Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 9, 2015

Kecoh di PAU: Polis, media nyaris bertumbuk - VIDEO INSIDE

PAU: Polis, media nyaris bertumbuk

 | December 9, 2015
Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata "Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas".
VIDEO INSIDE
polis-tumbuk_600
KUALA LUMPUR: Suasana di Perhimpunan Agung UMNO bertukar tegang apabila pengamal media ditolak, diherdik dan dikasari anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis.
Drama bermula ketika Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk ke dewan yang menempatkan persidangan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Rabu.
Perkelahian dipercayai bermula apabila segerombolan penentang Muhyiddin bertegang urat dengan penyokong pemimpin dari Johor itu.
RELA dan polis kemudiannya menolak semua yang terlibat ke tangga di tingkat empat bangunan, tetapi para pengamal media turut tertolak sama.
Pemerhatian FMT mendapati seorang jurugambar ditendang anggota RELA di tangga itu. Jurugambar itu bagaimanapun berjaya menenangkan diri.
Tidak lama kemudian, suasana kembali tegang di perkarangan pintu keluar Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) semasa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri diiring keluar seusai melawat sayap-sayap parti bersidang.
Media sekali lagi diasak oleh anggota RELA dan polis bagi membuka laluan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata “Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas.”
Pada ketika itulah beberapa anggota keselamatan berpakaian biru muda menyambar seorang jurugambar ke tepi dan mengherdik “Aku polis. Jangan cetuskan provokasi disini”.
Cubaan media untuk mengajukan soalan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu akhirnya gagal.
Sementara itu, sebaik Muhyiddin dan isteri memasuki kereta dan mahu beredar, seorang anggota polis tiba-tiba berang dan nyaris bertumbuk dengan seorang jurugambar.
Polis itu mendakwa kepalanya ditolak, namun tuduhan itu dinafikan pengamal media berkenaan.
Pergelutan tersebut berjaya diredakan orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

8 comments:

  1. bila yang betul dicemuh oleh penyokong yang batil.....urmmm .....seperti digerak2 ....

    ReplyDelete
  2. api kemarahan.geram.sakit hati memang bernyala nyala di pwtc.bukan aje polis.rela..malah semua yg berada di situ.perwakilan pun sama.
    di tambah pula tim presiden datang bersama pengikut nya datang semacam menyindir.
    mau tak panas.
    menda kecik pun boleh jadi
    .berapa ramai jenis pak angguk yg ada kat tak tau la.tp nampak macam 99.99% memang jenis yes bos.
    bukan p saja.duit berapa banyak dah asyukk ke poket sorang sorang tu.hanya allah yg tau.

    ReplyDelete
  3. puak ni memang puaka
    sokong sapa ada kuasa betoi tak betoi
    jangan kira
    jadilah barua duit dunia

    ReplyDelete
  4. Puak umno nih taasub giler kpd pemimpin. Pemimpin rembat duit pun, x berganjak...ttp sokong. Boleh duit seratus dua je, tp dh bermatian pertahankan pemimpin mereka. Padahal bos diaorg rembat duit berjuta2...
    Buta ati u melihat yg hak....

    ReplyDelete
  5. Aku yg bertugas di sana tdi..aku juga anggota rela yg diketuk kepala dengan mic oleh media...ckp baik2 xnk dengar..kecoh xbleh nk bagi kerjasama..lepas tu nk salahkn rela dn polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya "rela".Rela ajelah apa org nak buat..apa yg susah sangat.

      Delete
    2. Ko yang RELA pastu nak bising pulak.. kalo ko tak rela ko tuka la jadi babi pulak...! kaaah kah kah

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa