Hujan berterusan sejak awal pagi semalam menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di Gua Musang terputus hubungan apabila menyebabkan dua jambatan yang merentasi Sungai Chalil ditenggelami air.
Kedua-dua jambatan utama itu, yang menghubungkan RKT Kesedar Chalil dengan kawasan lain termasuk bandar Gua Musang, ditenggelami air limpahan sungai itu sedalam 0.8 meter sejak 3 petang semalam.
Ketua Peneroka RKT Kesedar Chalil, Mat Lazim Yaacob berkata kebanyakan peneroka yang ke bandar Gua Musang atau tempat lain tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana terputus hubungan.
Beliau berkata jambatan itu sering ditenggelami air setiap kali hujan lebat walaupun di luar musim tengkujuh, menyebabkan penduduk bimbang untuk keluar dari kampung berkenaan.
"Hujan berterusan ketika ini... kemungkinan air sungai semakin naik dan mengambil masa agak lama untuk surut selepas hujan berhenti," katanya kepada pemberita semalam.
Mat Lazim berkata penduduk di kawasan rendah RKT itu juga bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan jika hujan berterusan.
"Pada musim tengkujuh tahun lepas, jambatan itu juga tenggelam hingga menyukarkan para penduduk," katanya.
Sementara itu, seramai 36 orang daripada 11 keluarga dari Kampung Guchil 7 di Kuala Krai dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Pejabat Vaterinar Kuala Krai malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Mohamad Hanif Che Khalid berkata mangsa yang terdiri daripada 23 dewasa dan 13 kanak-kanak dipindahkan bermula 7 malam tadi.
"Kampung ini terletak di kawasan rendah yang sering dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Durian apabila hujan lebat berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata beberapa kawasan rendah lain turut dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam namun tiada penduduk yang dipindahkan dan semua jalan raya di Jajahan Kuala Krai boleh dilalui.
Sementara itu, paras air sungai utama di negeri ini masih di bawah paras waspada kecuali Sungai Lebir di Tualang di paras amaran 31.25 meter (bahaya 35 meter).
- Bernama
Kisah Cinta Sejati dari Daratan tiongkok
ReplyDeleteLiu Ming Sheng, Satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, Mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun john hav pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak Chnlove tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, Walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung,
Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, Genggaman Liu sangat sukar dilepaskan Chnlove dari tangan Xu, Isterinya.
"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, Sekarang kau telah mendahuluikun, Bagaimana akan dapat hidup Chnlove tanpamu,
Selama beberapa hari Xu terus menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenasah suaminya serta dengan air mata yang membasahi pipinya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di tiongkok, Yang dikumpulkan oleh majalah far eastern girls Weekly.
Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "Anak tangga cinta" itu, serta tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.