Maaf Tok Guru Hj Hadi,saya bertanya-Bahagian 1
1.Saya merujuk kepada berita di harakahdaily.net bertajuk "Mesti Islam Ketua Kerajaan"'yang memetik kenyataan Tok Guru Hj Hadi ( TGHH ).
2. Pertamanya, TGHH menyatakan " dalam Malaysia , majoriti rakyat adalah orang melayu Islam, mesti terima hakikat, melayu Islam memimpin negara. sama ada cara Umno atau cara Pas ,itu bab lain."
Soalan saya pada TGHH
a. Bukankah realiti di Malaysia, bila nak perintah Malaysia kena ikut Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Maka dalam PP tidak disyaratkan yg memimpin negara mesti orang Islam. Yang disyaratkan adalah yang nak memimpin negara ini mestilah mendapat sokongan dan keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat ? Jadi mengapa hanya hadkan realiti tersebut tanpa mengira realiti lain yang juga tak kurang pentingnya?
b. Kenapakah TGHH , sebagai Presiden Parti Islam, bercakap tentang pemimpin melayu /Islam dan tidak hanya pemimpin Islam ? Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa. Adakah melayu Islam yang korup akan diutamakan daripada cina Islam atau India Islam atau kadazan Islam yang bertaqwa. Kalau ya, minta maaf, saya ada masalah nak terima Islam versi tersebut. Adakah ini asabiyyah baru iaitu assabiyyah Islam ?
c. Tok Guru kata "Pas mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam". Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti melayu/Islam..Yang ini , bagi saya, tak wajar dan nampak asing dari ajaran Islam.?
2.TGHH juga kata "dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa"
Saya pohon bertanya
a. Nampaknya macam ada tak kena dengan kenyataan itu, seolah olah tak melihat keseluruhan sejarah Islam. Bukankah sejarah Islam menyaksikan juga pelbagai ragam pemerintahan..Yang adil seperti pemerintahan Syaidina Umar Abd Aziz'wujud. Yang zalim dan memberi wajah dan imej buruk kepada Islam juga seperti pemerinyahan Yazid ibnu al Muawiyyah dan seumpamanya juga wujud. Melainkan TGHH bersikap selektif dalam bercakap tentang sejarah Islam, saya rasa menggunakan elemen sejarah untuk justifikasi pemerintahan Islam ada masalah .
b. Adakah pemerintahan bukan Islam dengan sendirinya zalim dan tidak adil..Kalau itu pegangan TGHH, mohon bertanya mengapakah Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat r.a utk berhijrah ke Habsyah ('Ethopia )'di bawah pemerintah seorang raja kristian. Kalau pemerintahan kristian itu tak adil, mengapa Rasulullah s.a.w benarkan para sahabat berhijrah ke sana?
c. Bukankah Imam Ibnu Al Qayyik.pernah menyatakan "'kerajaan.adil boleh wujud dalam pemerintahan yang tidak laksana syariat Allah dan pemerintahan zalim boleh wujud walaupun dalam pemerintahan yang laksana syariat Allah" atau kata kata seumpamanya. Wallahu 'alam.
c. Dalam sejarah modern pula, mengapa ramai ahli gerakan Islam yang berhijrah ke negara barat bagi mendapatkan keadilan dan suaka politik padahal.mereka sebelum itu tinggal di negara Islam dan berpemimpinkan orang Islam yang bercakap bahasa Al Quran ?
3.TGHH juga kata "Jangan selama lamanya beri undi ke Umno, berilah juga kepada Pas menjadi kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana?
Maaf TGHH, saya pohon bertanya
a. Benarakah rakyat tidak pernah beri peluang Pas memerintah ?'Bagaimana di Trengganu, Kelantan dan Kedah..bukankah sudah di beri peluang memerintah Kerajaan Negeri? Di Trengganu dan Kedah , Pas dah diberi peluang memerintah satu term sahaja ,,kalau pemerintahan Pas "'superb"'sudah tentu rakyat tak akan tolak hanya satu term sahaja? Mungkin di Kelantan Pas dah perintah agak lama, mungkin ada banyak yang Kelantan dah buat , yang baik, namun adakah Pas berani kata Kerajaan Kelantan adalah model terbaik Kerajaan Islam? Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh dibanggakan dari banyak sudut, tapi bagaimanakah Kerajaan Kelantan secara keseluruhan.
b. Mungkin TGHH merujuk kepada Kerajaan Pusat iaitu beri peluang Pas perintah Kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana ? Kalau itu hujahnya rakyat akan cakap, beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat ?
Wallahu a'lam..saya hanya bertanya..
Alfaqir illallah ,
Mohamed Hanipa Maidin
Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara
Abe
ReplyDeleteKita tengok HH akan jawab atau tidak? Kalau ikut kepada yang lepas-lepas, HH xakan jawab. Pada saya beliau memang xde keberanian hendak m3njawab.Yang akan jawab adalah orang keliling HH sahaja.
Soalan2 hanipa l3bih kepada pertanyaan politik khusus kepada HH. Kalau orang lain jawab, politically HH sudah dimalukan.
Aku tak nak jawab cuma nak tanya kembali:
ReplyDelete1. Islamikkah langgar sumpah bai'ah?
2. Islamikkah langgar harta wakaf?
3. Islamikkah tolak hudud hanya kerana si kafir idpla menolak hudud?
4. Islamikkah patuh pd pemimpin kafir lebih dari pemimpin sendiri yg Islam?
5. Islamikkah sudah tewas tapi memperbodohkan wakil2 yg memilih?
6. Islamikkah keluar parti tapi x mahu pulangkan kerusi?
7. Islamikkah berniat nak lawan kerajaan Islam yg nak buat hudud tapi x de niat langsung malah menyokong kerajaan kafir yg menentang hudud (wpun diperuntukkan hanya utk muslim)?
8. Islamikkah patuh pada pemimpin di luar jemaah dan ingkar pd pemimpin dlm jemaah sendiri?
9. Islamikkah meredhai golongan LGBT sedangkan Allah melaknat di zaman nabi Lut?
10. Islamikkah meredhai kumpulan G25 menentang penguatkuasa agama dlm menjalankan tugas?
Sekian..
Aku tak nak jawab cuma nak tanya kembali:
ReplyDelete1. Islamikkah langgar sumpah bai'ah?
2. Islamikkah langgar harta wakaf?
3. Islamikkah tolak hudud hanya kerana si kafir idola menolak hudud?
4. Islamikkah patuh pd pemimpin kafir lebih dari pemimpin sendiri yg Islam?
5. Islamikkah sudah tewas tapi memperbodohkan wakil2 yg memilih?
6. Islamikkah keluar parti tapi x mahu pulangkan kerusi?
7. Islamikkah berniat nak lawan kerajaan Islam yg nak buat hudud tapi x de niat langsung nak lawan malah menyokong kerajaan kafir yg menentang hudud (wpun diperuntukkan hanya utk muslim)?
8. Islamikkah patuh pada pemimpin di luar jemaah dan ingkar pd pemimpin dlm jemaah sendiri?
9. Islamikkah meredhai golongan LGBT sedangkan Allah melaknat golongan ini di zaman Nabi Allah Lut?
10. Islamikkah meredhai kumpulan G25 menentang penguatkuasa agama dlm menjalankan tugas?
Sekian..
Bro biar aku jawab. Pas ada pulangkan kerusi semasa kena tendang keluar Dari BN dulu ke bro. Buat dulu baru Tanya bro. Jangan jadi ketam bro. Dia boleh buat bro. Pasai apa Pas dulu tak buat bro. Bila kena batang pxxxr sendiri apa macam bro. Ada akai ka Macai Hadi bawang.
DeleteIslamik kah tuduh orang hamno kafir sewaktu waktu dulu? Batang pe*** kau lah wan rosli.
DeleteIslamik kah panggil kekawan seperjuangan dgn panggilan barua, pengkhianat, jebon dsbnya? Kepala bana hatok kau la..
Islamik kah futnah orang jual pil kuda tanpa bukti? Perangai setan gondol.
Islamik kah pemimpin PAS jual dan jaja agama untuk kepentingan duniawi, rembat balak dan hidup bermewah sedangkan masih ada rakyat tinggal dalam khemah...memang gila pemimpin sebegini dan memang bangang penyokong tegar mereka....
Wan Rosli sekarang dah guna nama an anonymous..
ReplyDeleteYang langgar sumpah tu parti.. baiah tu pada parti yg tak langgar sumpah
Ratib tuduh orang lain jadi alat dap ni ratib umno.. orang pas sejati semua tahu dari dulu dgn dap takat kerjasama menentang kezaliman bukan jadi kuda dap.. yg menuduh dah jadi kuda umno
Golongan yg tak setuju jadi kuda umno tu bukan dikalahkan tetapi dibohongi oleh ostad ostad yg nak berkawan dgn toghut
Sembang kencang nak hudud tapi perbuatan tak serupa sembang. Macam le orang tak nampak yg nak hudud tu takat acah acah aje
Buat dosa kering tuduh orang sokong LGBT.. Allah lah yg akan balas tuduhan yg takde bukti dan menyimpang dari kebenaran
Anon 11:39, memang sahih Wan Rosli menggunakan nama An Anonymous sekarang ini. Dia hanyalah merupakan macai mencari makan dengan mengambil upah komisyen sekupang dua bagi setiap komen yang dihantarnya. Sebab itulah dia perlu mengunakan nama yang unik, walaupun boleh ditukar-tukar bagi membuktikan dia ada menghantar komen. Untuk mengenali komen si Wan Rosli ini amat senang, iaitu dia akan kona isu supaya membabitkan DAP dan/atau PAN. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, sila rujuk kepada komen-komen Wan Rosli terdahulu sama ada dalam blog ini atau blog Yong Suka Kuning, Sisi Bukit, Naim Nikmat dan beberapa blog lagi.
ReplyDeleteIslamik ker join umno...penasihat umno apco....yahudi la bodoh...dasar ank x mandi junub.. bodoh sampai liang lahad...
ReplyDeleteJangan salah faham Tuan-Tuan......Wan Rosli marah sangat kat DAP itu pasal ada kes besar bukannya main-main. Sebelum dia berkahwin dahulu isteri dia pernah diliwat oleh Gopela Karrapal Singh sampai kena 27 jahitan.
ReplyDeleteSebagai seorang suami maka dia berhak marahkan individu tersebut dan parti mereka (DAP) atas harga maruah isteri dan rumahtangga beliau yang telah lama di awang-awangan. Kalau tak betul sila tunjukkan bukti (suruh bini kamu tonggeng aku nak tengok).