26 DISEMBER 2015
Sebanyak 15 rumah rakit dibina penduduk di Kampung Limau Kasturi, selain 20 bot fiber dan 30 bangsal di puncak bukit sebagai persediaan menghadapi banjir.
GUA MUSANG - Kejadian bah kuning pada akhir tahun lalu menjadi iktibar kepada kira-kira 300 penduduk di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, untuk mengambil langkah awal bagi menghadapi banjir.
Antara langkah diambil adalah membina sebanyak 15 rumah rakit yang akan digunakan bagi memudahkan proses perpindahan ketika banjir melanda dan tidak perlu lagi berdepan situasi cemas sepertimana dilalui pada penghujung tahun lalu.
Seorang daripada 15 penduduk yang membina rumah rakit, Isa Mat, 59, berkata, setiap rumah rakit dibina dengan perbelanjaan lebih kurang RM2,000 dan ditempatkan di tebing Sungai Galas, berhampiran kediaman masing-masing.
"Bila air sungai naik dengan cepat dan melimpah, rumah rakit akan ditarik ke kawasan kediaman bagi memudahkan ahli keluarga berpindah ke rumah itu.
"Tahun lepas, ramai penduduk terperangkap dalam banjir sehingga terpaksa berpindah ke atas bukit. Kami ambil iktibar daripada kejadian itu dan membina rumah rakit sebagai langkah persediaan menghadapi banjir," katanya.
Sementara itu, Fatimah Hassan, 47, mengakui serik berdepan bencana banjir selepas melalui pengalaman pahit berdepan bah kuning, yang banyak memusnahkan harta benda termasuk rumah.
"Rumah rakit akan memudahkan penduduk menyelamatkan barangan penting kerana ia akan terapung apabila air sungai melimpahi tebing. Penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Galas akan berdepan risiko jika tak buat persiapan awal.
"Rumah rakit mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan mesti diikat kemas agar tidak hanyut dibawa arus sungai," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Limau Kasturi, Mohd Sokani Mat memberitahu, selain rumah rakit, penduduk turut bergotong-royong membina 30 bangsal di puncak bukit dan 20 bot fiber.
"Bangsal atas bukit tidak jauh dari Kampung Limau Kasturi untuk menempatkan keluarga penduduk ketika banjir dan bot fiber adalah untuk memudahkan proses perpindahan mangsa banjir.
"Kebanyakan penduduk mengeluarkan duit poket sendiri untuk membuat segala persiapan berkenaan demi keselamatan diri, keluarga dan sahabat-handai," katanya.
Bukankah ADUN dan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan telah dinaikkan elaun mereka? Tak kan lah bakhil kedekut lokek tahi hidung masin begitu teruk sekali, sehinggakan tidak menyumbangkan sumber kewangan untuk membantu penduduk negeri. Undi penduduk ini korang kebuloq sangat, tapi bila bab nak hulurkan sedikit derma...hamPAS!!!
ReplyDeleteNak harap apa kat hampas. Dema sebuk balak, duit yik, Pan ngan berUG
DeleteKerajaan pas kelantan macam tak ada idea dan tanggungjawab jer..semua pendufuk buat sendiri.
ReplyDeletePakai RANGE ROVER boleh lawan air banjir naik OK
ReplyDeleteCuba lah RANGE ROVER dulu
depa sebuk buat kaian demi kajian.mcmna nk lepas dari tuduhan rakyat kelantan sendiri
ReplyDeletepatut kerajaan buat rumah rakit mega--baru popular
ReplyDeleteatau buat rumah rakit range rover