Ko percaya pada janji dari mulut Najib?
'Sudah enam bulan, hutang 1MDB macam mana?'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 30 DISEMBER 2015
SHAH ALAM - Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini berkata, rakyat Malaysia sedang menanti janji yang pernah dilafaz Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut Anina, tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib juga sudah sampai dan beliau perlu mengotakan janjinya itu.
"Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015... enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.
Najib sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan.
Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan untuk itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Tempoh enam bulan yang tiada penghujung?]
Pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.
Siakap senohong gelama ikan duri,
ReplyDeleteBercakap najib lama2 mencuri.
6 bukan berlanjutan setiap Kali dia melafazkan janji
ReplyDeleteNi bukan garu bang....garu sedapppp...ni cakar belakang.... kak Mah je yg tahu teknik yg betul kah kah kah....
ReplyDelete