Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Adakah menjadi tanggungjawab Majlis Peguam?

Kes Zulkifli: Khalid bidas Majlis Peguam diam diri

 | December 31, 2015
Majlis Peguam gagal bertindak untuk memberi penerangan sehingga pihak polis dipersalahkan dalam kes Zulkifli
khalid-abu-bakarKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas Majlis Peguam kerana gagal memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal berdepan hukuman gantung kerana didakwa membunuh perompak.
Katanya, Majlis Peguam kononnnya sebelum ini lantang memperjuang hak asasi rakyat, namun apabila melibatkan isu Zulkifli mereka gagal tampil mejelaskan kepada rakyat sehingga pihak berkuasa dipersalahkan.
“Saya minta peguam hak asasi manusia, melalui Majlis Peguam keluar bagi penjelasan, kalau bab lain cepat bagi penjelasan kenapa yang ini (isu Zulkifli) tidak ada pula
“Di sini peranan Majlis Peguam untuk bagi penerangan, mereka kononnya pakar beri penerangan kepada orang ramai dan kenapa biarkan orang ramai buat pandangan sendiri sampai jadi viral,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat JIPS di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata, tindakan Zulkifli yang membunuh dengan alasan mempertahankan diri dan keluarganya daripada perompak bertentangan dengan Seksyen 99 Kanun Keseksaan yang secara jelas menyatakan hak seseorang untuk bertindak.
Katanya, orang ramai juga gagal mamahami had sebenar untuk seseorang itu bertindak bagi mempertahankan diri daripada penjenayah dan menyalahkan pihak berkuasa apabila sesuatu hukuman itu dibuat, sehingga perkara itu menjadi viral.
“Banyak orang tidak tahu had mana mempertahankan diri, Seksyen 99 Kanun keseksaan menjelaskan setakat mana hak mempertahankan diri oleh orang ramai boleh digunakan. Malah bagi pihak polis juga ada had. Bukan had pertahankan diri hak mutlak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan Jabatan Perhubungan Awam Bukit Aman mengeluarkan maklumat lengkap berhubung hak mempertahankan diri mengikut undang-undang.

5 comments:

  1. Minta para peguam AMANAH tolong bantu en zulkifli mencari hak dan keadilan yg telah lama hilang di malaysia ni..

    ReplyDelete
  2. Kongsi gelap masih ujud Khalid keling buat apa?

    ReplyDelete
  3. Ha ha... ikut adab beradap terkini, sapa merepot jenayah dia yang akan kena tahan dan disoal siasat... barang kali ini puncanya majlis penguin malas nak masuk campur.

    ReplyDelete
  4. Khalid ni byk auta ler. Mahkamah yg jatuh hukum maka hakim perlu kemukakan alasan atau motif. Kes altantuya pun hakim kata motif tk penting. Lebih penting kejadian jenayah itu. Why majlis peguam kena jelaskan? Auta ke bodo?? Dulu belajar lulus law ke sastera? Haha

    ReplyDelete
  5. When someone writes an piece of writing he/she keeps the
    idea of a user in his/her mind that how a user can know it.
    Thus that's why this piece of writing is outstdanding.
    Thanks!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa