Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 5, 2015

Penjawat awam, pesara: Tak memadai tapi tetap bersyukur

Penjawat awam, pesara terima RM500 minggu pertama 2016 
mk - Published: 5 December 2015 9:36 AM

Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian membuat pembayaran bagi pemberian khas RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada minggu pertama tahun depan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran pada minggu tersebut diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan barangan dan bayaran persekolahan anak-anak.
Pada masa sama, 700,000 pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas RM250.
"Saya dapati kementerian masih lagi boleh berbelanja. Jadi, saya maklumkan kepada mereka supaya menyiapkan bayaran gaji tahun ini dan bayaran khas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016," katanya kepada media di program #MyUberPitch di sini hari ini.
Ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" di Dewan Rakyat pada 23 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kedua-dua bayaran tersebut berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada Januari 2016.
Terdahulu, Irwan berkata kedudukan kewangan negara masih kukuh meskipun hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 Sept 2015, berjumlah RM623.3 bilion kerana tidak melebihi 55% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Beliau berkata setiap tahun kerajaan membuat pinjaman sebanyak RM35 bilion bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah, hospital dan jalan raya termasuk Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang akan merancakkan kegiatan ekonomi.
"Pinjaman untuk pembangunan yang kita buat adalah relevan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, bukan untuk membayar gaji," katanya, sambil menambah, hutang Kerajaan Persekutuan tersebut adalah termasuk hutang yang dibuat sejak dahulu lagi dan sedang dibayar.
Irwan berkata kerajaan sedang mengurangkan defisit bajet secara perlahan-lahan untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020 dan seterusnya mengurangkan hutang serta bayaran faedah.
"Sekarang defisit bajet adalah 3.2%, bermakna kita masih berhutang dan sebab itu hutang naik sedikit. Walau bagaimanapun negara-negara lain juga mempunyai hutang yang beratus-ratus billion, jumlah ini tidak menghairankan kerana ia hutang bagi sesebuah negara," katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata daripada RM623.3 bilion, 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, manakala baki RM22.2 bilion atau 3.6% adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang. – Bernama, 5 Disember, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa