Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 28, 2015

Komitmen AMANAH Perak.........

KENYATAAN MEDIA
27 Disember 2015

AMANAH PERAK KOMITED TIDAK MENGIKTIRAF NEGARA HARAM ISRAEL

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak dimaklumkan tentang sebaran poster kononnya Amanah menyokong kenyataan seorang pimpinan DAP Perak berhubung sekatan terhadap atlet Israel.

Poster tersebut tertera ayat "AMANAH BERSAMA DAP PERAK MENYOKONG KEHADIRAN ATLET LUNCUR ISRAEL" beserta gambar Pengerusi Amanah Negeri Perak, Asmuni Awi dan logo parti.

Poster fitnah itu turut dikongsi oleh lama page Facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia hingga mendorong lebih ramai lagi mempercayai fitnah tersebut.

Kami sangat kecewa dengan sebaran tersebut dan ia telah mencemar nama baik Amanah dan reputasi Asmuni sendiri. Kenyataan kononnya kami menyokong keterlibatan Israel adalah satu tindakan yang melampau serta mempunyai agenda memburukkan imej parti yang baru bertapak ini.

Kami sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya individu serta pihak yang menyebarkan poster palsu itu tidak memohon maaf serta menarik balik muatnaik tersebut.

Amanah Perak menegaskan bahawa kami menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenakan sekatan terhadap atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi hari ini.

Kami secara tegas sangat kecewa kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Amanah Perak menasihatkan agar pimpinan DAP khususnya di negeri Perak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal sensitiviti agama.

Kami menyambut baik penegasan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang menyatakan bahawa kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu. DAP Perak juga berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Namun, kami tetap akan meminta DAP Perak memberikan penjelasan kepada kami di dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang.

#HarapanBaru

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Parti Amanah Negara (Amanah)
Negeri Perak

4 comments:

  1. Beruk beruk PAS ni pada zahirnya menentang Yahudi tetapi amalan dan perangai mereka sendiri mengalahkan Yahudi.....
    Nampak sangat akan ketakutan mereka terhadap pengaruh Amanah yang sudah pasti menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa....

    ReplyDelete
  2. Facebook pemuda parti Islam sebar berita fitnah? Betul ke...macam mana jadi begitu? Baca dalil bab fitnah kat ceramah/tazkirah boleh luruh jantung orang mendengar. Begitulah nafsu tukang sorak dalam muktamar. Moga jadi pengajaran untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wes la goblok...uteq kea nang dengkol

      Delete
    2. wes la goblok...uteq kea nang dengkol

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa