Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2015

Memang dah tenggelam pun isu besar yang melibatkan rakyat!

PAS memang menolong Najib?

Akar umbi Umno-PAS perlu diselaras supaya ikut presiden untuk kerjasama
 | DALIA ISMAIL
Najib dan Hadi di Multaqa yang menyatakan mahu bekerjasama.

Pemimpin dan ahli akar umbi Umno dan PAS perlu diselaraskan dengan apa yang telah diputuskan oleh presiden parti masing-masing dan menyelesaikan isu lokaliti dan perbezaan idealogi secara berasingan untuk mencapai sasaran kerjasama antara mereka, kata pemimpin Umno Selangor.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata,  objektif dan matlamat kerjasama Umno dan PAS tidak akan tercapai jika tidak dipersetujui dan berlaku penentangan dalaman di kalangan pemimpin bawahan kedua-duanya.
Mat Nazari mahu kehendak kedua-dua presiden dipatuhi.Mat Nazari mahu kehendak kedua-dua presiden dipatuhi.“Objektifnya adalah kerjasama. Jika kerjasama itu mendapat tentangan dalaman di kalangan pemimpin dan ahli parti, saya lihat kedua parti tidak boleh bekerjasama.
“Sebaliknya jika matlamat itu bersesuaian dan dipersetujui oleh pemimpin dan ahli parti,  saya lihat tiada masalah untuk mencari kerjasama dan membentuk perpaduan umat Melayu dan Islam,” kata Adun Batang Kali itu kepada Malaysia Dateline.
Mat Nazari mengulas pandangan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusuff semalam, yang  mengatakan empat perkara menyebabkan Umno-PAS sukar bekerjasama walaupun ramai yang berpandangan dua parti itu boleh bekerjasama.
Antaranya Agus menyenaraikan  kesukaran Umno-PAS  untuk bekerjasama  kerana  kesilapan yang pernah dilakukan Umno dan PAS iaitu isu berkaitan Memali dan Banggol Paradong,  perbezaan ideologi dua parti, arah tuju kerjasama Umno-PAS tidak jelas dan ramai pemimpin dan ahli Umno-PAS tidak sokong dengan kerjasama ini.
Memali adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai pengikut PAS yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya oleh pasukan keselamatan manakala Banggol Peradong adalah peristiwa serangan pasukan keselamatan ke atas majlis PAS sehingga presiden PAS sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa yang menganggap Umno kafir.
Di samping kedua-dua isu itu, sekurang-kurangnya tiga pemimpin atasan PAS menolak kerjasama atau pepaduan itu. Mereka adalah timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan dua naib presiden Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad. Idris meminta mereka yang mahu berpadu dengan Umno keluar dari PAS.
Mengulas kenyataan Prof Agus itu, Mat Nazri menjelaskan beliau tidak setuju  padangan isu  Memali dan Banggol  Paradong  boleh mengagalkan usaha kerjasama Umno-PAS.
“Saya tidak setuju pandangan Prof Agus. Kerjasama Umno-PAS harus dilihat dari segi  perspektif  yang lebih besar tidak hanya isu yang bersifat setempat seperti Memali dan Banggol Paradong.
“Jika kita mahu lihat kesatuan umat Melayu, isu tempatan sebegitu  mesti diuruskan berasingan membabitkan dua parti bukan sebagai batu penghalang untuk menjayakan objektif dua presiden parti di peringkat tertinggi.
“Isu itu kena di terangkan di tempat berkenaan (kawasan Memali dan Banggol Paradong) jangan dimasukkan dalam agenda perpaduan di peringkat nasional sedangkan  gelombang  mengajak kerjasama Umno-PAS ini diwujudkan sangat baik  dan  menguntungkan orang Melayu dan Islam secara keseluruhan,” terangnya.
Justeru katanya, pemimpin di setiap peringkat Umno-PAS perlu turun dan  menerangkan kepada ahli masing-masing tentang objektif parti dan membawa balik semangat penyokong mereka ke arah satu tujuan yang lebih penting dan relevan untuk masa kini dan masa depan orang Melayu dan Islam.
Mat Nazari juga berpandangan, tidak boleh dijadikan perbezaan ideologi semangat kebangsaan (Umno) dan Islam (PAS) ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan dan kerjasama.
"Contoh terdekat,  macam mana PAS-DAP menjayakan misi mereka untuk merampas Putrajaya daripada UMNO-BN, mereka telah berjaya dan membuatnya dua kali (PRU-12-PRU13) lalu walaupun gagal rampas Putrajaya sebaliknya Umno-BN  kecundang empat negeri pada 2008 dan tiga negeri pada 2012.
“Sudah terbukti PAS-DAP walapun pernah dimomokkan, mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain walhal sebenarnya mereka sudah 'serasi' bersama dalam  melaksanakan objektif (kerjasama) dan matlamat (merampas Putrajaya) untuk pilihanraya umum lalu.
"Kalau Prof Agus mengatakan untuk selama-selamanya Umno-PAS tidak akan bekerjsama, sebenarnya amat penting  perbezaan ideologi itu perlu dicernakan untuk ke dua pihak ini  berada dalam situasi menang-menang (win-win situation) atau boleh menerima antara satu sama lain,” terangnya.
Bagaimana pula dengan arah tuju Umno-PAS dikatakan tidak jelas?
Dalam hal ini Mat Nazari berkata, kedua parti sedang membina kerjasama, sudah tentu banyak perkara harus dibincangkan bersama dan mencari kata sepakat secara  harmoni.
“Kami dalam perhimpunan agung  lalu secara sepakat di kalangan perwakilan sudah bersetuju melihat kerjasama dan perpaduan dua parti ini.
"Tetapi nak buat kerjasama dalam bentuk macam mana,  objektif itu perlu diolah oleh kepimpinan dua parti dan memaklumkannya kepada akar umbi.
“Jika tidak boleh nak bincang macam mana nak mulakan arah dan dan nak buat kerja.
“Saya tidak tahu sama ada keyakinan Prof Agus itu bersandarkan kepada ainul yakin, ilmu yakin atau hakqul yakin.
“Jika haqul yakin di pihak Umno sudah ada kenyataan dari Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan telahpun memberi laluan kepada Majlis Tertingi  memikirkan bagaimana cara Umno untuk bekerjasama.
“Bagi PAS, saya yakin mereka juga mempunyai cara yang sama. Jika saya baca  daripada kenyataan kepimpinan parti itu, sudah ada mood ke arah itu (kerjasama). Ini yang kita nak cantumkan, tidak bolehlah kita nak kata ahli parti tak setuju semua tidak bersetuju pula atau meletakkan syarat-syaratnyalain jika nak bekerjasama.
“Kalau pemimpin tak bersetuju siapa nak berbincang? Pemimpin yang mahu  mentadbir mereka yang patut  mengurus  dan  mempunyai elemen persefahaman dan keyakinan untuk bergerak demi survival Melayu dan agama Islam,” katanya.
Terang beliau lagi, untuk membuktikan ahli akar umbi Umno–PAS tidak bersetuju kerjasama dua parti ini, sesuatu yang sukar di tentukan pada masa ini.
“Kalau nak dibuktikan sejauhmana pula akar umbi Umno-PAS tidak bersetuju kerjasama ini, saya fikir Prof Agus juga tidak buat pengiraan ‘head to head count’  untuk dia berkata sedemikian.
“Ahli Umno tidak perlu buat survey apa yang kita lakukan ialah perjumpaan di setiap parlimen dan bahagian.
“Umno berkeyakinan besar dengan pucuk kepimpinan Presiden Umno, kita lihat perwakilan-perwakilan kita telahpun bercakap soal objektif ini, dari situ kita boleh nampak mood sokongan di bahagian dan cawangan. Kita melihat  ada ke arah senada dengan Presiden Umno untuk kerjasama dua parti ini.
"Kita ada consensus di pihak atasan diturunkan ke bawah dan gerak kerja bagaimana kita  perlu lakukan, untuk menyakini ahli akar umbi mengenai kerjasama dua parti ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa