itu mendekati ahli-ahli Umno dan bukannya parti tersebut.
Iskandar yang merupakan antara pemimpin yang tidak bersetuju cadangan kerjasama PAS-Umno berkata, mereka perlu mendekati ahli Umno supaya dapat menarik mereka menyertai PAS.
"Ramai dari mereka telah mulai kecewa dengan parti mereka (Umno) dan adalah menjadi tugas ahli-ahli PAS untuk menarik mereka ke dalam PAS.
"Oleh itu tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli Umno.
"Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari Umno dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan," kata ADUN Cempaka itu dalam kenyataan.
Selain itu, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, di negeri itu, hampir 6,000 orang memohon untuk menjadi ahli PAS dalam masa tiga minggu dan satu kempen yang sama akan dilancar pada Januari tahun depan.
Justeru itu, beliau berkata, PAS perlu menunjukkan kemampuan sebagai sebuah parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan tidak sekadar menjadi pengikut di belakang.
"Masa untuk Umno telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan. Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang," katanya lagi.
PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang "mesra" dengan Umno selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar itu.
Malah, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.

5 comments:

  1. Wahai Amar..
    MCA..MIC tak perlu masuk Umno tapi hanya sekadar sokong dan menyetujui apa yg Umno buat.

    ReplyDelete
  2. tuan amar ni x abis abis kebodohan lama di bawanya...jangan la jadi puak yang bangsat oiii...

    ReplyDelete
  3. Bodoh sungguh Nik Amar ni....bekerjasama untuk masyarakat perihal keagamaan dan negara untuk alasan berbaik dengan UMNO. Segala kebejatan UMNO/BN yang menyusahkan rakyat seperti kenaikan tol,harga minyak, kenaikan harga barang, GST dan sebagainya dikatakan kerjasama untuk kebaikan. Tak ada orang lain ke yang nak dipilih menjadi pemimpin tertinggi PAS kalau berfikiran sempit dan cetek begini?

    ReplyDelete
  4. kepimpinan pas skrg bukan 'rakyat friendly'. yg rakyat friendly ialah x-pas mat sabu dan krpimpinan Amanah. ada faham?

    ReplyDelete
  5. Anon 7.35 & 10.13.
    Masa TGNA masih hidup knp nik amar x pakai range rover 300k? Segan pd TGNA? Pura2 zuhud? Sbb tu nik amar lwn mat sabu x prnh mng. Yg tggl dlm pas smuanya spesis meleleh air liur siang mlm nk bersatu dgn umno.

    Mari membalak bersama ulamak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa