Oleh WARGA PRIHATIN
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, banyak berita kontroversi dari isu PELIK disiarkan. Antaranya samada wajar Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden yang telah dikeluarkan dari kabinet dijemput dan diberi peluang bercakap di perhimpunan itu. Juga kontroversi samada Tun Mahadhir wajar dijemput ke Perhimpunan itu selaku Mantan Presiden.
Menjelang perhimpunan tidak rasmi bersama Tan Sri Muhyidin Yasin di Kelab Sultan Sulaiman juga tersiar berbagai ulasan yang pelik, baik dari pihak penyokong Presiden mahupun di pihak TS Muhyidin sendiri.
Akhirnya perhimpunan itu berlangsung juga. Begitu ramai yang hadir mendengar ucapan DS Muhyidin dan Tun Mahathir. Sudah semakin nyata belahan perpecahannya.
Sesungguhnya FENOMENA PELIK ini telah berlarutan sekian lama sebelum ianya terzahir sebagai sesuatu yang anih dan penuh tanda tanya.
PELIK apabila berbulan-bulan Presiden dan Timbalannya tidak bertegur sapa (pemerhati).
PELIK apabila wang derma parti masuk ke akaun peribadi Presiden dan Perdana Menteri (Muhyidin)
PELIK apabila TS Muhyidin tidak tahu menahu isu 1MDB dan derma 2.6 Billion (Muhyidin)
PELIK apabila TS Muhyidin tidak bertanya dan mendapat pencerahan langsung secara tertutup, bahkan bercakap di majlis umum (DS Najib dan penyokong)
PELIK apabila Timbalan Perdana Menteri dan ramai yang terlibat mempertikai dan menyiasat isu 1MDB dipecat (Pemerhati).
PELIK apabila anggota PAC dilantik ke jawatan dalam kabinet sehingga urusan PAC terhenti (Pemerhati)
PELIK apabila institusi Timbalan Presiden tidak dihormati sehingga tidak dibenarkan berucap dan merasmikan sayap parti seperti biasa (Muhyidin)
PELIK bila TS Muhyidin tergamak bercakap tentang parti dan melondehkan salah laku Presidennya di majlis terbuka DAN melalui media, padahal ia boleh disampaikan melalui saluran tertutup (Shahrir Samad)
PELIK..PELIK..DAN PELIK.
Ada terlalu banyak perkara pelik untuk disenaraikan selain dari isu ucapan TS Muhyidin malam tadi. Pihak sana kata sini pelik. Pihak sini kata sana pelik.
Lebih menyedihkan lagi fenomena yang sama turut melanda PAS dan PKR. Ini tidak lain hanya mengakibatkan perpecahan demi perpecahan. Di belakang tabir ada pihak yang riang bertepuk tangan dan sedang pasang badan.
Nampaknya bakal terjadi satu lagi fenomena pelik di mana kumpulan yang kecil bakal menang kerana mereka bersatu hati. Kumpulan besar pula bakal kalah kerana perpecahan yang membuatkan mereka saling mengecil dan BERTELAGAH.
Semuga fenomena pelik ini berjaya ditangani kerana kita perlu mempersiapkan diri menghadapi kejatuhan ekonomi dan ancaman dunia yang sedang meratah umat Islam daripada menular ke sini. Sesungguhnya kita amat perlu bersatu hati demi untuk menyelamatkan anak generasi.
Seruan Penyatuan,
WARGA PRIHATIN

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa