Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2015

Rasmi UMNO pinang PAS: PAS pula apa macam?

Najib tawar kerjasama PAS dengan hati terbuka
10 Disember 2015 | DALIA ISMAIL
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya, dan melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang .
"Maka saudara dan saudari, kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, apabila PAS kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan sanubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Walaupun UMNO mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Pertelingkahan secara terbuka di antara PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri-negeri diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Hubungan PAS dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan Parti Amanah Negara ( Amanah)  yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat DAP.

"Baru-baru ini, PAS mengisytiharkan parti itu sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang dipimpin DAP memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota PAS.

Sementara itu, Najib  juga menyentuh kepada kenyataan individu tertentu yang mahukan negara menjurus kepada sistem dua parti, Najib dengan tegas menyatakan ia tidak akan berlaku dan UMNO tidak akan menerimanya.

"Mana boleh. Mana boleh perkara ini kita terima," katanya dan menambah, UMNO tidak akan menerima seruan itu bukan atas dasar ia tidak faham pengertian demokrasi tetapi "seruan tidak bijaksana" itu berbahaya.

Najib berkata orang Melayu dan anggota UMNO perlu berjaga-jaga dan berwaspada dengan seruan terhadap dua sistem parti itu dan "jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini."

Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada gabungan yang dipimpin oleh UMNO atau satu lagi yang didominasi oleh DAP, tegas Najib.

"Maksud saya, seandai dan sekiranya UMNO ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang antiperjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

"Bencananya, yang akan menimpa, apakah kita mahu masa depan anak cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah," kata beliau.

Menjadikan DAP sebagai sasaran dalam ucapannya itu, Presiden UMNO itu berkata, parti itu tidak pernah setia dengan rakan-rakan gabungannya dan kini cuba "menguasai" parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

Menurut Najib, di Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norlela Ariffin telah menangis "teresak-esak dan tersedu-sedan" mengenangkan nasib pengundi terutamanya orang Melayu yang tidak diperendah dan tidak dipeduli oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Perkara sedemikian tidak pernah terjadi dalam sejarah Barisan Nasional (BN), katanya.

"Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera," kata Najib.

Presiden UMNO itu berkata tindak-tanduk DAP itu turut dapat dilihat di Selangor apabila pemimpin-pemimpin parti itu menyatakan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS sebelum ini.

Najib berkata, keangkuhan DAP juga terserlah di Sarawak, di mana parti itu memutuskan hubungan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kerana ingin bertanding di lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri itu.

Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi," kata Najib.

DAP, menurutnya, cuba lagi berpakat pada 2008 dan 2013 dengan PAS serta PKR.

"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti," kata Presiden UMNO itu.

Puak-puak DAP itu, kata Najib, tidak pernah bersatu hati dengan pakatan mereka dan meminta rakyat supaya berfikir serta merenungkan keupayaan mereka untuk memerintah negara ini.

"Nak berpakat pun payah, jadi macam mana nak perintah negara," kata beliau.

16 comments:

  1. BALASUNGKAWA UNTUK PAS DAN WALAON2 PAS. SEMOGA KENANGAN WALAON BERSAMA PAS AKAN TERUS REST IN PEACE...

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya najib buat tawaran cara terbuka. Ketua parti pak lebai pula, buat cara sembunyi-sembunyi.

    ReplyDelete
  3. Aikkkk....Bukan dah nikah senyap2 ke? Kalau tak nikah camana nasaruddin boleh lead NGO UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabaq...HH tengah berlakun sekarang ikut skrip. Respon positif dah bagi pun. Ade beberapa babak lagi sebelum HH umum setuju...

      Delete
  4. salam dan huluran tangan bisa disambut..tetapi gabung umno dengan pas tidak dan jangan sesekali..jangan nak merepek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanimasra.....baca statement respon HH.....sabaq, dah xlama laei.

      Delete
  5. Abe

    Ni yang seronok nih....nok tunggu jawapan dari PAS terutama HH dan HD. Kita tunggu tengok ape alasan syarie HH dan HD nak bagi. Lagi penting ade ke tak alasan syarie? Ke cukup dgn alasan akal yg xberapa nak masuk akal?

    ReplyDelete
  6. Hampa nak tau..petangai HH sama mcm perangai Najib . Dua cuba nak pusing ahli. Najib pusing ahli dgn kes 1MDB. Haji Hadi dgn kes UG dgn Umno. Dua malaun ni tak pernah nak berterus terang sampai sekarang.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Wan Rosli mogok xmo buat komen bodo lagi....selagi bos xbayar upah yg tertunggak dah 6 bulan....hahahahaha

      Delete
  8. Kalau diam tu tanda suka
    ki ki ki
    suka lah tu suka lah tu..

    ReplyDelete
  9. Apa komen walaun2 Dap ttg tuan galu LGE merasmikan persidangan G25 yg mempelopori islam liberal yg berselindung disebalik maqasid syariah. Turut hadir Dr Zul org kuat PAN ....... tahniah walaun2 semua anda mempunyai saham dlm usaha keji ni termasuk admin !

    ReplyDelete
  10. Anon 4:23 PM

    Mana lebih keji bohong seorang kapir berbanding seorang yang gelarkan Ulama?
    Mana lebih hina kapir putus hubungan dengan Islam berbanding seorang digelarkan Ulama yang tikam belakang sesama Islam?
    Mana lebih bengong sikapir ponteng parlimen berbanding seorang yang digelar Ulama ponteng Parlimen dan abaikan amanah rakyat?

    Memang betullah kata-kata orang tua-tua Kelantan yang orang Terengganu tak boleh buat kawan dan orang-orang tua Terengganu pula berkata orang Kelantan tak boleh ajak ke rumah!

    Kalau ada otak boleh leraikan maksud orang Kelantan dan maksud orang Terengganu

    Maaf yek......jangan marah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe
      Benar sekali ungkapan yg abe post di atas.Hehehehe sebab tu PAScai Teganung babak sepenggal jerr.Org tak suka geng C20 PAScai Teganung.

      Delete
  11. sebenarnya najib rasa amat lega krn pembangkang telah diporakperandakan oleh hadi/harun din. skrg beliau bebas bermaharajalela tanpa tentangan

    ReplyDelete
  12. Ni la hasil keberkatang berahing ali peluk tuang presideng..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa