Posted on Wednesday, December 02 @ 15:45:13 MYT by paktam
Oleh Mohsin AbdullahTahulah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal sudah banyak kali kata mereka tetap setia dengan Umno.Tapi tidaklah sangka mereka berdua masih sokong kepimpinan parti (maknanya Datuk Seri Najib Razak) meskipun apa yang kepimpinan “dah buat kat” mereka. Ini berdasarkan apa yang dikatakan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno, yang dilaporkan Bernama. Ahmad dipetik sebagai berkata: “semua ketua bahagian Umno menyokong kepimpinan parti“. Beliau tidaklah sebut nama Muhyiddin mahu pun Shafei. Namun apabila kata “semua” ia membawa erti merangkumi ketua bahagian Umno Pagoh dan Semporna itu. Takkan ketua penerangan Umno lupa siapa ketua bahagian Pagoh? Siapakah ketua bahagian Semporna? Atau mungkin beliau terlepas pandang? Atau selaku orang yang duduk dalam “inner circle “ Umno beliau tahu apa yang kita tidak tahu? Namun tidak mungkin ada elemen “kaw tim” dan “kaw tow“. Muhyiddin dan Shafei, terutama si timbalan presiden, masih “menyerang“. “But more about the Ahmad story later”. Malam ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pusat pengkaderan Pemuda Umno. Akademi dinamakan demikian sempena nama ketua pemuda Umno pertama. Kapten Hussein ialah Allahyarham Tun Hussein Onn, ayah Hishammuddin. Semua tahu Allahyarham ialah bekas presiden Umno dan perdana menteri Malaysia ke-3. Pembabitan cemerlang Allahyarham dalam bidang ketenteraan yang bermula dengan angkatan tentera Timbalan Setia Negeri Johor mendorong ramai tetap memanggilnya “kapten” walaupun selepas bersara daripada tentera dan menceburi politik. Bercakap mengenai Hussein, “peristiwa” membabitkannya pada pemilihan Umno 1978 kerap dibicara dan dijadikan rujukan pengkaji dan pengamal politik. Ketika itu, jika masih ingat, Hussein dicabar untuk jawatan presiden Umno oleh Sulaiman Ahmad yang lebih dikenali sebagai Sulaiman Palestin kerana “passion”nya terhadap isu Palestin. Walaupun memegang jawatan ketua penerangan Umno waktu itu Sulaiman dilihat sebagai “bukan lawan” Hussein. Cabarannya dikatakan tidak “credible” dan tindakannya mencabar Hussein disifatkan sebagai “suicidal”. Ada juga yang percaya Sulaiman adalah “proxy” pemimpin tertentu. Allahyarham menewaskan Sulaiman dengan agak selesa. Meraih lebih 800 undi berbanding 250 yang diperoleh lawan. Kemenangan yang dijangkakan. Yang kerap menjadi topik perbincangan ialah langkah Hussein selepas pertandingan. Tiga tahun selepas menang, Hussein melepaskan jawatan presiden Umno sekali gus jawatan perdana menteri. Atas sebab kesihatan. Itu versi rasmi. Bagaimanapun ramai pemerhati politik termasuk orang Umno waktu itu berpendapat peletakan jawatan itu ialah kerana Hussein “sedar dan akur“ bukan semua dalam Umno senang dengan kepimpinannya. Hussein dikatakan melihat cabaran Sulaiman sebagai satu “isyarat” parti mahu beliau undur. Ramai pemerhati politik agak yakin Hussein mengambil pendirian “jika sokongan sudah tidak solid eloklah berundur”. Ada pula yang melihat peletakan jawatannya sebagai “tanda menghormati golongan minoriti” dalam parti. Apa pun sebabnya ramai dalam Umno termasuk orang Umno era ini, tahu akan kisah itu. Najib tidak terkecuali. Tapi Najib tidak akan mengikut langkah Hussein, walaupun seperti kita tahu didesak, dengan keras dan dengan jelas pemimpin akar umbi supaya berundur. Desakan datang dari beberapa cawangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Berbalik kepada kenyataan Ahmad. Kata Ahmad (menurut Bernama), “hanya 15 daripada 21,000 cawangan Umno seluruh negara yang mahu Najib berundur”. Kata satu sumber Umno: “Macam mana kata 15 cawangan di Pagoh sahaja 117 yang tak sokong Najib?”. Dan kata sumber itu lagi: ”Isunya di sini akar umbi dah bersuara. Bukan soal 1000, 100, 10 tapi ketidakpuasan hati dah nyata”. Kalau jumlah kecil kenapa Ku Nan buat ugutan untuk ambil tindakan?”. Umum tahu Ku Nan yang dimaksudkan ialah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung Umno. Sumber Umno juga mendakwa ketua-ketua bahagian diarah “jaga dan kekang ketua cawangan” di samping cawangan “disekat daripada membuat kenyataan”. Hakikatnya Najib tidak akan berganjak. Satu satu cara golongan anti Najib boleh turunkan beliau daripada “takhta” ialah dengan menewaskannya pada pemilihan parti. “Najib saw that coming”. Awal lagi pemilihan yang dijadualkan tahun depan sudah ditunda. Keputusan penundaan dibuat dan dipersetujui majlis tertinggi parti. Termasuk ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sekarang anti Najib. Keputusan itu kekal sehingga artikel ini ditulis. Golongan anti Najib mahu keputusan itu ditarik balik bagi membolehkan pemilihan diadakan tahun depan. Itu tidak akan dilayan kepimpinan Umno. Umno berperang “is given” bak kata orang Inggeris. Persoalannya besar mana perangnya? - sumber |
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Thursday, December 3, 2015
Perang UMNO: Besar atau kecil
Perang Umno besar atau kecil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Itu dulu bang....banyak bezanya dgn sekarang. Pemimpin dulu amanah dan jujur pada rakyat. Pemimpin sekarang pantang ada peluang asyik nak rembat. Biar rakyat menderita biar negara tergadai janji mesti dapat kumpul harta mahu bawa masuk kubur.
ReplyDeletePemimpin dulu buka felda untuk membantu orang Melayu memiliki harta...anak pula gadaikan dan tipu warga felda.....
Kalau dah dasar penipu, pembelit, pembohong dan penuh sifat tamak, kamu fikir senang-senabg fia mahu letak jawatan. Hakikatnya dosa dan salah laku terlalu banyak. Letak jawatan nanti masuk penjara....