Bila Ahmad Maslan buka mulut
Kenyataan Datuk Ahmad Maslan saban hari mengenai individu melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sekali lagi buat rakyat marah.
COMMENT
Tiap kali Datuk Ahmad Maslan buka mulut, tiap kali itu ada sahaja kebangkitan kemarahan daripada orang awam. Mengapa Datuk?
Terbaru ialah apabila Datuk mencadangkan individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Datuk tahu tak, sememangnya tekanan ekonomi dan peningkatan harga barangan serta perkhidmatan dan segala caj cukai yang dikenakan sudahpun menolak orang awam, khususnya mereka yang daripada berpendapatan rendah untuk melakukan dua kerja?
Kenyataan Datuk mungkin kena diperbetul, minta buat tiga atau empat kerja!
Satu isi rumah, tiga atau empat pendapatan sudah menjadi lumrah. Tukang kebun di sekolah anak saya pun buat dua kerja, pagi sampai petang di sekolah, malam kerja ‘jaga’ di kilang. Kedua-dua pendapatannya digabung baru cecah RM2,000, belum potong apa-apa. Balik rumah, sekadar untuk tidur, makan dan mandi. Tiga orang anak pun tak tahu belajar apa…
Inilah realiti orang susah. Cukuplah dengan cadangan Datuk.
Bagi orang berpendapatan sederhana pula, bertimbun-timbun berbelanja untuk bersaing sesama golongan mereka, bagi anak-anak yang terbaik, sampaikan duit ‘saving’ pun tak ada. Pagi hingga petang kerja di pejabat, balik rumah, si isteri terpaksa bekerja di klinik selama empat jam secara part time. Hal anak-anak, seorang ibu terpaksa dikorbankan. Datuk tahu tak, betapa sakitnya bila ibu itu gadai waktunya dengan anak semata-mata kerana terpaksa bekerja tambahan?
Kepada yang berpendidikan dan mahir dengan kemahiran perniagaan, mereka mungkin memilih menjual tudung atau baju secara on-line, seperti yang dicadangkan oleh Datuk. Tetapi itu juga ada cabarannya.
Memetik kata-kata Datuk, “Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup.Online business boleh buat weekend juga.”
Memandangkan Datuk menyatakan perkataan peraturan, saya pun mahu merujuk kepada terma itu. Bukan mudah untuk buat perniagaan online, kita kena ‘engage’ dengan pelanggan secara talian sepanjang masa, dan adakah pihak majikan akan membenarkan kita berbuat demikian? Fikirlah.
Bab ‘datang kerja dengan tidur cukup’, kalau sibuk buat dua kerja, ditambah dengan kerja di rumah, menjaga anak, Datuk masih yakin kami boleh datang kerja dengan tidur yang mencukupi?
Datuk, pendek kata, di sebalik semua cabaran ini, saya tidak nafikan ramai yang sedang menambah sumber pendapatan. Kini tiada lagi rumah dengan satu sumber pendapatan, yang dua sumber pun sudah kurang. Lazimnya, tiga atau empat sumber pendapatan. Datuk terlewat buat cadangan. Tetapi kami, ibu bapa belum fikir lagi kesan kepada sosial apabila sibuk mengejar duit, seperti nasihat Datuk.
Anak-anak mungkin terbiar dan mendahagakan kasih sayang, hala tuju mereka pasti akan berubah angin. Ibu bapa tiada di rumah, kalau ada pun sibuk buat online business, anak-anak bosan dan nescaya kemungkinan pilih jalan yang salah. Kepada ibu bapa itu sendiri, mereka mungkin tiada masa untuk diri sendiri, kesihatan pun mungkin terganggu kerana kerja lebih tanpa rehat, apatah lagi dengan cadangan kerajaan untuk terlibat dalam aktiviti sosial. Kalau anak-anak muda sedar ini kehidupan mereka selepas kahwin, mereka juga akan fikir dua kali untuk kahwin!
Datuk, baiknya Datuk berfikir bagaimana kerajaan boleh bantu untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat tanpa membebankan rakyat dan menyebabkan kesan sosial yang parah kelak.
Buat satu kerja pun, saya hanya dapat luangkan tiga atau empat jam sehari dengan anak. Tak lalu saya buat kerja tambahan Datuk!
Aku ingat nk lacurkn mak ahmad maslan la...suruh mak dia wat part time...bapak dia aku letak kt lorong hj taib...bhagian jaga parking...dpt juga duit skt...siapa sokong..sial punya menteri...dasar mak bapak x mandi junub..f dpt anak mcm ahmad maslan..
ReplyDeleteMat Mazlan ni memang dah diiktiraf sememang2nya BEBAL, tapi dlm bebal dia juga KEBAL. Kebal dari sumpahserah@makuhamun. Agaknya Mat Mazlan siJawa BEBAL ni klau tak pekena sumpahseranah@makihumum akan tumbuh kudis satu badan. Sebab itu dah senyap mendiam agak beberapa lama dia akan cari pasal dan bahan agar dia disumpahseranah@makihamun. Kesian juga kat Mat Mazlan ni terpaksa terima hinaan sebagai menteri TERBANGSAT dlm sejarah utk elak kudis 1 badan.
ReplyDeleteTahniah kpd Mat Maslan! Masih jadi T.Menteri walaupun hanya mampu berikan cadangan yang setaraf budak darjah 6.
ReplyDeleteIni yang dikatakan "brain dead people".
Betul juga kata seorang MP yang mengatakan dia tak pernah jumpa org sebodoh Mat Maslan ni sepanjang dia jadi MP.
Setahu aku kakitangan kerajaan tidak di benarkan melakukan lbh dari satu kerja..takut kerja hakiki terjejas...tp ramai dh buat lbh dari 2 kerja dlm diam2...
ReplyDeleteAhmad Maslan tetlambat....skrg ni ramai yg buat ketja lebih dari satu...ank2 aku lepasann universiti pun buat kerja lbh dari satu dlm curi2...sbb nk byar hutang rumah..kereta...hutang ptptn...nk byr pengasuh lg....
hiduo bertambah payah sekatang ni...nanti klu ckp x suka di suruh keluar dri Malaysia...mcm negara ni mak bapak umno punye....
bodoh punya cakap lu la bikin dua tiga kerja lu punya gaji puun rakyat
ReplyDeletebayar mau cakap banyak nak meniaga pon susah sana lesen sini lesen
meniaga online kena daftar pulak memang malaysia jadi malaysia-sia la kalau ini mcm
gomen punya style duduk umah melancap lagi baguis
dah tu kemana hala tuju para graduan jika semua rakyat malaysia buat 2 kerja? tu belom lagi kerja yang di rembat oleh pekerja asing?
ReplyDelete