Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 29, 2015

Nasihat orang tua: Kabinet, berhenti jadi ‘pelawak’

Selepas kecoh isu ‘2 kerja’, Kit Siang beritahu Kabinet berhenti jadi ‘pelawak’
TMI - Published: 29 December 2015 10:58 AM
Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.

Putrajaya perlu menyemak semula Bajet 2016 dan merangka pelan pembangunan ekonomi khas untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi, bukannya memberitahu orang ramai agar melakukan 2 pekerjaan, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, dengan tahap yang diambil Kabinet sekarang, mereka bakal menjadi pelawak.
"Daripada menteri dan timbalan menteri menjadi pelawak, kerajaan perlu menggubal satu rangka tindakan ekonomi untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat – iaitu apa yang Bajet 2016 oleh Najib gagal lakukan," kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini.
"Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu."
Lim berkata demikian sebagai respons kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan untuk menampung kos hidup lebih tinggi.
Cadangan Ahmad menerima cemuhan dan kritikan, dan kemudian mempertahankan diri dengan mengatakan beliau mempunyai 3 pekerjaan iaitu sebagai timbalan menteri, ahli Parlimen Pontian dan ketua penerangan Umno.
Malangnya ia juga memakan diri sendiri.
Pelawak tempatan Harith Iskander menyindir Ahmad melalui Facebook dan Twitter, yang walaupun beliau dikenali sebagai pengacara, penulis dan pelakon, tidak bermakna beliau melakukan banyak pekerjaan.
"Apabila pelawak seperti Harith Iskander mengumumkan kesalahan menteri bukan hanya di atas pentas, tetapi dalam domain awam, saham menteri dan timbalan menteri jatuh kepada paras lebih rendah," kata Lim hari ini.
Beliau berkata Harith adalah betul dalam mengatakan terdapat perbezaan antara mempunyai pekerjaan dan jawatan yang berbeza.
Lim berkata, mengikut definisi Ahmad, Najib mempunyai paling banyak pekerjaan di negara ini, memandangkan beliau memegang 2 portfolio iaitu ahli Parlimen, presiden Umno dan Barisan Nasional, dan pengerusi kepada "lembaga dan suruhanjaya syarikat berkaitan kerajaan yang tidak terkira banyaknya.”
"Tidak lama lagi, pelawak seperti Harith terpaksa berhenti bekerja kerana menteri seperti Ahmad Maslan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Paul Low dan juga Najib akan mengambil alih tugas mereka," kata Lim. – 29 Disember, 2015.

2 comments:

  1. mana ada suara suara menteri yang bersimpati denagn keadaan
    ramai orang yang kesempitan
    yang ada hanya kata kata sakitkan hati
    itu pun boleh disokong lagi
    memang ada yang maseh macam lolombu

    ReplyDelete
  2. lim kit siang menentang penswastaan zaman mahathir --
    dia menentang najib menyokong isil menang di mosul
    dia lebih bijak dari banyak pemimpin umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa