Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 1, 2015

Mahathir-Najib: Satu pandangan di sebalik

Yang peliknya, tanpa ragu-ragu, Dr Mahathir mendakwa UMNO dan BN akan menang pula PRU ke-14 sekiranya Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO. Nampak sangatlah apa yang ditulisnya itu adalah lebih menjurus kepada propaganda beliau sendiri untuk menjatuhkan Najib.

Beliau mendakwa kononnya UMNO kini menjadi milik Presiden dan kesetiaan ahli UMNO lebih kepada mendokong Najib sahaja. Kononnya ahli UMNO kini tidak lagi setia pada perjuangan agama, bangsa dan negara. Begitulah 'racau' beliau dalam 'surat' di blog berkenaan...

Selaku seorang ahli UMNO, tidak dapat tidak, surat itu ditujukan Dr Mahathir kepada penulis juga, bukan? Jadi, adalah terpulang pada penulis sama ada untuk bersetuju dengan propaganda yang ditulis oleh beliau juga, bukan?

Penulis membesar di zaman Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Jadi, selaku ahli parti yang memerhati segala tindak-tanduk politik beliau, penulis sedar tentang selok belok gerakan politik bekas Perdana Menteri itu.

Benar bahawa UMNO bukan milik Najib atau mana-mana Presiden UMNO. Namun Dr Mahathir juga perlu tanam di fikiran bahawa UMNO juga bukan milik beliau! Malah selaku ahli biasa seperti penulis, Dr Mahathir sudah tiada autoriti lagi untuk menentukan apa-apa di dalam UMNO, bukan?

Penulis tidak lupa apa yang pernah Dr Mahathir lakukan ketika 1987. Ketika itu berlaku krisis perlembagaan sehingga memaksa UMNO diharamkan oleh Mahkamah. Mungkin 'membalas dendam' UMNO diharamkan di zaman beliau, Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas telah 'dipecat'.

Mungkin memikirkan UMNO itu beliau yang punya, maka beliau dikatakan hanya memilih pemimpin parti yang 'sebulu' dengannya sahaja untuk berada di dalam kerajaan mahupun pucuk pimpinan parti. Penulis yakin, tindakan itu dilakukan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama mungkin beliau berkuasa.

Penulis juga masih ingat lagi bagaimana ramai pemimpin yang beliau 'singkirkan' ketika itu sehingga terpaksa menubuhkan parti Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razalieh Hamzah serta rakan-rakan yang lain. Pada penulis, pepecahan begitu tidak mungkin akan berlaku sekiranya Dr Mahathir tidak menganggap 'UMNO itu beliau yang punya'.

Malah, di sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, nama beliau memang gah dipanggil 'kuku besi' dan 'diktator'. Kenapa beliau dilabel begitu? Pada pandangan penulis, seorang yang mengamalkan demokrasi sudah tentu tidak akan digelar begitu, bukan?

Kerana sikap, gaya pemerintahan dan politik 'kuku besi' itulah maka penulis melihat beliau berjaya mengekalkan diri selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama lebih 20 tahun. Selepas 'puas' menjadi 'raja' dan mengkayakan pihak tertentu, maka barulah beliau berdrama 'dah lama dah' yang disusuli dengan beberapa 'pelakon tambahan'...

Dan kini, beliau menuduh Najib menjadikan UMNO itu sebagai milik Presiden? Pada penulis, ahli UMNO tidak sebodoh yang beliau sangka dan tidak akan termakan dengan propaganda lapuk beliau tersebut. Hanya yang taksub dan 'buta' pada gaya politik beliau saja yang akan terpengaruh dengan propaganda seperti itu.

Sebelum ini, beliau menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden dan mendakwa UMNO akan kembali gagah selepas beliau dijatuhkan. Tapi selepas Pak Lah jatuh, beliau sendiri yang cuba jahanamkan UMNO. Sampai Timbalan Presiden yang bercita-cita untuk menjadi Presiden 'segera' pun terpengaruh dengan gerakan beliau itu?

Jadi, tidak perlulah bekas Presiden UMNO cuba menghasut atau memperbodohkan ahli UMNO lagi. Ahli UMNO di zaman ini lebih 'celik' berbanding ahli UMNO di zaman beliau. Beliau yang buat UMNO macam beliau yang punya, tapi tuduh orang lain pula yang buat begitu. Sudah-sudahlah meracau, lebih-lebihkanlah berzikir pada Allah. Ada juga manfaatnya, bukan? - komen dari blog addin


# Mana lebih teruk kemusnahan yang Mahathir buat selama 22 tahun dan Najib dalam masa 6 tahun?
Bagaimana harta negara dan keperitan hidup rakyat? Berbaloikah dengan gula-gula BR1M dengan GST dan lain kenaikan kos sara hidup harian?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa