Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

Misteri bot berhantu di Jepun

Misteri bot berhantu terus cengkam Jepun
OLEH JAPAN TODAY DI TOKYO 

Misteri menyelubungi satu armada bot berhantu dengan rangka manusia tanpa kepala dan mayat yang telah reput yang hanyut di pantai Jepun.

Sekurang-kurangnya 14 buah bot yang rosak teruk atau tenggelam dengan hampir dua dozen mayat telah ditemui sejak Oktober lalu.

Bukti mencadangkan bahawa bot usang itu datang daripada Korea Utara.

Terdapat pengguna internet di Jepun membuat ramalan bahawa mereka yang mati merupakan mereka yang berpaling tadah untuk melepaskan diri daripada kekejaman rejim Kim Jong-Un, namun para pakar berkata, mangsa adalah nelayan menaiki bot malang itu untuk mendapatkan tangkapan yang lebih banyak.

"Salah satu mayat yang penyelam kami temui pada 23 November lalu mempunyai kepala tetapi dua lagi tidak mempunyai kepala," kata pegawai pengawal pantai, Shuichi Hashizume kepada AFP mengenai penemuan bot di Laut Jepun pada bulan lalu.

"Apabila kami menunda kapal itu ke pantai, kami mendapati enam tengkorak di dalamnya," tambah beliau.

Kepala yang tidak bersama badan memberi pentujuk bahawa mereka yang berada di dalam bot itu telah lama mati dengan bahagian anggota terpisah menerusi proses pereputan untuk tempoh yang panjang.

Pengawal pantai itu berkata, apa yang berlaku pada bot tersebut bukannya perkara baru sambil menambah dalam tempoh lima tahun terdapat satu kes seperti itu dalam lebih daripada 250 insiden.

Bagaimanapun, dengan jumlah bilangan insiden untuk tempoh yang singkat bukannya sesuatu yang normal.

Beberapa bot itu tertera bahasa Korea yang mencadangkan hubung kait dengan tentera Korea Utara atau pun organisasi keselamatan negara itu.

Media Jepun menyebarkan berita itu dengan pantas, menggerakkan pasukana wartawan dan jurukamera ke lokasi bot tersebut ditemui.

Reaksi pantas seperti itu bukannya sesuatu yang mengejutkan di negara yang mempunyai banyak alasan untuk mengsyaki, malah merasa khuatir terhadap jirannya yang mempunyai sikap tidak menentu.

Pada 1970an and 1980an, ejen Korea Utara menceroboh pantai Jepun dan menculik penduduk negara itu untuk dilatih sebagai perisik rejim Stalin dengan menggunakan budaya dan bahasa Jepun.

Pyongyang manafikan dakwaan tersebut sejak sekian lama tetapi kini mengakui ia menculik warga Jepun yang berkempen dan berkata ia kabur dengan nasib kebanyakan mereka.

Pada Khamis lalu, petunjuk terbaharu pengawal pantai Jepun mengaitkan bot itu dengan Pyongyang apabila ia mengumumkan penemuan rangka manusia baharu dalam bot kayu yang ditemui di perairan Pulau Sado.

"Mayat itu memakai baju panas berlengan panjang dan seluar berwarna hitam," kata jurucakap pengawal pantai, Hiromasa Suzuki kepada AFP. Daging dan tengkorak telah tiada.

Pada bahagian luar bot itu terdapat tulisan dalam bahasa Korea manakala dalam bot terdapat lencana dengan imej seperti Kim Jong-Il, bapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, kata Suziki.

Pakar mengenai Korea Utara di Waseda University, Tokyo, Toshimitsu Shigemura berkata, bot tersebut mungkin bot menangkap ikan yang telah pergi jauh daripada pantai negara mereka dalam mencari tangkapan yang lebih banyak atas arahan Kim.

"Kekurangan makanan  yang serius di Korea Utara dan pada tahun lalu Kim Jong-Un telah mengarahkan lebih banyak ikan perlu ditangkap untuk menyelesaikan masalah," katanya.

Seorang professor kajian Korea Utara di Seoul, Yang Moo-Jin bersetuju dengan pendapat itu.

"Hampir semua nelayan Korea Utara adalah kepunyaan negara itu atau ogansasi ketenteraan dan mereka pada kebiasaannya mencari tangkapan yang lebih banyak di perairan yang lebih jauh dan terpencil.

"Masalah utama ialah bot mereka sudah lama dan tidak mempunyai peralatan yang baik, oleh itu mereka akan menghadapi masalah mekanikal atau apa sahaja di lautan, dan selepas itu mereka terdedah dengan tidak mempunyai pilihan untuk membuat panggilan kecemasan.

"Dalam keadaan ini, mereka kehabisan minyak dan makanan dengan cepat," kata Yang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa