| Wartawan MD
Siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu ‘derma’ sebanyak RM2.6 bilion membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menimbulkan lebih banyak tanda tanya berangkai.
Terbaharu, SPRM mengesahkan pasukannya telah dihantar ke Timur Tengah baru-baru ini untuk bertemu dengan penderma dana tersebut tanpa mendedahkan perincian termasuk identiti penderma kerana mendakwa masih dalam proses siasatan telah menimbulkan persoalan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyenaraikan sekurang-kurangnya tujuh soalan yang perlu dijelaskan dalam siasatan SPRM antaranya berkaitan motif sumbangan derma tersebut melalui akaun peribadi Najib.
“Kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut? Apa yang sukar untuk SPRM dan Najib mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut?
“Datuk Zahid TPM (Timbalan Perdana Menteri) pun dalam penjelasan di Parlimen selama tiga minit tidak pun menyebut nama penderma RM2.6 bilion tersebut. Jadi, dari mana rakyat boleh dapat tahu dan bila rakyat nak diberitahu?” soalnya bertubi-tubi dalam kenyataan beliau hari ini.
Menurut pemimpin PAS itu, perkara paling penting bukan sahaja butiran tentang penderma perlu diberitahu tetapi pembabitan Najib sebagai penerima dengan jumlah ‘derma’ yang amat besar.
“Jika wang tersebut untuk Umno atau negara, kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi? Ke mana wang tersebut diguna dan dibelanjakan oleh Najib selepas dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau?
“Berapa jumlah yang dibelanjakan dan berapa baki wang tersebut? Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan di dalam bank mana baki tersebut? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan,” tegasnya lagi.
Mengulas lanjut peranan sebenar SPRM dalam menyiasat skandal derma berkenaan, Mahfuz menggesa supaya suruhanjaya itu tidak bertindak untuk melindungi ketika rakyat mulai bersimpati, menghormati dan mempercayai SPRM.
Ini semua menandakan bahawa sprm tak sebebas seperti yang diwarwarkannya
ReplyDeleteBanyak wayang dari realiti
Belit semua tu
Perkara derma RM2.6billion itu adalah auta dari SPRM juga, setelah Najib yang pada mulanya menafikan ada menerima wang tersebut ke dalam akaun peribadinya, alih-alih kemudiannya mengaku pula ianya adalah derma setelah ditunjukkan jalan keluar oleh SPRM untuk menyelamatkan dirinya. Sesuatu penipuan perlu ditutup dengan rantaian siri penipuan juga. Jika benarlah wang itu adalah sesungguhnya wang derma, kenapa Najib pada mulanya hanya bisu memanjang selepas pendedahan oleh WSJ? Sebabnya Najib tidak tahu bagaimana hendak menipu sehinggalah SPRM memberikan idea tersebut. Jika benar wang itu adalah derma sekalipun, ianya tetap dikategorikan sebagai rasuah mengikut tafsiran dalam akta rasuah. Dah terang macam itupun, SPRM masih terkial-kial untuk menjalankan siasatan, berbanding usahanya menyiasat Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini dulu. SPRM itupun tak boleh diharap!!!
ReplyDeleteSPRM melindungi pembesar2.
ReplyDeleteDouble standards..
SIAL
Kemana perginya manusia yang mempertahankan najib dulu yang mengatakan tak ada 4saksi dan takkan sebegitu bodoh kalau najib ambil dan masukan dalam akaun sendiri/la ni bila dah terbukti ada dalam akauan sendiri .mana suara hulamak tu?senyap macam tikus masuk dalam lubang taik
ReplyDeletenak tau nama dan negara prnderma penderma ke?
ReplyDeletemana boleh bagi tau.SUBJUDICE tu.
nanti dah sejuk.dah abis PAU.boleh la bg tau.satu.sebulan pastu satu.sebulan lagi satu dan sebulan lg satu.
Apa guna buat solat hajat. Cuma nak raih simpati rakyat tak ada gunanya kalau SPRM masih tak bertelur.
ReplyDeleteSPRM di ibaratkan pandai menyalak,.pandai mengesan bau,.tetapi ekor masih bercawat,..
ReplyDeleteMain wayang ke?
ReplyDeleteOrang yg menyiasat bekerja dibawah kuasa orang yg kena siasat. Boleh dipercayai ke hasil siasatannya nanti? Timbalan kpd orang yg kena siasat pun boleh dipecat, apa la kalau setakat pangkat pengarah je..
ReplyDeleteSprm ni ibarat anjing yg diberi makan..
ReplyDeleteAnjing yg diberi makan tidak akan menyalak pada tuannya