Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 29, 2015

Hadi hadapi dilema?

Dilema Haji Hadi
Posted on Monday, December 28 @ 13:55:56 MYT by paktam

Pendapat Oleh Muammar Qaddafi
Kemenangan besar kumpulan kepimpinan pro ulama dalam muktamar Julai lepas yang disangka sebagai kemenangan Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terhadap seteru politiknya dari dalam PAS berubah menjadi malapetaka buat parti Islam itu.

Kesan paling besar akibat kemenangan itu adalah berpecahnya Pakatan Rakyat apabila muktamar meluluskan usul Perwakilan Pahang, Mokhtar Senik memutuskan hubungan bersama DAP dan seterusnya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang percaya untuk menang menentang Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

 Kemunculan Amanah pula membawa kepada kewujudan pakatan baharu menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan Harapan.

Walaupun pada peringkat awal PAS berulang kali mendakwa Pakatan Harapan dan Amanah adalah entiti yang lemah dan tidak perlu bersama mereka untuk menawan Putrajaya, namun kini parti Islam itu dan Hadi sebagai presiden mungkin sedar Amanah bersama Pakatan Harapan bukanlah entiti lemah sebaliknya sebuah gabungan yang mampu dan satu-satunya cara mengalahkan Umno BN.

PAS pastinya kembali maklum untuk menguasai Putrajaya mereka perlu kepada gabungan bersama parti lain. Parti yang bergerak sendiri pastinya hanya mampu kekal sebagai pembangkang untuk satu tempoh sangat panjang.

Sikap idealis PAS juga pastinya tidak akan menguntungkan PAS sebaliknya penting untuk PAS masuk sebagai mainstremer. Maka dilema Haji Hadi mungkin juga akan tersangkut antara konsep negara berkebajikan v hudud/negara syariat.

Haji Hadi tahu, untuk PAS maju ke depan, perlu bergabung dan menumpang arus orang lain. Kejayaan besar PAS pada 1990 yang menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan kerana perpecahan dalam Umno sehingga tertubuhnya Semangat 46.

Dalam pilihan raya umum pada 1999 pula PAS menang besar di mana berjaya membawa 27 pemimpin PAS sebagai ahli Parlimen dan menjadi sejarah terbesar PAS bahkan mendapat durian runtuh apabila turut berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan penguasaan di Kelantan kerana perpecahan dalaman Umno dan wujudnya PKR bersama PAS.

Pada 2008 arus tsunami/makkal sakti/hindraf, PAS turut mendapat kelebihan melalui kerjasama politik dengan PKR dan DAP.

PAS tahu, bersendirian PAS tidak mampu pergi ke mana. Hatta dengan isu hangat seperti peristiwa memali, rakyat marah Umno. Dengan isu kafir mengkafir masih kuat dan berpengaruh. Umno BN juga terpalit dalam skandal terbesar negara ketika itu berkaitan BMF. Skandal kewangan yang pertama di Malaysia berlaku pada 1983 apabila didapati BMF memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat yang mempunyai rekod prestasi meragukan.

Skandal itu bertambah hangat dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang ditugaskan untuk menyiasat transaksi, kebankrapan sebuah syarikat disuntik modalnya oleh BMF. Situasi itu memberi PAS keyakinan untuk berdepan pilihan raya pada 1986 namun malangnya keyakinan PAS pada ketika itu hanya memberi PAS 1 kerusi pada pilihan raya 1986 iaitu kerusi Pengkalan Chepa.

Maka Hadi hanya punya 2 pilihan untuk meningkatkan potensi PAS untuk berkuasa di Putrajaya iaitu sama ada bersama Pakatan Harapan, ataupun BN.

Dan untuk keduanya, ada dilema yang perlu Hadi fikirkan. Jika Haji Hadi pilih bersama Pakatan Harapan, tentu beliau maklum PAS tidak boleh jadi parti dominan. Walaupun mempunyai keahlian paling ramai, PRU13 lalu menyaksikan PAS memperoleh kerusi paling sedikit berbanding 2 sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi jika PAS bersama Pakatan Harapan dan terpaksa pula melepaskan kerusi kepada Amanah, tentulah itu sesuatu yang PAS tidak sanggup lakukan.

Bagaimana pula jika mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui BN? Adakah PAS mampu menjadi dominan dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Umno.

Dilema buat PAS jika mereka bersama Umno maka terpaksa dikorbankan kerusi tradisi mereka dan juga tetap perlu korbankan mesej hudud. Umno tentu tidak mahu PAS menjejaskan sokongan terhadap rakan politik mereka di Sabah dan Sarawak dengan konsep hudud PAS.

Walaupun bersama Umno, peluang PAS mendapatkan lebih banyak kerusi adalah sukar kerana banyak kawasan tradisi Melayu diambil alih Umno sebagai wakil mereka. PAS tidak lagi hero di kampung. Propaganda Umno selama ini mengikat Melayu kampung kepada mereka dan tentu saja semua kawasan tradisi milik Umno tanpa sebarang kompromi. Manakala kerusi majoriti Melayu di bandar pula mungkin tidak akan menyebelahi Pas yang telah bersama Umno.

Namun kebersamaan PAS dengan Umno mungkin akan memberi tempat selesa jika Umno kekal memerintah sekurang-kurangnya pimpinan PAS mungkin dapat menjawat posisi penasihat menteri yang membantu menerajui Malaysia.

Berbanding jika kekal bersama Pakatan, untuk PAS mendapat posisi timbalan perdana menteri dan perdana menteri adalah laluan yang agak sukar kerana perlu beratur di belakang PKR dan DAP.

Segalanya buat PAS jalan buntu, bersama Pakatan, ada sesuatu yang perlu PAS korbankan, bersama Umno, juga ada sesuatu yang PAS perlu korbankan. Jika kekal bersendirian, maka jelas yang bakal terkorban adalah PAS, malapetaka akibat keputusan muktamar Julai lepas akan berterusan sehinggalah kerosakan itu dibaiki dengan cermat dan teliti. 

9 comments:

  1. Selepas muktamar Jun 2015, PAS mula menjadi parti yang tidak ketentuan arah tuju.
    Bermula dengan tindakan keluar parti oleh bekas pimpinan dan ahli parti secara berjemaah.
    Dimana kemudiannya mereka menubuhkan parti baru yang menyerupai PAS pada kadar 90%.
    Namun belum pun tuduh menuduh dan cabar mencabar PAS dengan parti serpihannya reda. Pimpinan PAS memperlihat ketidak sepaduan diperingkat parti. Terdapat pimpinan dan ahli parti bangkit untuk mencabar ketelusan kerajaan Kelantan dalam urus tadbir negeri. Mereka juga membuat dakwaan pimpinan PAS yang ada pernah mengkhianati parti untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perak dan Selangor.
    Belum pun selesai isu ini, PAS sekali lagi dilanda gelora, apabila pimpinannya cuba bersikap lunak dengan UMNo. Agenda telah menyebabkan PAS terus bergelora dan boleh mencetuskan tidak puashati ahli-ahli dan sebahagian pimpinan PAS.
    Gelora-gelora ini telah meninggalkan kesan yang teramat besar kepada PAS. Bukan hanya menampakkan kegagalan dan kelemahan pimpinan baru PAS menguruskan parti. Bahkan telah menimbulkah retak diserata tempat yang boleh meruntuhkan parti.
    Jika dilihat kepada gelora yang berlaku dalam PAS, kita akan dapati puncanya adalah satu, "kelemahan TGHH sebagai presiden parti".

    ReplyDelete
  2. Hadi tidak perlu khuatir sebab macainya Wan Rosli atau kini An Anonymous sentiasa bersedia menjadi penjilatnya. Kipidap...dongibab Wan!!!

    ReplyDelete
  3. "Kesan paling besar akibat kemenangan itu adalah berpecahnya Pakatan Rakyat apabila muktamar meluluskan usul Perwakilan Pahang, Mokhtar Senik memutuskan hubungan bersama DAP"

    Syaitan Ular itu memang membawa sial di dalam PAS. Mengapa rakan beliau Md Amin dihukum gantung sedangkan beliau boleh terlepas (militan Al-Maunah), malah selepas ditahan di bawah ISA maka beliau diberi dana yg begitu besar (2 juta) sebagai balasan akujanji berkhidmat untuk UMNU bagi memecahbelahkan PAS dan PR. Perlakuan peribadi lagi buruk apabila bawa pelari anak dara orang (bini sekarang) dan berkahwin di Selatan Thai. Nak bukti....? (Kalau beri bukti pung pengikut PAS bukannya ada otak pung, yang ada hanya 3 ketul tahi dalam tempurung kepala). Tahi Tar Snake, Adi Awe dan Harun Jin.

    ReplyDelete


  4. PAS dah macam lembu korban kena sembelih.

    ReplyDelete
  5. adakah terroris memasuki pas
    mana senik harun din

    ReplyDelete
  6. Kamu semua di beri mulut bercakaplah apa saja nanti bila mati tiada lagi nak diucapkan hanya perhitungan syurga neraka sahaja. Selamat menjalani kehidupan Neraka atau Syurga di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, kau ni Wang Rosling ke ? Ngapa lemah sangat ni... Hi hi hi.

      Delete
  7. kena cakap jika tak menentang kezaliman jadi setan bisu itu tuan guru kata

    ReplyDelete
  8. kami x ckap...kami taip msg...nk tanya skt kenapa tahun1999 sekolah tadika hj hadi tutup..serik org ganu nk undi hadi lg. Sekali tu jela pas pegang ganu..penyokong tegar hadi jgn taksub sgt.. nanti bodoh nampak sgt..terfkr kah kenapa mat sabu keluar pas...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa