Van Gaal beri bayangan undur diri
WARTAWAN SINAR HARIAN - 28 DISEMBER 2015
Van Gaal melambai kepada penyokong Red Devils selepas aksi menentang Stoke City di Stadium Britannia.
Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Britannia malam kelmarin, Manchester United tumbang 0-2 kepada Stoke City.
Jaringan pemain rumah disumbangkan Bojan Krkic dan Marko Arnautovic walaupun United dilihat cuba bangkit dengan mempamerkan aksi lebih agresif pada babak kedua namun belum cukup mengubah keputusan permainan.
"Memang nampak lebih sukar kerana orang luar melihat saya berdasarkan empat kali kalah sebelum ini.
"Ramai media mengkritik saya dan saya perlu telan hakikat. Kelab tidak perlu memecat saya, mungkin saya akan lakukannya sendiri (undur diri)," kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu.
Bekas juara 20 kali itu kini jatuh ke tangga keenam EPL dan terkeluar daripada kelompok empat pasukan terbaik liga.
Pencapaian United juga dilihat hambar apabila mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan yang turut menyaksikan mereka tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara serta mudah ditewaskan Bournemouth, Norwich City dan terbaru, Stoke City.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa