Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2015

Kopiah yang memalukan!

Dalam pengalaman aku juga ramai yang begini perangai dan sikapnya

Ada yang salam tak dijawab, senyum tak berbalas........konon dialah yang lebih Islam
Entah apa kena dengan jiwa mereka yang begini............kalaulah Kopiah berharga RM5.00, jiwanya jauh lebih rendah dari itu!

Bila kopiah di kepala sekadar hiasan

 | December 23, 2015
Pasti lelaki berkopiah tu akan mengalihkan begnya tapi sebaliknya lelaki tersebut memandang wanita itu dengan penuh amarah
wanita_cina_600_
“I ada satu kisah untuk you tulis, Fa,” kata Sham ketika saya terserempak dengannya di pejabat tempoh hari.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera mengeluarkan telefon bimbit dan merakam suaranya.
“Kisah ni terjadi hujung minggu yang sudah. Pada waktu itu I sedang menunjukkan anak remaja I yang baru tiba dari kampung akan selok belok kotaraya Kuala Lumpur. Pusing punya pusing, akhirnya kami menaiki LRT dan tiba di Stesen Sentral,” ujar Sham memulakan ceritanya.
“Sambil berjalan menyusuri kawasan persekitaran Brickfields, kami terserempak dengan seorang wanita Cina yang tiada daya penglihatan. Dia berjalan menggunakan tongkatnya tanpa memerlukan pertolongan sesiapa. Entah mengapa, anak I terpanggil untuk terus mengekori pergerakan beliau dari sudut pandangan matanya.”
Tidak sabar untuk mengetahui akan perkembangan cerita Sham, saya segera mendesaknya, “Apa jadi lepas tu?”
“Dalam pada wanita tersebut berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkatnya, dia tidak sedar akan adanya sebuah beg besar yang terletak beberapa langkah di hadapannya. Tuan punya beg tersebut, seorang lelaki berkopiah yang agak berusia serta berjambang, walaupun menyedari kehadiran wanita tersebut, bertindak tidak mengendahkannya,” kata Sham, nadanya mempamerkan kekesalan.
“Anak I menarik lengan I seraya berkata ‘Daddy, kenapa pakcik tu tercegat saja di situ? Kenapa dia tak lalukan beg tu? Macamana kalau wanita tu jatuh tertendang beg?’.”
“Habis, apa you buat?” berkerut-kerut dahi saya, ingin tahu.
“I tak buat apa-apa, sebab pada sangkaan I, pasti lelaki berkopiah tu akan mengalihkan begnya sebab dia memang sedar akan kehadiran wanita tersebut. Tapi sebaliknya lelaki tersebut memandang wanita itu dengan penuh amarah, seolah-olah wanita itu yang bersalah sekiranya tertendang begnya,” kata Sham.
Bingung, saya bertanyakan padanya, “ Mungkin lelaki tersebut tak sedar wanita itu buta”.
Sham ketawa seolah-olah mengejek, “Fa, yang cacat penglihatan ialah wanita Cina tu, bukannya lelaki berkopiah.”
“Habis, apa jadi seterusnya?”
“Dalam pada semua orang di sekitar kawasan tersebut asyik memerhati tanpa mahu berbuat apa-apa, anak I sepantas kilat berlari ke arah wanita tersebut dan memegang tangannya menyebabkan langkah wanita itu terhenti. Nasib baik, kalau tidak, pasti dia sudah tersungkur di atas jalan,” ujar Sham.
“Setelah bertanya, rupa-rupanya wanita itu mahu ke YMCA tetapi sesat jalan. Jadi anak I menemaninya hingga sampai ke destinasi. Bangga rasanya I sebagai seorang ayah sebab punya anak yang berhati baik dan mahu membantu orang. Tapi sedih rasanya sebagai seorang Muslim melihat Muslim yang lain – berkopiah pulak tu, yang bersifat bak kurang pendidikan agama.”
Menurut Sham lagi, dalam perjalanan pulang, anaknya bertanya, “Daddy, kenapa pakcik tu tak nak tolong aunty tu? Adakah sebab dia Cina? Tapi bukankah Allah minta kita membantu sesama manusia?”
“Malu I Fa. Betul I cakap, I rasa malu. Kita sebagai orang Islam mendabik dada kononnya kita bangsa yang memperjuangkan agama yang ulung tapi perkara semudah membantu sesama manusia pun tak boleh nak buat. Seolah-olah kopiah, jubah dan jambang cuma menjadi hiasan!” agak beremosi saya lihat Sham pagi itu.
Saya sekadar senyum sahaja. Kekadang kita ni agak alpa – kita pamerkan keIslaman kita pada kopiah, jubah, janggut, celak serta minyak atar berdozen gelen seolah-olah itu mencerminkan keperibadian seorang Muslimin sedangkan ilmu kemanusiaan yang amat dituntut agama tiada di jiwa. Yang cuma ada hanyalah riak dan kebencian.
Dalam pada kita sibuk membina tiang di sekeliling kononnya bagi mempertahankan akidah dan agama daripada diceroboh dek musuh Islam, sesungguhnya kita lupa bahawa setiap individu bergelar umat Islam memainkan peranan penting sebagai pendakwah Islam. Bagaimana harus kita berdakwah sekiranya kita terus berperang dengan segenap manusia yang berbeda pegangan dengan kita?
Pada hemat saya, anak remaja Sham lebih bijak berdakwah berbanding mereka yang mengaku lebih Islam daripada yang lain. Sebetulnya status keIslaman kita terletak pada perilaku dan bukannya pada nama atau hiasan.
Wallahualam.

11 comments:

  1. Nak heran apa, dh byk org mcm tu.

    ReplyDelete
  2. Betul mmg ramai sayang tokong sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangang ke apa 12:17pm ni? kau rasa kau islam hebat tp sikit pun tak ada akhlak Rasul saw dlm diri.

      Delete
  3. Imej saja Islam.akhlak jauh sekali.golongan ni la yg merosakkan agama Islam di mata org bukan Islam.

    ReplyDelete
  4. itu yang berpakain macam tu buat perangai begitu yang tak pakai macam tu pun apa kurang nya belambak jugak

    ramai dilahirkan dalam Islam tapi ramai jugak yang tak belajar ilmu
    Islam
    ynag pakai kopiah dijadikan cemuhan bila ada isu
    yang pakai macam kapir buat perkara dilarang agama nampak macam biasa saja malah ada yang sokong lagi
    pakat tengok balek diri kita dah ikut apa yang Allah dan Rasul suruh
    banyak yang patuh atau banyak yang maseh angkuh

    ReplyDelete
  5. Nasib ko la nak oiii..jpe pakcik tu..kalo ko jpe pokcik yg dok marang ganu tu..mmg ko kne maki hamun barua broker la nak oiii..hahaha

    ReplyDelete
  6. Anon 1:25 PM

    Ko ni dah tersalah konar ni. Ini isunya berpakaian Islam tapi perangai jauh dari Islam. Yang ko kenen yang berpakaian macam kapir tu, pada aku kalau dia berperangai macam lanun pun apa nak diherankan. Yang berpakaian kemas dan berjawatan tinggi pun jadi penyangak dan lanun besar. Tapi hanya segelintir jer yang sanggah. Tapi yang berserban basar pun sekarang dok mengendeng. Itu maknanya serban jer besar tapi hati bau longkang!

    ReplyDelete
  7. Kita perlu sedar bahawa sekarang ini Zaman Umat Menongkat RINGGIT tidak lagi menongkat agama

    NOT ALL MUSLIMS IS ISLAM

    Banyak yang sudah Buta Hati Celik Mata

    Lagi teruk Koppiah Serban Jubah lagi teruk perangai EGO BODOH nya

    Jauhi lah mereka mereka ini

    Kalau ada Amoy Seksi lalu depan , pasti mereka jadi Gila bagai Monyet Rindu kan Pisang

    Melayu Melayu saja pon

    Malu lah jadi Melayu sekarang nih

    ReplyDelete
  8. pakai sarban pun ada perangai macam setan
    tak pakai serban pun ada perangai macam setan
    bila dah mati orang tolong pakaikan serban
    perangai n keadaan

    ReplyDelete
  9. Anon 12:17, apa kena mengena cerita ni dengan sayang tokong? Sedangkan Rasulullah pun bangun berdiri hormat apabila jenazah seorang yahudi lalu depan baginda, kamu pulak rasa kamu lebih mulia dari Rasulullah SAW sebab kamu bangga dengan kepercayaan kamu bahawa kamu sebagai melayu dan Islam gerenti masuk syurga? Islam mana yang kamu belajar ni? Umat Islam bukan dijadikan untuk menjadi penghukum serta pembongkak agama tetapi dilahirkan sebagai penyambung rahmat Allah kepada semua makhluk.

    Kalau kamu rasa kamu sebagai Islam adalah lebih mulia maka kamu menindas serta zalim kepada orang2 bukan Islam maka kamu bukanlah dari Umat Nabi Muhammad bahkan kamu adalah orang2 yang sesat! Masalah kebanyakan orang2 melayu ni adalah jahil tapi perasan mereka lah alim Islamnya. Beramal mengikut adat bukan mengikut ilmu dan akal. Islam yang diamalkan adalah islam ikut2-ikutan bukan islam yang diyakini dari pemahaman ilmu dan akal. Tu yang ramai percaya bahawa tanpa UMNO Islam akan lenyap bahkan ramai yang yakin Islam itu bergantung kepada melayu dan UMNO. Itu yang dikatakan sudahlah bodoh sesat pulak tu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  10. Masaalahnya di Malaysia ialah kita selalu memandang 'bangsa' atau 'ugama'. Kita tidak memandang manusia lain sebagai manusia, tidak memandang orang lain sebagai jiran, kita tidak memandang orang lain sebagai rakan sekerja atau rakan sepersatuan atau pun orang itu hanyalah seorang makhluk biasa. Yang hairannya bila sakit nak mati atau senang cakap nak mampus tidak tanya pulak, adakah doktor itu sebangsa, atau bila kereta rosak dijalanraya yang tolong itu sebangsa atau pun masa memohon pekerjaan tak tanya pun adalah bos sebangsa. Itulah kelemahan kita orang Melayu yang sudah sebati dengan semangat perkauman sedangkan ugama Islam tidak mengajar itu semua. Sebab itu tidak menghairankan sesetengah tempat bukan anak tempatan tidak boleh jadi imam, tidak boleh jadi ketua kampung dan macamp-macam lagi. Ini ada salah satu dari beribu-rbu sebab kenapa Melayu tidak boleh maju seperti bangsa lain!! Semangat perkauman begitu kental dan sentasa dibajai oleh orang-orang politik termasuk yang berserban!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa