Adakah khalayak benci UMNO?
Atau meluat pada presiden dan juak-juaknya?
Atau saja-saja nakal boo perempuan?
Puteri pakai baju UMNO kena boo di Bukit Bintang
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 08 DEC 2015
Di sebalik keseronokan datang ke Persidangan Agung UMNO ke-66, sekumpulan ahli Puteri UMNO terpaksa menanggung malu apabila di 'boo' oleh orang ramai ketika berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah di kawasan Bukit Bintang malam tadi.
"Kami berlima pun terkejut apabila tiba-tiba ada sorakan boo daripada orang ramai yang melihat kami melitas di hadapan mereka yang sedang berkumpul di situ.
"Kebetulan kami memakai baju kurung bersama tudung berwarna pink dan ada dua orang memakai baju T yang mempunyai lambang UMNO.
"Takut dan malu disorak begitu, kami cepat-cepat pergi dan pulang ke hotel," kata seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Zalinah.
Jelasnya, dia sendiri hairan kenapa mereka disorak begitu sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.
Seorang lagi ahli Puteri yang dikenali sebagai Sharifah memberitahu, kejadian tersebut disifatkan sangat memalukan dirinya dan rakan-rakan yang lain.
"Bukan setakat kena boo malah kami dihujani dengan pelbagai kata-kata yang kurang sopan yang ditujukan kepada kepimpinan parti.
"Nak jawab balik kami takut, jadi kami buat-buat tak dengar dan terus berlalu meninggalkan mereka," katanya.
Katanya, sepanjang berjalan pulang ke hotel yang kebetulan di kawasan itu juga, banyak mata yang memandang mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Kalau dulu mungkin kami ada perasaan bangga kerana bergelar Puteri UMNO yang sering menjadi tumpuan tetapi kejadian semalam telah mengubah segalanya.
"Rasanya dah tak boleh nak pakai baju berlambangkan UMNO lagi sekarang ini kerana bimbang akan diboo lagi selain dikutuk orang ramai.
"Persoalannya kenapa jadi begini dan apa salah kami?" Tanyanya. - MalaysiaGazette
sekarang kena Boo lah...lepas nie tak tau apa lagi lah...tulah zalim sangat kat rakyat..perception towards Umno terlalu terok...dah tak blh nak baiki dah..
ReplyDeleteJika tidak silap ana, pihak yang membuat sorakan boo pada ente semua, boleh jadi datangnya dari pasukan ana yang telah ditarbiahkan begitu. Dia marah ketua ente yang tercungap lemas, minta nyawa dengan melibatkan ketua ana. Kumpulan ana memang telah ada pasukan yang kerjanya gemar mengeboo saja.
ReplyDeleteSib baik tak kena ludah..
ReplyDeleteMenyokong pemimpin zalim
Semuanya sebab bebudak kencing bercabang ni jenis mementingkan diri yang mana kecik kecik lagi dah menzahirkan sikap mereka yang mementingkan tembolok sendiri tanpa mempedulikan keluhan rakyat yang sekian lama meluat dengan kezaliman dan kegagalan UMNO dalam mentadbir negara ini. Diwaktu segala maklumat dihujung jari, bebudak kencing bercabang ni masih dengan agenda peribadi untuk mendapat laba dengan cara menyertai UMNO dan mereka juga dilihat sebagai generasi baru yang akan mewarisi sikap buruk UMNO yang BEDEBAH dan KORUP itu. Bebudak ini juga jelas tidak peka dengan keadaan semasa.. TQ.
ReplyDeleteBila dah kena boo macam tu tak kn tak faham lagi,.sokong je lah pemimpin kamu yg bangsat itu dengan membabi buta, dengan mengunakan lutut n siku,..porrrrhh
ReplyDeleteputeri konon.ppp rah
ReplyDeleteawat bangga ke pakai baju pink tu.
semua rakyat kata najib salah terima 2.6 bil.
tapi perwakilan termasuk la puteri .tak ada untuk berfikir.
mau tak kena booo
moloh punya puteli